Part 18

713 48 0
                                    

Gadis itu kini sendirian di library University yang baru dimasukinya.

Memandangkan sekarang dia lapang, dia memilih untuk membuat ulang kaji pembelajaran.

Tanpa diri nya sedar, dia didekati seseorang.

"Hye!"

Tegur lelaki tampan itu.

Cepat cepat si jejaka mengambil tempat di kerusi kosong yang terletak di hadapan si gadis.

Gadis itu memandangnya aneh.

Agak tidak selesa dengan sikap terlampau ramah itu.

"Eee sombong nya.. Saya Ammar, Awak?"

Tangannya dihulur, mahu berjabat.

"Ayrin.. Ayrin Mikaila"

Jawab Ayrin Mikaila, tangannya dikeluarkan perlahan ingin menyambut huluran tangan lelaki bernama Ammar.

"Ayrin.. Nice! Ayrin student baru eh kat sini?"

Tanya Ammar, wajah cantik Ayrin Mikaila dipandang.

Lambat lambat gadis itu mengangguk.

"Memandangkan Ayrin baru masuk en? So Abang ni senior Ayrin lah"

Tanpa rasa malu lelaki itu menggelar dirinya sebagai senior di hadapan Ayrin Mikaila.

"Err, tapi kita sama batch.."

"Actually, Abang ni dah lama habis belajar dah sepatutnya..

Tapi, memandangkan result Abang tak gempak! Jadi Abang repeat, repeat dan repeat lagi"

Jelas Ammar.

"Oh jadi awak tua dari saya lah?"

Soal Ayrin Mikaila.

Ammar mengangguk laju.

"Ayrin boleh panggil Abang Am, semua budak kat sini panggil Abang, Abang Am"

"Okay"

Ayrin Mikaila hanya menuruti permintaan lelaki itu.

Kemudian fokusnya dilalihkan kembali pada buku buku di hadapanya.

"Ayrin mesti budak bijak kan?"

"Eh takde lah, biasa biasa je Abang Am.."

Jawapam dari gadis itu mendatangkan cebikan dari Ammar.

"Abang Am tahu lah, Ayrin Mikaila.. Best student dari University Of Malaysia.

Abang dah lama dengar cerita tentang Ayrin, Siapa je tak amik tahu bila ada student baru cantik lagi nak masuk kan?

Abang saja je tegur Ayrin, tanya nama.. Nak jadikan modal bebual"

Tertunduk malu gadis itu dibuatnya.

Namun rasa malu itu kian menghilang, apabila memikirkan bahawa Ammar juga tahu akan kisah malang yang menimpanya.

"Jadi Abang tahu kenapa Ayrin pindah sini?"

Soal Ayrin Mikaila, berharap agar jawapan lelaki itu tidak.

"Tak, Abang tahu nama Ayrin je.. hehe"

Gadis itu melepaskan keluhan lega.

"Kenapa? Apa sebab nya? Mesti ada sebabkan kenapa Ayrin pindah sini?

Yelah, University Of Malaysia kot!

Siapa je tak nak belajar dekat sana"

Ujar Ammar, mula teruja dengan University terbaik di Malaysia.

He's A PLAYBOY! [COMPLETED]✔Where stories live. Discover now