26🕊

8.1K 349 12
                                    

DIA hanya berdiam diri di situ menyiapkan kerja sekolahnya. Tidak seperti pelajar lain yang sibuk berjalan ke sana dan sini. Dia malas. Lagipula bukannya dia mempunyai kawan untuk menemaninya berjalan. Lebih baik dia berdiam diri.

"Hai. Boleh saya duduk sini?" soal satu suara lunak membuatkan kepalanya mendongak ke atas sesaat sebelum dirinya menyambung kerja yang terhenti. Malas melayan.

Perempuan itu dengan teragak-agak melabuhkan punggung di kerusi hadapannya. Dia mengeluh perlahan sebelum mengemas semua barang di atas meja itu. Bersedia untuk pergi.

"Eh awak nak pergi mana?" tahan perempuan itu apabila melihatnya kalut menyimpan semua barang.

Namun dia tidak menjawab. Persoalan perempuan itu hanya dibiarkan tergantung tanpa jawapan dan dia berlalu pergi meninggalkan perempuan itu sendiri.
Perempuan itu hanya melihat pemergiannya tanpa sempat menghalang.






HASYA kelihatan gembira sekali pada pagi itu. Dia hanya menayangkan senyuman bahagiannya sehingga Iqbal naik meluat. Tersengih aja. Tak penat ke?

"Yang kau tersengih macam ikan keli dah kenapa?" soal Iqbal tiba-tiba mematikan senyuman di bibir isterinya.

"Ikan keli pula yang dia samakan dengan kita. Tak ada haiwan lain ke?" kata Hasya pula dengan wajah yang sedikit muram. Spoil mood betullah!

"Ada je. Badak air anak beranak kau" beritahu Iqbal selamba sebelum menapak naik ke atas bas. Hasya mendengus geram. Iqbal memang nak kena!

Dia meletakkan beg sebelum naik ke atas bas. Dipandang semua tempat duduk kanan dan kiri. Semuanya penuh. Dia berjalan sehingga belakang dan terkejut. Riak tidak percaya dihalakan ke arah orang itu.

"Kau tak nak duduk tak apa. Aku tak kisah" ujar Iqbal dengan selamba lalu memakai headphone.

Hasya mengeluh perlahan sebelum duduk di sisi Iqbal. Dalam hati sudah mengutuk itu dan ini apabila dia perlu berada di tepi Iqbal. Wajah rakannya dicari namun tidak kelihatan. Mungkin mereka semua naik bas yang lain.

Dia bersandar di tepi tingkap melihat pemandangan luar. Matanya melilau ke sana sini. Dia bosan sekarang ini. Jikalau dia duduk bersama rakannya pasti ada saja perkara yang akan menjadi topik bualan. Tetapi sekarang ini tiada! Ya Allah bosan!

"Kau tidurlah. Lambat lagi nak sampai. Nanti kalau berhenti mana-mana aku kejut kau" beritahu Iqbal selepas dia mengerling sedikit isterinya tadi. Jelas sangat riak bosannya.

"Tak nak tidur" adu Hasya masih lagi memandang pemandangan di luar. Iqbal membuat muka. Mengada!

"Ish tidur je lah. Sini" arah Iqbal lalu menarik kepala isterinya agar bersandar di bahunya. Hasya terkejut.

"Habis senget tudung saya!" marah Hasya lalu membetulkan tudungnya yang senget. Iqbal ketawa perlahan melihat wajah marah isterinya. Alahai comel!

"Tak perlu cantik-cantik. Tak ada siapa nak tengok kau kecuali aku" beritahu Iqbal membuatkan jantung Hasya berhenti berdetak. Iqbal ni pelik-pelik kena sampuk ke? Takut pula.

"Mengarut" gumam Hasya perlahan sebelum kepalanya kembali disandarkan ke bahu Iqbal. Dah orang bagi takkan nak tolak pula kan?

Semakin lama semakin berat pandangannya. Dengan suhu penghawa dingin yang sememangnya sejuk mempu melemahkan Hasya.

Tangannya menggengam antara satu sama lain untuk mengalirkan haba. Lama kelamaan dia tersungkur juga dengan lena yang datang menjemputnya.

Iqbal menoleh sedikit ke arah isterinya apabila melihat tiada pergerakan. Terbit senyuman kecil di bibirnya melihat wajah tenang Hasya di dalam lena.

•C•BADBOY ITU SUAMIKUWhere stories live. Discover now