43🕊

7.5K 319 19
                                    

MASUK sahaja dalam rumah pekara yang pertama terlintas di fikirannya ialah Iqbal. Dia perlu berjumpa dengan Iqbal. Pasti saja suaminya akan berasa serba salah akan tindakan yang dia lakukan walaupun sebenarnya itu semuanya berlaku tanpa sengaja. Dan dia tidak mengambil hati sedikit pun. Malah dia lebih bersyukur kerana Iqbal tidak mencederakan lelaki itu.

"Saya pergi dulu" kata Zasha lalu keluar daripada rumah. Dia hanya disuruh oleh Iqbal untuk mengambil Hasya di hospital. Hasya memandang kelibat Zasha sehingga hilang daripada penglihatannya.

Baru sahaja dia mula mengorak langkah, kakinya terpaku kembali apabila melihat susuk tubuh yang sangat dia kenali berdiri tegak di tangga. Wajahnya nampak lemah.

"Abang" seru Hasya perlahan.

"I am sorry. I am truly sorry because hurting you" kata Iqbal sambil memeluk erat isterinya. Kepalanya direhatkan di atas bahu si isterinya.

"Maafkan abang" ulang Iqbal lagi.

"Tak apa. Saya faham. Abang bukannya sengaja buat macam tu. Lagipun saya sihat. Tengok ni" kata Hasya lalu mula menunjukkan badannya yang tiada sebarang kecelakaan walaupun hakikat sebenarnya ada. Luka di telapak tangannya terpaksa dijahit kerana kecederaan terlalu dalam.

"Hey husband. Allahurabbi. Please don't cry. It's not your fault" pujuk Hasya sambil mengusap perlahan belakang tubuh suaminya apabila terdengar bunyi sedu-sedan tangisan. Lagipula terasa baju bahagian bahunya basah.

"Please forgive me" rayu Iqbal bersungguh membuatkan Hasya berasa serba salah. Kepala suaminya ditolak sedikit supaya dia dapat melihat wajah itu. Tepat seperti sangkaannya Iqbal menangis.

"Saya tak ambil hati pun. Saya tahu yang abang bukan sengaja buat semua tu. Salah saya juga sebab tak berfikir dulu sebelum buat semua tu. Saya dah maafkan abang. Janganlah nangis. Nanti tak handsome" kata Hasya lalu mengelap sisa air mata Iqbal menggunakan ibu jarinya.

Iqbal ketawa kecil mendengar ayat terahkir isterinya. Dia terus memeluk tubuh isterinya kembali. Sempat dia mengucup ubun-ubun Hasya.

"You really know how to make me smile dear" kata Iqbal disambut oleh tawa Hasya.

"Of course! You are my husband" jawab Hasya yakin membuahkan senyuman di bibir Iqbal.

"I love you sayang"

"Love you too abang!"

MULUTNYA memuncung mengenangkan nasib hidupnya sekarang ini. Dengan sukacitanya dimaklumkan bahawa dia telah menamatkan zaman kerjanya dan digantikan pula dengan zaman suri rumah sepenuh masa.

Ya memang tepat lagi benar. Dia berhenti kerja.

Boleh naik gila dia berada seorang diri di rumah. Bak kata Iqbal, isteri perlu patuh arahan suami. Jadinya dia hanya mengikut dan akhinrya dia menyesal. Dia terlalu bosan berada di rumah sebesar stadium ini.

Selepas sahaja kejadian telapak tangannya terkoyak, Iqbal terus mengarahkannya untuk berhenti kerja. Jadi dia terus menghantar e-mel pada Naufal untuk memaklumkan dia berhenti kerja berkuat kuasa hari ini.

Dan itu membuatkan Nuafal tertanya-tanya mengapa dia berhenti kerja. Jadi terpaksa dia keluar juga untuk berjumpa dengan Naufal dan memberitahu sebab sebenar. Paling penting dia sudah mendapat keizinan daripada suaminya untuk keluar.

"Kenapa awak nak berhenti kerja? Awak nak mengelak daripada saya ke apa?" soal Nuafal dua das apabila Hasya hanya mendiamkan diri.

"Suami saya tak bagi kerja. Dan untuk soalan kedua tu, tiada sebab untuk saya mengelak daripada awak. Jadi sebab utama saya berhenti adalah kerana suami saya" jawab Hasya panjang lebar.

Naufal mengeluh perlahan mendengar penjelasan daripada Hasya. Sekarang ini baru dia percaya bahawa memang benar Hasya sudah berkahwin. Selama ini dia ingatkan Hasya hanya berkata begitu untuk mengelak daripadanya. Tetapi meleset jangkaannya pada hari ini. Dia memang sudah terlambat.

"Kalau itulah keputusan awak, saya memang tak boleh nak halang. Memang itu hak awak. Lagipula isteri perlu dengar kata suami" balas Naufal seraya menayangkan senyuman nipis.

"Sebelum saya terlupa. Ini kad jemputan untuk ke majlis ulang tahun syarikat. Memandangkan awak berhenti kerja awal daripada tarikh ni, saya perlulah bagi awak kad ni. Kalau perkerja yang lain saya dah umum awal-awal" beritahu Naufal lalu menghulurkan sekeping kad. Hasya menyambutnya dan membaca sekilas ayat yang tertera di muka depan kad.

"Insya-Allah kalau tiada apa-apa hal saya datang" jawab Hasya dengan penuh sopan. Dia tidak boleh berjanji kerana dia takut dia tak tepati.

"Ajaklah suami awak sekali. Boleh saya kenal-kenal dengan dia" tambah Naufal lagi mematikan senyuman Hasya.

'Kau memang dah kenal dia lama daripada aku kenal dia. Siap pakej buli lagi kau beri pada dia' kata hati kecil Hasya dengan penuh rasa tidak suka.

"Kalau dia tak sibuk, Insya-Allah boleh"

Setelah itu, Hasya meminta diri untuk pulang ke rumah apabila berasa hari semakin gelap. Dia juga perlu menyediakan makanan buat suaminya. Tanggungjawabnya sebagai seorang isteri.

"ABANG" panggil Hasya perlahan lalu melabuhkan duduk di tepi suaminya.

"Hmm"

"Ni ada surat untuk abang" kata Hasya lalu memberikan sekeping kad. Tanpa ragu, Iqbal terus menyambut huluran itu. Dibaca kad itu dengan tekun. Kemudian wajah isterinya dipandang dengan riak meminta penjelasan.

"Tadi kan saya pergi jumpa Naufal. Lepastu dia bagilah kad ni. Dia jemput awak sekali datang sini" terang Hasya satu persatu.

"Memang abang kena attend pun. Dia dah ajak abang awal-awal" jawab Iqbal penuh riak lalu melemparkan kad tadi ke atas meja. Hasya membuntang. Jadinya Naufal dah jumpa Iqbal.

Seriuslah!?

"Abang dah jumpa dengan dia? Bila masa?"

"Bukanlah. PA dia yang bagitahu Nik. Jadi abang setuju je lah. Memang abang nak jumpa dia pun. Dia tak tahu yang abang jadi pewaris syarikat tu. Dia ingat papa masih kerja dekat situ" jawab Iqbal membuatkan Hasya terangguk-angguk mencerna setiap bait kata suaminya.

"Abang jangan buat hal pula dekat majlis dia" ujar Hasya memberi amaran.

"Abang tak sebodoh tu lagi sayang. Kalau abang buat hal, jelas sangatlah yang abang tak profesional. Jatuhlah saham abang" balas Iqbal lalu tergelak kecil.

"Memang saham abang dah jatuh pun. Tak perlu nak tinggi-tinggi. Bukannya abang bujang lagi"

"Eh kenapa pula? Lelaki boleh kahwin empat tahu. Maknanya ada tiga lagi tempat kosong" balas Iqbal lalu menunjukkan jari tiga di depan muka Hasya.

"Oh ya? Kalau macam tu abang bawalah bakal arwah madu saya tu. Pilihan ada dua. Sama ada dia rela masuk enam kaki ke bawah ataupun dia tarik diri awal-awal" kata Hasya lalu menjongketkan kening berkali-kali. Tanda mencabar. Iqbal teguk liur kesat mendengar amaran isterinya.

"Jangan ambil serius sayang. Abang gurau je" tutur Iqbal dalam nada perlahan.

"Nasib baik bergurau. Kalau betul-betul memang saya tak teragak-agak nak buat macam tu dekat abang. Dekat perempuan mungkin sikit sajalah denda dia tapi untuk abang memang saya sediakan special punya. Abanh nak try tak?"

"Ta..tak na...nak"

"Good then" kata Hasya sebelum dia berlalu menuju ke dapur. Ditinggalkan Iqbak yang masih lagi ketakutan dengannya.

Biarlah orang nak cop dia takut bini ke apa. Yang penting dia tak nak kehilangan isterinya. Hasya memang orang yang terpenting dalam hidupnya.

Muktamad!










new chapter update! dont forget to vote🌟comment and share! saranghae bye<3

•C•BADBOY ITU SUAMIKUWhere stories live. Discover now