Sebentuk cincin bertatahkan berlian kini bertukar tangan, kepada sang pembeli.
"Cantik kan?"
Soal jejaka itu, serentak menunjukkan cincin mahal yang dibelinya pada Ayrin Mikaila.
"Cantik, sesuai lah dengan girlfriend Tengku"
Balas Ayrin Mikaila malas.
Padanya dia sedang membuang masa bekerja nya disini bersama Tengku Ayden.
"Bukan girlfriend, tapi bakal isteri saya"
Tengku Ayden memperbetulkan gadis itu.
Memang dia berniat membeli cincin ini untuk seseorang yang amat istimewa padanya.
Dia ingin memiliki gadis itu secara mutlak.
"O-Oh Tengku tak cakap pun yang Tengku dah nak kahwin? by the way tahniah"
Ayrin Mikaila masih lagi mencuba untuk kelihatan tenang.
Jujur dia masih sayangkan lelaki di hadaoannya ini, namun bukan semudah itu dia akan menerima Tengku Ayden kembali dalam hidupnya.
"Terlalu awal awak ucap tahniah, lagipun saya tak tahu sama ada dia nak kahwin dengan saya atau tak.."
Sayu kedengaran suara Tengku Ayden.
"Why not? Tengku ada buat salah dengan dia?"
Entah mengapa Ayrin Mikaila terasa ingin tahu dengan lebih lanjut soal gadis bertuah yang bakal menjadi isteri jejaka itu.
Tengku Ayden menatap ke dalam mata gadis itu, seketika kemudian matanya kian berkaca.
Lemah betul dia di hadapan Ayrin Mikaila.
"Saya banyak buat salah pada dia, terlampau banyak.. Saya menyesal sangat atas apa yang saya dah buat pada dia..
Saya tak rasa dia akan maafkan saya"
Cerita Tengku Ayden tertuju pada Ayrin Mikaila.
Ayrin Mikaila terdiam, terasa dengan apa yang diperkatakan lelaki itu.
Aku ke? Soalnya sendiri.
"Ka-Kalau dia sayangkan Tengku, dia akan maafkan Tengku.. So don't worry"
"Awak? Awak tak sayangkan saya?"
Tanpa berbasi basi Tengku Ayden menyoal.
Kelu lidah Ayrin Mikaila.
"Maafkan saya, tapi sebaiknya kita kekal begini..
Tengku buat haluan Tengku, dan saya buat haluan saya"
Selesai berkata begitu, Ayrin Mikaila terus mengangkat punggung nya ingin pergi.
"Saya hantar awak balik"
Tidak membantah, Ayrin Mikaila menurut Tengku Ayden ke keretanya.
Sedikit sebanyak dia sudah memaafkan jejaka itu, dirinya tidak boleh terus terusan memarahi Tengku Ayden.
Dia lemah bila berkait dengan Tengku Ayden, dia tak sanggup melihat keadaan Tengku Ayden yang murung dan menangis kerana dia.
Dia bukan lah sekejam itu.
Menghukum bukan kerjanya.
"Ayden!"
Jeritan seseorang dari belakang kereta menyentakkan kedua mereka.
"Dhamia? Kau nak apa lagi?"
Tengku Ayden menyoal kasar, sangat sangat tidak senang dengan kehadiran gadis itu.
YOU ARE READING
He's A PLAYBOY! [COMPLETED]✔
Short StoryCover By @Cik_LavendarHumai "Handsome nya laki tu!!" "Arghh! Prince Charming aku dah sampai!" "Ermm- Hye Ayden.." Menjadi pujaan ramai wanita adalah kelebihan si jejaka tampan berdarah kerabat Tengku Ayden. Muka kacak, poket berkepuk.. Siapa je tak...