6🕊

9K 426 26
                                    

MAGNIFICENT Highschool ialah sebuah sekolah swasta yang majoriti pelajarnya daripada keluarga yang berharta atau dalam bahasa mudah kaya. Cara pembelajaran mereka juga amat berbeza dengan sekolah kerajaan.

Walaupun nama sekolahnya gah pasti saja ada murid yang bermasalah. Di setiap tempat pasti ada segelintir pelajar yang mempunyai rekod teruk.

"Aduh" Dia mengaduh kesakitan apabila badannya terhentak ke dinding dengan kuat.

"Aku dah bagi warning kan jangan bagitahu cikgu. Tapi kenapa kau bagitahu juga! Dasar bodoh!" kasar kata-kata yang keluar daripada mulut lelaki itu.

"Disebabkan mulut kau tu besar tempayan. Hari ni aku nak bagi pengajaran sikit. Manalah tahu lepasni mulut kau bisu tak perlulah bercakap"

Dia hanya dia menekur tanah. Dia tidak mampu melawan. Dia takut disakiti. Dia takut sangat-sangat. Dirinya lemah.

"Ha makan ni!"

Pelajar lelaki itu memasukkan cili ke dalam mulutnya. Dia dipaksa untuk mengunyah cili itu dan jikalau dia tidak lakukannya dia akan dipukul. Dia tidak mahu.

Mukanya kemerahan menahan pedas yang  maha hebat. Air mata yang bertakung di tubir mata di tahan sebaik mungkin untuk tidak kelihatan lemah di hadapan mereka.

"Lain kali jangan buat hal lagi. Ni baru sikit aku bagi dan aku boleh bagi lebih lagi kalau kau nak" pesan lelaki itu lalu menepuk perlahan pipinya dan berlalu pergi.

Tubuhnya melorot jatuh ke bawah. Air mata yang ditahan tadi akhirnya jatuh jua mengalir di pipi. Jujur dia katakan dia memang lemah. Dia tidak kuat. Dia takut untuk merasa sakit. Dia sudah tidak mahu merasa sakit itu lagi namun dia tidak boleh berbuat apa-apa. Dia keseorangan manakala lelaki itu berkumpulan.

"Mama. Papa. Tolong Iqbal"


HASYA memandang tajam lima orang pelajar lelaki dan empat orang pelajar perempuan. Dia menggeleng perlahan kepala sebelum mengeluh sedikit. Apa nak jadi dengan dia orang ni?

"Nak kena denda apa pula kali ni?!" jeritnya lantang mengejutkan pelajar-pelajar yang lalu di situ. Cikgu Zahim hanya mendiamkan diri di situ. Dia mahu lihat sejauh mana ketegasan Hasya yang dia dengari dari mulut-mulut pelajar.

"Tak serik-serik lagi ke?! Datang ke sekolah bukan untuk bergaduh tetapi untuk belajar! Kalau rasa diri tu hebat sangat boleh isi surat berhenti sekolah!" kata Hasya dengan nada yang cukup marah.

"Ni dekat depan aku ni ada surat berhenti sekolah. Kalau nak ambil sekarang"

Pelajar yang melakukan kesalahan hanya menunduk tidak berani menentang wajah marah Hasya yang kelihatan menakutkan di mata meraka namun tidak bagi Iqbal yang hanya diam memandang setiap gerak geri pengawas tegas itu.

"Tak ada pula nak ambil. Ingatkan hebat sangat" sindir Hasya selamba. Cikgu Zahim menahan ketawa melihat muka takut pelajar lain. Kecut semua!

"Pelajar perempuan ni aku nak tegur sikit. Dah berbuih mulut aku tegur perkara yang sama tapi kau orang semua buat tak endah aja kan. Tak apa aku okay saja nak ulang" ujar Hasya lalu menuju ke arah empat pelajar perempuan di situ. Pelajar lelaki dan Cikgu Zahim hanya melihat saja.

"First thing aku nak tegur fasal sanggul rambut kau orang ni. Nak tinggi macam gunung everest ke hah? Nak cakap tak belajar agama kau orang belajar kan apa hukumnya"

"Second thing is about tudung. Kalau boleh singkatkanlah lagi biar nampak tekak berkarat kau orang tu and the last thing is about 'couple'. Aku tahu yang kau orang semua ada boyfriend right. Always on call everynight before sleep and so on. Tapi dekat sekolah kau orang tak perlu nak tunjukkan perangai buruk tu. Simpan atau lagi baik buang terus"

"Kau orang yakin ke yang hubungan kau orang ni boleh kekal? I think no because this is the last year for you guys and after this kau orang semua akan berpecah pergi sana sini untuk sambung belajar. Lainlah kalau ada orang tu nak merasa alam perkahwinan di usia muda. Silakan kalau rasa diri tu mampu"

Marah Hasya panjang lebar atau lebih tepat lagi teguran yang membawa kebaikan kepada diri pelajar dan dirinya sendiri. Terdapat juga sindiran pedas yang dapat membuatkan diri seseorang itu tersentap dalam.

Para pelajar perempuan hanya tunduk mendiamkan diri. Tidak mampu untuk memandang wajah beruang jadian di hadapan mereka ini. Garang sangat!

"And for you all pelajar lelaki jangan gatal sangat eh nak ber-couple bagai. Just think about your dream okay. What you want to be in the future. Takkan lah kau orang semua nak sia-siakan peluang belajar macam ni aja. Balas balik jasa ibu bapa kau orang yang susah payah cari duit siang malam untuk bagi kau orang keselesaan, kelengkapan untuk ke sekolah. Please rasa bersyukur and sedar diri. Jangan buat perkara yang tak berfaedah dan akan makan diri kau orang sendiri nanti. Ingat ni!" Pesan Hasya dalam nada tegasnya.

"Cikgu ada apa-apa nak bagitahu ke?" tanya Hasya penuh sopan ke arah Cikgu Zahim yang dia sedar dari tadi lagi mendiamkan diri.

"Tak ada. Kamu boleh lepaskan dia orang balik atau kamu nak denda dia orang suka hatilah" kata Cikgu Zahim memberikan kebenaran.

Semua pelajar yang berada di situ sudab kecut perut mendengar perkataan denda. Memang balik lewatlah dia orang hari ni!

"No denda for today because I have a lot of things to do. So boleh balik" beritahu Hasya menggembirakan hati mereka semua.

Hasya terus berlalu menuju ke kelasnya. Namun tiba-tiba saja langkahnya dihalang. Dia memandang Iqbal atas dan bawah sebelum mengjongketkan kening. Hairan.

"Nak apa?"

"Kau"

Hasya terkejut. Kena sampuk apa Iqbal ni sampai jadi macam ni. Seram sejuk pula dia rasa sekarang ini walaupun hakikat sebenar panas disebabkan matahari tegak berdiri di atas kepala.

"Tepilah aku nak balik" beritahu Hasya lalu menolak tubuh Iqbal ke tepi. Berjaya!

"Kenapa kau tak denda kita orang hari ni?" soal Iqbal mematikan langkah Hasya yang sedang mendaki tangga.

Hasya berkerut dahi. Pelik bin hairan dengan persoalan yang keluar daripada mulut Iqbal. Dia ni tak reti bersyukur ke?

"Kau ingat aku rajin ke nak denda kau orang semua everyday. Of course I am not. Aku ada banyak kerjalah daripada buang masa denda kau orang" beritahu Hasya sebelum menyambung langkahnya.

Iqbal hanya terpacak di tangga sebelum turut mendaki tangga untuk menuju ke kelasnya. Dia sejujurnya mahu Hasya mendenda mereka adalah kerana dia mahu pulang lewat ke rumah. Sekurang-kurangnya dia punya alasan untuk tidak pulang awal ke rumah. Namun hari ini rancangannya gagal. Geramnya!

new chapter update! actually nama highschool tu rekaannya aja tau. dont forget to vote🌟comment and share this story to your friends! spread some loves♥︎ bye guys luv u<3

•C•BADBOY ITU SUAMIKUWhere stories live. Discover now