Part 23

777 45 0
                                    

Gegendang telinganya berasa nyaman dengan deruan ombak bertemankan angin sepoi sepoi bahasa yang menerpa ke wajah jejaka kacak itu dibiarkan.

Sesekali matanya terpejam dan menghirup udara segar di kawasan persisiran pantai.

"Tengku? Boleh bagitahu saya, apa yang kita buat kat sini? Kerja banyak tau kat office,

Boleh tak Tengku tak bazirkan masa saya macam ni? Apa staff lain akan cakap nanti"

Omel seorang gadis yang baru sahaja bangun dari duduknya dan menghampiri jejaka tampan berkemeja biru langit.

"Pada saya, masa dengan awak adalah masa yang paling berharga Ayrin.."

Balas jejaka itu, Ayrin Mikaila disisinya dipandang sekilas.

"Stop it la Tengku Ayden, don't be so childish!"

Rungut Ayrin Mikaila lagi,

Tubuhnya dipusing mahu pergi dari situ.

Namun langkah kakinya terhenti apabila Tengku Ayden bertindak menarik tangannya kembali.

Kini dia berdiri mengahadap pantai, betul betul di hadapan lelaki itu.

Matanya terpejam sebaik saja terasa tubuhnya bagaikan dipeluk dari belakang, lembut lengan sasa milik Tengku Ayden melilit di pinggangnya.

Jejaka itu merehatkan kepalanya di bahu Ayrin Mikaila.

"Apa awak buat ni Tengku?

Let. Me. Go"

Pinta Ayrin Mikaila satu persatu dengan tegas, walhal dia nyaman berada dalam pelukan lelaki itu.

Rangkulan tangan Tengku Ayden di pinggangnya cuba dilepaskan, namun gagal apabila jejaka itu bertindak mengeratkan lagi pelukan.

"Please, Stay macam ni kejap je Ayrin.. Saya rindu awak.. Sangat"

Tanpa sedar air mata Tengku Ayden mengalir.

Entah untuk keberapa kali jejaka itu mengalirkan air matanya untuk si gadis.

Ayrin Mikaila terdiam.

Dia menyerah, lagipula dia juga rindukan Tengku Ayden.. Hanya ego saja yang menjadi penghalangnya.

Seketika kemudian pelukan itu dileraikan Tengku Ayden, wajah polos Ayrin Mikaila ditatap penuh kasih.

"Jom balik"

Ajak Ayrin Mikaila sekali gus memutuskan hubungan mata yang dibuat mereka tadi.

"Ayrin, Awak masih cintakan saya?"

Soal Tengku Ayden mendadak.

"Merepek apa ni? Kita pernah berkawan je, bukan bercinta.

Cinta apa nya?"

Bidas Ayrin Mikaila.

"Stop tipu diri sendiri Ayrin, saya tahu awak cintakan saya"

"Saya PERNAH cintakan awak, tapi tak lagi"

Perkataan 'Pernah' ditekankan nya.

Tengku Ayden menunduk.

Kedua lututnya kini menyembah bumi.

Dia melutut di hadapan Ayrin Mikaila, pandangan serong yang diberi pengunjung di pantai itu dibiarkan.

"Hey hey, Tengku buat apa ni? Bangun lah!"

Gelabah gadis itu dibuatnya, tiba tiba sahaja jejaka itu melutut.

Depan orang ramai lagi, gila tak gelabah?

He's A PLAYBOY! [COMPLETED]✔Where stories live. Discover now