29🕊

7.5K 339 9
                                    

CUTI hujung minggu ini selama dua hari dia manfaatkan dengan perkara yang berfaedah. Dia sedang membuat latihan sebagai persediaan untuk menduduki peperiksaan yang amat besar iaitu Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Wajah tenang suaminya yang dalam lena itu dipandang dengan penuh rasa sayang. Jujur dia sudah mula jatuh sayang dengan lelaki itu. Sifat mengambil berat yang ditunjukkan amat menyentuh hati kecilnya.

Namun dalam masa yang sama dia juga ada fikir jikalau suatu hari nanti dia dan Iqbal akan berpisah. Mungkin di waktu ini jalan hidupnya bewarna-warna seperti pelangi. Tetapi pertengahan dan penhujungnya tidak diketahui.

Setiap hari selepas solat dia selalu berdoa agar rumah tangganya ini kekal selamanya. Dijauhi daripada hasat dengki manusia yang mahu merobohkan rumah tangganya.

"Kau termenung ke tengah belajar?" tegur satu suara serak basah. Sesekali suara itu berdehem membetulkan nada suaranya. Seksi nak mati!

Lamunannya tadi terus terpadam. Dipandang wajah suaminya yang masih lagi mamai. Dia tersenyum kecil. Comel!

Perlahan-lahan langkah diatur menuju ke arah Iqbal yang masih lagi berada di atas katil. Punggung dilabuhkan di birai katil lalu tangan gatalnya naik mengusap lembut rambut Iqbal.

"Kau ni dah kenapa?" soal Iqbal tiba-tiba. Hasya hairan. Kenapa apa?

"Apa yang kenapanya? Saya tak boleh eh nak main rambut awak macam ni?"

"Bukan tak boleh tapi pelik" balas Iqbal selamba lalu menaikkan kepalanya ke atas riba isterinya. Hasya hanya biarkan. Kalau dia menghalang pun bukannya Iqbal mahu mendengar cakapnya. Buat penat mulut membebel.

"Iqbal"

"Hmm"

"Iqbal"

"Ya"

"Iqbal Hayyan"

"Ya sayang Hasya Imani" jawab Iqbal membuatkan Hasya tersenyum malu.

Gedik!

"Kau nak apa?" soal Iqbal dengan mata yang terpejam. Malas nak buka. Lagipula dia selesa berkeadaan sebegini. Dengan elusan lembut Hasya di rambutnya membuatkan dia terbuai.

"Saja bosan. Tadi awak panggil saya dan itu membuatkan saya malas nak sambung kerja saya balik" beritahu Hasya.

"Salah aku lah ni, kau jadi malas?" tanya Iqbal pula sambil memandang wajah isterinya.

"Haah sebab awak" jawab Hasya selamba membuatkan Iqbal pandangnya tajam.

Dengan perlahan kepala suaminya diangkat daripada ribaan. Bersedia untuk melarikan diri. Tetapi dia terlambat apabila pergelangan tangannya ditangkap dan dirinya ditarik lalu jatuh terduduk di atas katil dalam dakapan suaminya.

"Gotcha!" ujar Iqbal seraya tersenyum nakal. Hasya menolak wajah suaminya yang bermain di sekitar lehernya. Dia geli.

Seketika ketukan di pintu bilik, membantutkan pergerakan mereka.

"Iqbal. Turun bawah ada kawan kamu yang datang" arah Mak Milah sambil mengetuk pintu bilik.

"Baik Mak Milah!" jawab Iqbal pula yang masih lagi memeluk tubuh isterinya.

Hasya lemas lalu dia menggigit perlahan lengan suaminya hingga pelukan terlepas. Bergegas dia keluar daripada bilik itu untuk menyelamatkan diri. Iqbal menggosok lengannya yang berbekaskan gigi isterinya.

Sumpah sakit!

Dia menuruni tangga dengan perlahan. Dapat dia dengari suara rakannya dan juga isterinya sedang berbual. Namun satu soalan yang keluar daripada mulut kawannya itu membuatkan dia menguntum senyuman senget.

"Dia bini aku" jawab Iqbal selamba sekali gus memintas percakapan Hasya.

Syamir dan Taqif membuntang. Biar betul isteri! Tapi bila masa pula kawannya ni kahwin? Kenapa mereka berdua tidak dijemput?

"Tipu" kata Syamir tidak mempercayai jawapan rakannya itu. Iqbal menggulingkan mata ke atas. Serabut betul!

Cup!

Hasya membulatkan mata memandang suaminya yang hanya dengan riak wajah selamba. Pandangan dikalihkan pula ke arah sahabat suaminya yang jelas terkejut dengan tindakan berani mati itu.

"Sekarang percaya? Or kau nak suruh aku buktikan dengan cara lain pula?" tanya Iqbal dengan nada yang sinis.

"T..tak perlu" jawab Taqif dengan gagap menghalang perbuatan Iqbal. Rakannya ini bukannya boleh percaya sangat. Tindakannya di luar kawalan.

"Buat apa datang sini?" soal Iqbal sambil tangannya bermain dengan tangan Hasya. Sesekali dicium kekura tangan itu membuatkan Hasya malu di hadapan rakan suaminya.

"Oh kita orang tak boleh datang sini eh? Lupa pula member dah kahwin tak boleh nak kacau sangat" sindir Syamir dengan pandangan yang jelek melihat perlakuan tidak malu Iqbal. Hormat sikit orang single ni!

"Ha pergilah balik. Memang kau orang berdua menganggu pun" halau Iqbal selamba. Hasya menepuk perlahan peha suaminya.

"Eh jangan ikut sangat cakap Iqbal ni. Kamu berdua duduk lah dulu. Saya nak pergi buat air kejap" pamit Hasya. Sempat dia menjeling manja suaminya. Sebal dengan sikap yang Iqbal tunjukkan.






PUAN Maisarah melihat wajah anak sulungnya itu yang tersengih-sengih dari tadi. Dia mengalihkan pandangan ke arah yang sama dilihat oleh anaknya. Namun dia hanya nampak pokok-pokok dan juga rumah jiran. Tidak ada pula kelihatan anak-anak dara kampung.

"Nak kahwin!" latah Hilman kuat seraya memandang ke arah belakang. Terkejut bukan kepalang apabila melihat wajah curiga si ibu. Habislah!

"Apa dia? Nak kahwin? Mana orangnya?" tanya Puan Maisarah bertubi-tubi lantas melabuhkan duduk di atas pangkin.

"Mana ada ibu. A..along main-main je" ujar Hilman lalu menggaru kepalanya yang tidak gatal. Gelabah!

"Ya ke? Dari tadi lagi ibu tengok kamu tersengih seorang diri dekat sini. Ada masalah jangan pendam along" pesan Puan Maisarah lembut.

Hilman hanya menayangkan senyuman. Belum tiba masanya lagi. Dia berasa terlalu awal untuk memberitahu kedua ibu-bapanya tentang gadis itu. Biarlah masa yang menentukan nanti.

Puan Maisarah mula membuka topik perbualan apabila melihat anak sulungnya itu hanya mendiamkan diri. Lagipula dia tidak memaksa anaknya.







IQBAL hanya memandang wajah isterinya yang khusyuk saja mengulang kaji pelajaran. Dari pagi tadi lagi isterinya sibuk menuntut ilmu dan disambung pula pada sebelah malam. Memandangkan peperiksaan dalam beberapa bulan saja lagi.

Tetapi tidak pula baginya. Dia hanya bergolek-golek di atas tilam sambil melihat isterinya. Ulang kaji? Nanti-nantilah dia fikirkan.

"Rajinnya lah kau ni Hasya. Chill dulu. Lambat lagi exam" ujar Iqbal sambil bermain game di telefonnya. Cara orang gifted bercakap. Sungguh annoying!

"Banyaklah awak punya chill. Saya ni bukannya gifted macam awak" bidas Hasya sebelum kembali menyambung kerjanya.

"Okay then. Kalau kau cakap macam tu apa kata kita buat deal?" soal Iqbal tetapi matanya masih melekat di telefon.

"Apa dia?"

"Siapa dapat straight A's boleh minta satu permintaan. Boleh macam tu?" tanya Iqbal meminta pendapat isterinya.

"Boleh je. Betul ni boleh minta satu permintaan? Janji?" soal Hasya inginkan kepastian. Dia tidak mahulah kena tipu kemudian hari.

"Betul. Janji" jawab Iqbal meyakinkan isterinya. Hasya tersenyum sinis. Dia akan buktikan yang dia akan dapat results yang cemerlang dan lebih gempak daripada suaminya.

"Goodluck on your study sayang!" kata Iqbal lalu ketawa yang bagi Hasya amat sinis. Seperti mengejeknya.

'Kita tengok results siapa yang paling gempak' hati kecil Hasya berkata-kata. Dia perlu berusaha!










new chapter update! dont forget to vote🌟comment and share! luv u all<3

•C•BADBOY ITU SUAMIKUWhere stories live. Discover now