5🕊

10.1K 410 2
                                    

PANDANGAN pelajar lain dihiraukan. Dirinya berjalan penuh maskulin. Sebelah tangan memegang beberapa fail yang mengandungi biodata tentang dirinya. Satu saja matlamatnya sekarang ini. Iaitu mahu mencari pejabat sekolah.

"Erm hai. Boleh saya tahu pejabat sekolah dekat mana?" soalnya kepada seorang pelajar perempuan.

"Ouh boleh. Awak jalan depan sana lepastu naik tangga and then sampai" jawab pelajar perempuan itu sambil menayangkan senyuman manis.

"Terima kasih" ucapnya sebelum berlalu pergi.

Dia berjalan mengikut arah yang diberitahu oleh pelajar perempuan tadi dan akhirnya dia tiba di pejabat sekolah. Salam diberikan sebelum menapak masuk ke dalam.

"Ya ada apa?" tanya kerani di situ ramah.

"Bilik pengetua di mana?"

"Sampai juga kamu Naufal" ujar satu suara mematikan percakapannya. Dia berpusing ke belakang dan ternyata suara itu milik ibu saudaranya iaitu pengetua sekolah.

"Mana mummy dengan daddy?" soal Cikgu Amalin kepada anak saudaranya itu.

"Dia orang suruh Naufal datang sendiri. Katanya nak suruh Naufal jadi berdikari" jawabnya dengan nada yang malas.

"Ada bawa fail yang mummy kamu suruh?"

"Ni ada" Naufal menghulurkan sebuah fail yang dibawanya tadi.

Cikgu Amalin memeriksa beberapa perkara sebelum dia tersenyum manis. Dia tahu anak saudaranya itu datang daripada golongan yang berada pastilah dia akan disekolahkan di sekolah swasta dan mungkin akan terkena kejutan budaya jika bersekolah di sini. Banyak perbezaannya.




"WEI tadi aku ada nampak seorang lelaki ni. Aku rasa dia pelajar baru sebab selama ni muka dia tak pernah ada dekat sekolah kita" ujar Mia.

"Eleh kalau student baru lelaki mesti kau yang paling bersungguh. Kalau perempuan semua binatang dalam hutan kau keluarkan" kata Adam iaitu rakan sekelasnya. Mia mendengus geram. Sibuk betul!

"Agaknya dia masuk kelas kita atau kelas sebelah. Ya Allah tolonglah masukkan pelajar baru itu ke dalam kelas ku. Amin" doa Mia dengan bersungguh. Macam terdesak sangat nak ada rakan sekelas yang baharu.

"Amin"

"Amin"

"Amin"

Doa Mia disambut juga oleh beberapa pelajar perempuan yang lain. Pelajar lelaki dalam kelas itu sudah membuat muka kegelian.

"Wei tu dia" beritahu Mia perlahan sambil menyenggol tangan Hasya yang sedang khusyuk menulis sesuatu di bukunya.

Hasya mengangkat pandangan ke arah Mia tunjukkan. Seketika dia berkerut. Ni bukan ke lelaki yang dia jumpa pagi tadi? Lelaki yang bertanyakan arah pejabat sekolah kepadanya. Dia pelajar baru?

"Alah doa aku tidak dimakbulkan" kata Mia dalam nada yang kecewa.

"Allah takkan makbul doa yang mengarut macamtu lah" sampuk Adam lalu ketawa.

"Jadi jiran pun bolehlah" Hasya ketawa dengan kata-kata pasrah yang dikeluarkan daripada mulut Mia.





"SAYA!"

"Saya!"

Semua mata memandang ke arah mereka berdua. Mereka juga turut memandang sesama sendiri.

"Iqbal"

Hasya mencebik apabila melihat muka bangga Iqbal apabila dipilih oleh guru mereka untuk menjawab soalan. Dia kembali duduk di atas kerusinya. Dia melihat saja Iqbal menulis jawapan di papan putih.

•C•BADBOY ITU SUAMIKUWhere stories live. Discover now