Sinaran cahaya matahari yang terpancar menembusi tingkap cermin di suatu ruang mencium wajah seorang gadis yang enak dibuai mimpi.
Terkedib kecil matanya untuk menerima masuk cahaya yang memancar itu.
"Ughh.."
Gadis itu mengerang perlahan, sebelum dia benar benar sedar dari tidur.
Kawasan sekelilingnya di amati.
Ini biliknya, tak salah lagi.
Tapi mengapa ada orang lain yang sedang nyenyak tidur disebelahnya?
Yang lebih mengeruhkan keadaan seseorang itu berjantina lelaki!
"Arghhh!!"
Tempik gadis itu, tubuhnya yang sepenuhnya naked diselubungi dengan comforter putih.
Selimut tebal diangkat menutup bahagian dadanya.
Terkejut dengan tempikan si gadis, lelaki yang tadi nyenyak dibuai mimpi kini sudah tersedar.
"Eishh bingit lah kau ni!! Asal?!!"
Jerkahnya, tubuhnya separuh bogel dibiarkan gadis itu melihatnya.
"Y-You, You buat apa dekat I?!!! Ma-Macam mana you boleh ada dekat dalam bilik I?!!!"
Tersekat sekat gadis itu menyoal.
Terasa nafasnya ingin terputus.
Lelaki yang tidak berbaju itu mendekatkan wajah nya dengan si gadis, wajahnya dihiasi senyuman sinis.
"Tengku Dhamia, Kau lupa ke kau yang ajak aku masuk bilik kau semalam?
Kau yang mintak tau? Bukan aku yang nak"
Balas lelaki itu berani.
Entah benar atau tidak, hanya dia sahaja yang tahu.
Memandangkan Tengku Dhamia sepenuhnya mabuk malam semalam.
"N-No, Tak mungkin.. Kau tipu!!! A-Aku takkan ajak kau masuk dalam bilik aku!
T-Tak, Tak!! Kau tipu!!
Tak guna!!!
Jantan tak guna!!! Kau keluar sekarang!!!
KELUAR!!!!!!!!"
Tempik Tengku Dhamia persis orang yang dirasuk hantu.
Tak dapat dia terima kenyataan ini, jika benar apa yang dikatakan jejaka itu.. Bagaimana?
"Suka hati kau lah nak percaya ke tak! Yang penting, kau milik aku.
Anak yang tengah mengembang dalam rahim kau tu, anak aku.
Datangnya dari benih aku, suka atau tak.. Kau kena terima aku sebagai suami kau!
Awas! Kalau kau cuba nak mengaku bahawa anak tu milik Ayden, sebab aku akan bertanggungjawab sepenuhnya ke atas kau"
Jelas lelaki itu panjang lebar sebelum mengangkat kaki pergi dari situ.
Puas rasanya, sudah lama dia mengidamkan Tengku Dhamia.
Akhirnya gadis itu miliknya, termasuk lah harta yang akan diwarisi pada gadis itu nanti.
Rambutnya dikuak ke belakang, sebelum pintu bilik Tengku Dhamia ditutup kuat.
Meninggalkan gadis itu dalam keadaan yang penuh kejutan, dia sudah hilang harga diri yang dipertahankan nya selama ini.
"Bodoh Dhamia, Bodoh!"
YOU ARE READING
He's A PLAYBOY! [COMPLETED]✔
Short StoryCover By @Cik_LavendarHumai "Handsome nya laki tu!!" "Arghh! Prince Charming aku dah sampai!" "Ermm- Hye Ayden.." Menjadi pujaan ramai wanita adalah kelebihan si jejaka tampan berdarah kerabat Tengku Ayden. Muka kacak, poket berkepuk.. Siapa je tak...