2🕊

13.2K 540 30
                                    

KASUT bola dipegangnya. Sebelah tangan lagi bermain telefon pintar. Sesekali dia ketawa. Entah apa yang lawaknya.

"Kebal! Cepatlah sikir jalan tu! Lenggang kangkung betul!" laung seseorang membuatkan kepalanya terangkat. Langkah dipercepatkan.

"Kau ni Izzu tak pandai nak bersabar agaknya. Bukannya cikgu dah ada pun" jawab Iqbal dengan muka garangnya.

Tamat saja waktu persekolahan hari ini dirinya perlu kekal di sekolah kerana mempunyai latihan bola sepak pada petang hari. Dia malas mahu berulang-alik dari rumah ke sekolah. Lagipula rakan-rakannya juga tidak pulang ke rumah.

"Tak ada apanya. Cikgu dari tadi dah sampai. Kau je yang lambat" sampuk Afiq tiba-tiba.

Iqbal mendengus marah apabila semua orang menyalahkan dirinya. Bukannya padang ni ada kaki nak lari. Sabarlah!

"Okay semua warming up dulu. Iqbal coach" arah Cikgu Fadli.

Dengan malasnya Iqbal bangun dari duduk lalu berjalan ke hadapan. Setiap pergerakannya diikut oleh orang lain. Setelah sepuluh minit memanaskan badan, latihan diteruskan pula dengan lari lima pusingan padang. Selepas itu latihan sebenar bermula.

KETUKAN di pintu biliknya dihiraukan. Dirinya tekun melihat jalan pengiraan yang di salin semasa sesi pembelajaran pagi tadi.

"Adik! Bukalah!" laung seseorang dari luar. Hasya mendengus marah.

"Bukalah. Adik tak kunci pun!" jawab Hasya pula dalam nada yang tinggi juga.

"Kau buat apa hah?! Aku ketuk sampai nak roboh pintu tu takkan kau tak dengar" marah Hilman iaitu abangnya.

"Aku tengah berak ni tak nampak ke?" perli Hasya dengan selamba. Mata Tuhan bagi tu guna lah. Sibuk betul nak menanya.

"Ouh tengah berak. Kalau macamtu marilah sini buku tu" kata Hilman lalu menarik buku latihan adiknya.

"Jangan kacaulah! Ibu!" jerit Hasya dari dalam bilik memanggil ibunya.

"Ibu tak dengar" ejek Hilman terus-terusan mengusik adiknya itu.

"Aduh" Hilman berkerut sakit apabila dirinya rasa seperti dicubit. Perlahan-lahan kepalanya dikalilhkan lalu dia terkejut.

Ayah!

"Ampun ayah. Aduh sakit!"

Hasya ketawa terkekeh-kekeh melihat abangnya itu dimarahi oleh ayah mereka. Muka Hilman pula memang tak payah cakap merah habis sebab malu ditambah lagi dengan sakit.

Hilman menggepal penumbuk apabila dapat membaca gerakan mulut adiknya itu yang berkata 'padan muka'.

"Hasya pergi buat kerja sana sebelum kamu pula jadi mangsa" tegas Encik Hasyiem berkata-kata kepada anak bongsunya itu. Hasya terus mencicit lari. Takut!


TEPI bibirnya pecah sedikit. Rambut yang jatuh terjuntai di dahi dibetulkan. Tangan dikepal erat. Mata dipejam rapat bagi mendapatkan kesabaran. Riak mukanya kosong sahaja.

"Apa nak jadi dengan kamu berdua ni? Iqbal? Malik?" Cikgu Zahim menggeleng kepala melihat dua orang pelajar di hadapannya.

Hasya hanya menutup mulut dan akan menjawab jika disoal sahaja kerana dia yang menjadi saksi perbalahan dua orang pelajar itu.

"Hasya kamu uruskan dua orang ni. Buatlah apa pun janji jangan mati sudah" beritahu Cikgu Zahim. Penat saja gayanya.

"Baiklah cikgu"

Mereka bertiga keluar daripada bilik disiplin itu. Hasya memandang Iqbal dan Malik berulang-ulang kali. Seketika bibirnya terjongket sinis. Dia suka handle kes macam ni. Menarik!

"Pergi basuh tandas" kata Hasya seraya menghulurkan dua baldi dan beberapa alatan lain untuk membersihkan tandas.

"Hasya bagilah aku peluang kali ni. Janji tak buat lagi" rayu Malik. Tangannya bersatu menunjukkan dia bersungguh-sungguh untuk tepati janjinya.

Iqbal memandang jelek ke arah Malik. Dah tahu buat salah tak nak kena hukuman. Bodoh betul!

"Tak perlu nak janji bagai. Aku kenal kau macam mana. Kalau nak balik awal siapkan sekarang. Jangan berhenti selagi tak bersih" ujar Hasya dengan tegasnya.

Malik terkedu.

"Oh ya. Lagi satu aku nak pesan. Jangan larikan diri ya sebab aku ada je pantau kau orang berdua. Kalau lari memang aku bagi yang lagi teruk. Okay boleh mulakan sekarang" Hasya tersenyum sinis sebelum melangkah pergi ke kelasnya. Mujur sahaja saat ini guru mata pelajaran Bahasa Melayu sedang sibuk dan hanya memberikan pelajar satu set latihan latih tubi.

Iqbal terus membawa baldi yang diberikan tadi menuju ke tandas manakala Malik masih tercegat di situ.

"Kalau ada niat nak bermalam dekat sekolah baguslah!" sindir Iqbal dengan kuat menyentakkan Malik.

"Sebab kau lah aku kena tempias" balas Malik perlahan. Kalau Iqbal dengar mahu lebam pula matanya.

"Termenung apa?" soal Mak Milah kepada anak majikannya itu. Senyuman mesra ditayangkan. Dari tadi lagi dia nampak akan Iqbal yang hanya menongkat dagu tanpa berbuat apa-apa.

"Tak ada apalah" jawab Iqbal lalu menyisip sedikit air yang disediakan. Lamuannya tadi hilang begitu saja.

"Mak Milah tengok jauh benar kamu termenungm. Teringat girlfriend eh?" tebak Mak Milah membuntangkan mata Iqbal. Girlfriend? Memang tak lah!

"Ish Mak Milah ni. Mana ada girlfriend. SPM pun belum lepas lagi" balas Iqbal seraya menggeleng kepala perlahan. Ada-ada saja pembantu rumahnya itu. Risau!

"Iya ke. Mulut cakap lain tapi isi hati siapa yang tahu. Kalau ada cerita dekat Mak Milah tau. Mak Milah akan dengar segala luahan hati Iqbal" pesan Mak Milah dengan cerianya. Iqbal gelak perlahan. Adoi penat!

"Iyalah Mak Milah. Kalau ada Iqbal cerita. Tu pun kalau ada"

"Mesti ada punya! Takkan lah tak ada orang yang minat dengan Iqbal. Dah lah handsome, bijak pula tu, pandai main bole lagi. Memang pakej" puji Mak Milah melambung.

Iqbal tersenyum nipis saja mendengar pujian yang keluar daripada mulut Mak Milah.

"Jangan puji lebih-lebih Mak Milah. Dah kembang dah ni" balas Iqbal bergurau.

Terletus ketawa daripada mulut Mak Milah. Iqbal turut ketawa dengan gurauannya.

"Nanti Iqbal masuk tau. Malam-malam macam ni duduk luar takut demam pula. Mak Milah nak ke dapur kemas barang sikit" ujar Mak Milah.

"Baik Mak Milah" jawab Iqbal lalu meminum air.

Bulan dan bintang yang menghiasi langit malam dilihat. Dia menyandarkan badannya ke kerusi. Tangan disilang ke dada. Angin malam menampar lembut kulitnya.

Seketika dia mengeluh perlahan. Tepi bibir yang pecah akibat bergaduh pagi tadi disentuh. Senyuman senget tiba-tiba menghiasi bibirnya itu.

"Sini aku buat" panggil Hasya namun dihiraukan oleh Iqbal.

"Ish orang panggil sekali tu dengarlah" kata Hasya lalu berdiri dengan mengejut di hadapan Iqbal. Plaster di tangan ditampal perlahan di tempat luka. Iqbal hairan. Demam ke apa Hasya ni? Tiba-tiba saja menolongnya.

"Ha dah siap" ujar Hasya ceria sebelum berlalu pergi meninggalkannya bersendirian.

Hasya. Nama itulah yang menganggu fikirannya malam ini.

"Kenapa kau buat aku macam ni?!" rungut Iqbal lalu menumbuk perlahan meja di hadapannya.

Entah mengapa satu perasaan asing hadir di lubuk hatinya. Malu dan bahagia dalam satu masa. Malu kerana Hasya menolongnya dan bahagia kerana lukanya di rawat oleh Hasya.

"Kenapa aku jadi macam ni? Kenapa pula perlu malu Iqbal? Kenapa perlu rasa bahagia?" soalnya kepada diri sendiri.

Hairan!



new story! dont forget to vote🌟commenr and share! bye saranghae♥︎

•C•BADBOY ITU SUAMIKUWhere stories live. Discover now