Berat langkah kaki nya diambil memasuki dewan kuliah.
Tempat duduk paling belakang menjadi pilihan.
Renungan kosong diberikan pada skrin besar di hadapan,
suara pensyarah yang sudah memulakan sesi pembelajaran langsung tidak menarik minatnya.
"Babe, are you okay? Kenapa ni?"
Soal seorang gadis yang setia di sebelahnya.
Naik rimas jejaka itu, Asyik mahu berkepit saja.
Kepala ditoleh malas, memandang perempuan yang bergelar kekasih itu.
"I'm okay Dhamia, don't worry"
Malas malas Tengku Ayden menjawab.
Kepalanya kembali ditoleh ke hadapan.
"Ahahh! I know.. You rindu I kan? Alahh babe, I kan dah ada kat depan you ni? ermm?"
Tanpa rasa malu Tengku Dhamia meneka.
Tengku Ayden sedikit pun tidak ambil kisah dengan apa yang dikatakan gadis itu.
Matanya perlahan beralih ke tempat duduk yang dulu nya diduduki Ayrin Mikaila.
Namun kini ianya kosong, tanpa bayang gadis itu.
Terasa hidupnya juga kosong.
Dia tidak tahu apa yang sudah terjadi pada Ayrin Mikaila, Sudah lebih seminggu gadis itu tidak munculkan diri.
Kemana dia pergi?
Sudahlah final exam tinggal beberapa hari saja lagi.
"Dia sakit ke?"
Gumam Tengku Ayden perlahan, cukup hanya untuk dia sahaja yang mendengarnya.
"Haihh, Macam mana lah dengan nasib perempuan malang tu eh?"
Tiba tiba Tengku Dhamia membuka suara.
"Maksud you Ayrin?"
Soal Tengku Ayden, agak tertarik dengan apa yang diperkatakan gadis itu barusan tadi.
Tengku Dhamia mengangguk sekilas.
"Kenapa dengan dia?"
"You tak tahu ke? Dia kan dah pindah, Dekan minta dia pindah atau dia dibuang..
That's why, dia tak datang"
Jawab Tengku Dhamia selamba.
Matanya cuba mengkaji riaksi yang diberikan jejaka di sebelah nya.
Jelas Tengku Ayden terkejut.
"Ke-kenapa I tak tahu?"
Soal jejaka itu, entah kenapa dia rasa tidak enak mendengar berita dari Tengku Dhamia.
"Why? Bagus lah dia dah takde, Mati pun lagi elok. Hidup lama lama pun menyusah-
BAAM!!
Percakapan Tengku Dhamia terpotong dengan hentakan kuat di meja belajar.
Tengku Ayden yang kini berdiri dengan wajah bengis nya dipandang takut.
"Jaga mulut kau!"
Jerkah lelaki itu dan terus berlalu pergi, langsung tidak mengendahkan pensyarah dan rakan rakannya yang lain.
Tengku Dhamia kaku di tempat duduk nya.
Jejaka yang baru keluar dari dewan kuliah bersama muka bengis nya itu terus menendang tong sampah yang berada di kaki lima.
YOU ARE READING
He's A PLAYBOY! [COMPLETED]✔
Short StoryCover By @Cik_LavendarHumai "Handsome nya laki tu!!" "Arghh! Prince Charming aku dah sampai!" "Ermm- Hye Ayden.." Menjadi pujaan ramai wanita adalah kelebihan si jejaka tampan berdarah kerabat Tengku Ayden. Muka kacak, poket berkepuk.. Siapa je tak...