"Ayrin come in"
Selesai memberi arahan, butang intercom dilepaskan.
Menunggu si gadis untuk masuk ke dalam ruangan bekerja nya.
"Tengku?"
Ayrin Mikaila bersuara sebaik sahaja dirinya tegak berdiri di hadapan yang dulu bergelar sahabat itu.
Wajah majikan nya langsung tidak dipandang, malah matanya fokus mata buku catatan yang setia bersamanya.
Bersedia untuk mencatat segala arahan dari Tengku Ayden.
"Buku tu untuk apa?"
Soal Tengku Ayden aneh.
Ayrin Mikaila pula memandang nya 2 kali lebih aneh, dah sah sah dia yang panggil aku masuk.
Desis hatinya.
"Saya panggil awak sebab nak ajak awak lunch, bukan sebab urusan kerja Cik Ayrin.."
Ujar jejaka segak berkemeja putih itu.
"Saya dah janji dengan Kak Ayu"
Balas Ayrin Mikaila masih lagi tidak memandang Tengku Ayden.
Rasa agak tercabar jejaka itu apabila kehadirannya seakan tidak memberi kesan pada Ayrin Mikaila.
Memang betul gadis itu melayannya seperti seorang majikan, hanya majikan.
Persis mereka baru kenal antara satu sama lain.
"Cancel, lunch dengan saya"
Bantah Tengku Ayden.
"Tapi-
"Saya Boss ke Kak Ayu tu Boss awak?"
Sinis soalan itu dilontarkan kepada si gadis.
Terbungkam Ayrin Mikaila seketika.
"Baiklah"
Balas Ayrin Mikaila, akhirnya akur dengan arahan majikannya.
Perangai tak serupa bikin.
"Follow me"
Tengku Ayden sekali lagi mengarahkan Ayrin Mikaila untuk mengikutnya keluar dari ruangan itu.
Ayrin Mikaila hanya membontoti lelaki di hadapan nya tanpa banyak bicara.
Mata mata yang memandang mereka dengan pandangan terkejut campur pelik dengan layanan majikan mereka terhadap pekerja baru itu diabaikan.
Setibanya mereka di hadapan meja penyambut tetamu, dimana Kak Ayu ditugaskan.
Tengku Ayden bertindak mengetuk meja kerja wanita itu dua kali dan mengakibatkan wanita itu mendongak memandangnya.
"Ya Tengku?"
Soal Kak Ayu.
"Cancel semua meeting saya harini, Saya takkan ada dekat office sampai jam 3..
Ayrin pun akan ikut saya, faham?"
Arah Tengku Ayden.
Terbuntang mata Ayrin Mikaila.
"Sampai jam 3? Dia nak buat apa? nak culik aku ke? ke dia nak..
Aishh, mengarut lah Ayrin!"
Tergeleng geleng kepala Ayrin Mikaila mindakkan segala perkara yang dibayangkan dalam fikirannya.
"Awak jangan risau, saya bukan nak culik awak"
Ujar Tengku Ayden seolah olah dia boleh membaca fikiran gadis itu.
YOU ARE READING
He's A PLAYBOY! [COMPLETED]✔
Short StoryCover By @Cik_LavendarHumai "Handsome nya laki tu!!" "Arghh! Prince Charming aku dah sampai!" "Ermm- Hye Ayden.." Menjadi pujaan ramai wanita adalah kelebihan si jejaka tampan berdarah kerabat Tengku Ayden. Muka kacak, poket berkepuk.. Siapa je tak...