42🕊

7.3K 306 21
                                    

NIK disebelahnya dipandang sekilas. Barangan yang tersusun di atas rak itu dia lihat terlebih dahulu sebelum dimasukkan ke dalam troli.

"Banyak lagi ke nak beli?" tanya Nik dalam nada yang pasrah. Hasya memandang Nik tajam membuatkan pembantu suaminya itu menelan air liur kesat.

"Sikit je lagi. Ni semua salah bos awaklah. Entah kerja apa yang dia nak buat dalam cuti ni. Orang kalau hari cuti berehat dekat rumah. Ini tidak ada je kerjanya" bebel Hasya sebal dengan perangai suaminya yang terlebih bekerja.

"Janganlah bebel dekat saya. Awak sepatutunya membebel dekat dia" kata Nik yang rela saja mendengar bebelan isteri majikannya itu.

"Awak dengan dia sama aja perangai. Workaholic!" sembur Hasya sebelum berjalan meninggalkan Nik yang tercegat di situ bagai tunggul kayu.

"Aku pula yang kena" gumam Nik perlahan lalu mula menolak troli untuk mengejar langkah Hasya.

Setelah selesai membeli, Nik mengangkat beg plastik yang berisi barangan kering dan basah ke dalam bonet. Hari ini dia menjadi bodygaurd tidak berbayar kepada isteri majikannya. Kena minta gaji lebih ni!

"Balik rumah terus atau awak ada nak singgah tempat lain?" soal Nik sambil memandang cermin pandang belakang.

"Balik rumah teruslah. Lagipun dah banyak benda saya beli. Cukup dah tu" jawab Hasya lalu mendapat anggukan daripada Nik.

Sedang Nik memandu dengan tenang, Hasya di kerusi penumpang bahgian belakang turut tenang bermain dengan telefon pintar. Sesekali pandangan di lemparkan ke arah luar. Matahari sudah mahu melabuhkan tirai.

"Terima kasih Nik" ucap Hasya ikhlas lalu mula berjalan ke bonet kereta. Baru sahaja dia hendak mengangkat beg plastik itu, dirinya terus ditegah oleh Nik.

"Awak masuk rumah terus. Tak perlu angkat barangan ni. Nanti Tuan Iqbal marah saya pula kalau awak angkat" kata Nik dalam nada yang memujuk Hasya supaya tidak melawan kata-katanya.

"Ye lah" balas Hasya pasrah sebelum mula mengorak langkah ke pintu utama rumah. Baru sahaj tangannya mencapai tombol pintu bunyi yang tidak menyenangkan menyapa gegendang telinganya.

Prang!

Bunyi kaca pecah!

Tolak sahaja pintu, perkara yang pertama menyapa retina matanya ialah Iqbal yang kelihatan tidak terkawal. Rambutnya berserabai. Baju kemejanya juga telah terkeluar daripada seluar. Dan ditangannya ada satu benda tajam.

Pisau!

"You betrayed me!" bergema suara Iqbal menjerit ke arah seorang lelaki yang sudah pucat wajahnya. Maknanya....

Bagaikan dapat mengagak tindakan Iqbal yang seterusnya, Hasya terus sahaja berlari dan menghalang Iqbal daripada terus meluru ke arah lelaki itu. Bahananya dia pula yang menjadi mangsa. Tangannya menggengam erat pisau yang hanya beberapa sentimeter jaraknya daripada terkena bahunya.

"Sa...sayang" lemah saja pertuturan Iqbal saat itu. Dia tidak sangka bahawa isterinya yang akan menjadi mangsa amukannya.

"What are you doing right now Iqbal?!"

"Lepaskan pisau ni Hasya" arah Iqbal. Tegas. Namun Hasya menggeleng perlahan. Darah mengalir daripada luka di telapak tangannya lalu jatuh menitis ke atas lantai. Iqbal terpempan.

"Jangan ja...jadi pembunuh Iqbal. A...awak ada banyak lagi cara untuk jatuhkan hukuman dekat dia. Ta...tapi bukan dengan cara macam ni." beritahu Hasya dalam nada yang tersekat-sekat. Dia terus melepaskan genggaman daripada pisau itu. Iqbal turut melakukan perkara yang sama dan menyebabkan bunyi dentingan memenuhi pelusuk rumah itu.

"Hasya!" jerit seseorang lalu laju menerpa ke arahnya yang dipenuhi dengan darah.

"What ar...Shit!" carut Nik apabila terpandangkan lelaki yang pucat wajahnya bersandar lemah di dinding.

"Please take her to the hospital. I will be there after this" arah Iqbal lemah ke arah pembantunya. Dengan berat hati Nik menurut jua arahan majikannya.



"BABE! Macam mana kau boleh kena ni?" tanya Mia dalam nada yang risau. Tubuh Hasya dibelek-belek untuk mematikan tiada kecederaan lain.

"Macam tu lah"

"Aku tanya serius kau main-main pula" marah Mia sebal akan sikap tidak peduli rakannya itu. Kelibat seseorang dicari membuatkan lehernya seperti zirafah.

"Husband kau mana?" Rasa macam tercekik tulang ikan apabila Hasya mendengar soalan cepumas daripada mulut Mia.

"Nanti dia datang" jawab Hasya perlahan. Sempat dia mengerling ke arah Nik yang hanya dia membatu daripada tadi.

"Hasya! Ya Allah!" jerit seseorang dengan tiba-tiba menyebabkan Hasya terkejut. Dirinya juga dibelek-belek sama seperti yang Mia lakukan tadi.

"Is he made you like this?" Hasya yang faham akan siapa lelaki itu terus menjatuhkan kepala.

"Oh My God! How rude I am. Saya Zasha kawan kepada Iqbal" kata Zasha memperkenalkan dirinya kepada seseoranf yang duduk di tepi Hasya yakni kawan Hasya.

"Saya Mia kawan Hasya" jawab Mia lalu mula berjabat tangan dengan Zasha.

"Oh ya! Iqbal suruh saya bawa awak balik rumah kalau semuanya dah selesai. Dia ada call saya tadi" beritahu Zasha dengan senyuman. Sempat dia kerling sekilas ke arah Nik yang jelas terkejut.

"Aku balik dulu eh Mia"

"Jaga diri tau" pesan Mia sebelum mereka berdua berpelukan. Susuk tubuh Hasya dihantar dengan pandangan mata. Dan suasana amat canggung saat ini apabila hanya tinggal dia dan lelaki yang tidak dia kenali di koridor hospital itu.

Tanpa apa-apa perkataan, Mia mula mengorak langkah untuk pulang. Tetapi namanya tiba-tiba disebut membuatkan langkahnya terhenti.

"Mia. How sweet your name are" Terus keras kejung tubuh Mia saat ini apabila satu suara garau menyebut namanya. Tidak menoleh ke belakang dia terus pecut untuk keluar daripada situ.

Nik tersenyum senget melihat langkah gopoh perempuan itu.

"Till we meet again...Mia"











new chapter update! dont forget to vote🌟comment and share! luv u all♡

•C•BADBOY ITU SUAMIKUWhere stories live. Discover now