4🕊

10K 448 9
                                    

TELINGA disumbat dengan airpod agar tidak mengganggu ketenteramannya untuk mengulang kaji pelajaran. Namun perkara itu juga menyebabkan dia tidak mendengari jika ada orang yang memanggilnya.

Bunyi deringan jam menandakan waktunya untuk mengulang kaji sudah tamat. Dia membuka airpod lalu diletakkan ke tempatnya. Keluhan dilepaskan. Perbualannya dengan Datin Habibah tadi diingat kembali.

"Mama dengan papa tak jadi balik harini. Mungkin lusa kut sebab ada hal yang tak selesai lagi" kata Datin Habibah melalui panggilan telefon.

"Okay. Bye mama" jawab Iqbal lalu meletakkan panggilan. Dia sudah malas mendengar hal-hal begitu dari mulut mamanya.

"Iqbal please don't think about it. Just let it go. Breathe in breathe out" ujar Iqbal lalu menarik dan menghembus nafas untuk menenangkan dirinya.

Meja belajar dikemaskan sebelum dia berlalu ke katil. Badan dihempas kasar. Keluhan sedari tadi tidak berhenti dilepaskan daripada mulutnya. Tangam diletakkan di atas dahi.

Hidupnya berasa sunyi. Dia cemburu melihat pelajar lain yang apabila pulang dari sekolah akan diambil oleh ibu bapa mereka ataupun adik beradik. Dia seorang anak tunggal. Walaupun dia hidup dalam kemewahan sedari kecil namun dia tidak bahagia. Ya dia mahukan kebahagian.

Tanpa sedar dia menangis. Dia mengaku dia cemburu akan kehidupan orang lain. Dia lebih rela hidup bersederhana daripada kaya raya begini tetapi tidak bahagia.

"Ya Allah tenangkan lah hati ku"




RIUH saja padang sekolah pagi itu dengan bunyi ketawa dan juga sorakan. Pelajar perempuan bermain bola beracun seperti biasa manakala pelajar lelaki bermain bola sepak. Pasti saja ada junior yang akan sengaja lalu di tepi padang untuk melihat pelajar lelaki bermain. Dasar budak!

"Hasya buat elok-elok. Fighting!" jerit Mia memberi sokongan.

Hasya sudah berdebar. Jantungnya mengepam laju darah. Dia saja yang berada di dalam bulatan itu dan jika dia berjaya bertahan selama sepuluh kiraan pihaknya akan menang.

Lima kiraan sudah berjaya dia atasi dan hanya tingga lima lagi. Debaran semakin terasa. Dalam jangka masa itu pelbagai perkara boleh berlaku.

"Aduh" Hasya terjatuh di atas padang. Dunia terasa berpusing baginya. Sisi kepalanya disentuh.

"Siapa yang buat ni hah?!" tanya Mia dengan kuatnya menandakan dia sedang marah.

"Iqbal" jawab seorang pelajar lelaki. Iqbal memandang rakannya itu tajam. Bodoh betul dia bagitahu.

"Kau minta maaf sekarang dengan dia" arah Mia. Mukanya tegang saja. Hasya masih lagi berada dalam dunianya sendiri. Kepalanya terasa berat saja.

"Salah dia juga sebab dia main dekat situ" balas Iqbal tidak mahu kalah. Mia menahan geram.

"Mia. Betullah kata dia tu salah aku juga sebab duduk dekat situ tadi" kata Hasya perlahan mematikan niat Mia untuk melangkah menuju ke arah Iqbal. Dia malas mahu bertekak pagi ini.

"Betul kau okay? Kalau tak aku bawa pergi bilik kesihatan" tanya Mia risau apabila melihat wajah pucat rakannya itu.

"Ya aku okay. Sekarang mari kita sambung main. Masa tinggal lagi 25 minit. Sempat kut dua round" ujar Hasya untuk menenangkan hati rakannya.

Mereka sambung bermain seperti tadi bagaikan tiada apa yang berlaku. Namun Hasya gagahkan jua dirinya untuk bermain bagi mengelakkan perbalahan yang akan berlaku antara pelajar perempuan dan lelaki kelas 5 Excellent.


DARI tadi matanya memandang wajah Hasya yang kelihatan pucat bagaikan mayat. Dia dihurung rasa serba salah. Kerana perbuatannyalah gadis itu sakit.

"Okay class. Proceed your work while waiting for another teacher. Assalamualaikum" ujar Cikgu Hamdi iaitu guru mata pelajaran matematik.

Salam dijawab secara perlahan saja. Mia memandang ke arah Hasya yang sedang menongkat wajah dengan tangan. Dia masih risau dengan keadaan Hasya.

"Wei kau okay tak ni sebenarnya?" tanya Mia buat kesekian kalinya.

"Aku okaylah jangan risau" jawab Hasya masih lagi dengan jawapan yang sama. Mia mengeluh.

"Okay apanya kalau muka kau pucat macam ni. Kau ada rasa apa-apa tak? Macam loya ke pening ke?"

"I am okay. Dah sambung buat kerja"

Mia mendengus geram. Degil betul kawannya ini. Pandangannya dikalihkan pula ke arah Iqbal. Tajam matanya memandang lelaki itu sehingga gelabah Iqbal dibuatnya.

"Assalamualaikum semua"

Semua pelajar kalut menyimpan semua buku matematik dan mengeluarkan buku subjek yang seterusnya. Bacaan doa belajar dimulakan dan setelah itu mereka semua menyambung lagi sesi pembelajaran.



SELESAI sahaja menunaikan solat isyak dirinya berbaring sebentar di atas sejadah. Kesakitan akibat tendangan bola masih lagi terasa di kepalanya. Mungkin bengkak.

"Adik kau okay tak ni?" soal Hilman prihatin apabila melihat keadaan adiknya yang lemah.

"Okay je cuma pening sikit. Nanti aku tidur dia hilanglah sakit tu" kata Hasya sambil tersenyum nipis.

"Tak panas pun" ujar Hilman selepas dia menyentuh dahi adiknya.

"Memanglah tak panas. Aku bukannya demam cuma pening kepala sikit. Mungkin sebab terlebih belajar" beritahu Hasya lalu ketawa kecil dengan andaiannya sendiri. Hilman turut ketawa.

"Iyalah tu sebab terlebih belajar. Aku ni yang terlebih kerja tak ada pula pening macam kau" balas Hilman pula. Hasya mendecit tidak suka. Selalu saja dirinya dibandingkan dengan Hilman.

"Kau balik kerja terus tidur entah ke alam mana. Aku ni balik sekolah kena tolong ibu dekat dapur itu ini. Kalau aku tak buat kena marah pula" adu Hasya lalu bangkit dari pembaringannya. Hilman hanya senyum mendengar celoteh Hasya.

"Buat kerja tak ikhlas eh. Aku bagitahu ibu. Ib.." Hasya terus menutup mulut abangnya. Mampos dia kalau ibu tahu.

"Bongok kau ni. Diam-diam sudahlah. Adoi!" jerit Hasya apabila telapak tangannya digigit oleh Hilman.

"Puih! Apasal tangan kau pedas ni?" tanya Hilman hairan. Lidahnya terasa berangin semacam aja.

"Bekas minyak. Aku sapu dekat kepala tadi" jawab Hasya dengan sengihan tidak bersalah. Hilman membuntangkan mata. Patutlah berangin macam ni. Bekas minyak panas rupanya.

"Basuhlah tangan dulu lain kali"

"Siapa suruh kau gigit tangan aku. Padanlah muka" kata Hasya lalu melarikan diri ke luar bilik. Namun langkahnya terhenti sebaik sahaja dia melihat ke satu arah.

"Ha dapat pun!" ujar Hilman teruja apabila dapat menangkap adiknya. Tetapi dia pelik apabila adiknya tidak bergerak sedikit pun. Dia turut memandang ke arah yang sama dengan Hasya. Dia terkaku.

"Mainlah lari lagi" sindir Encik Hasyiem. Rotan yang berada di tangannya dimain-mainkan.

Oh! Jadi sebab itulah mereka berdua terkaku. Disebabkan rotan yang berada di tangan Encik Hasyiem. Kalau kena sekali tu memang mantap.

"Hehe tak lari dah" kata Hasya lalu melabuhkan duduk di hadapan television yang menyiarkan siaran sukan. Hilman turut mengikut langkah adiknya.

Sesekali dipandang wajah ayah mereka yang sentiasa serius dan hanya tersenyum kepada ibu mereka saja iaitu Puan Maisarah.





new chapter update! dont forget to vote🌟comment and share this story with your friends! bye you all^ saranghae♥︎

•C•BADBOY ITU SUAMIKUWhere stories live. Discover now