9🕊

8.5K 390 31
                                    

HASYA yang sedang khusyuk menulis nota itu mengangkat pandangan ke arah pintu kelas di mana berdirinya seorang pelajar lelaki. Mungkin pelajar menengah bawah.

"Erm Kak Hasya dengan Abang Iqbal kena pergi dekat makmal blok sana. Cikgu Iman suruh" kata pelajar itu sebelum melarikan diri. Hasya pelik mendengar kata-kata pelajar itu. Dia buat tidak endah saja.

"Kau nak duduk situ sampai bila?" tanya seserang dengan nada yang cukup sinis. Hasya buat tidak tahu. Dengar suara saja dia sudah tahu siapa gerangannya.

"Kau datanglah nanti" ujar Iqbal sebelum berlalu keluar daripada kelas. Hasya mengeluh seketika. Dirinya berasa malas mahu turun dan naik tangga semula. Penat!

"Aku pergi dulu tau" beritahu Hasya kepada Mia yang juga sibuk menyiapkan kerja sekolah. Mia mengangguk membenarkan.

Dengan langkah longlainya dia keluar daripada kelas dan menuju ke makmal yang diberitahu oleh pelajar lelaki tadi.

Tiba sahaja di sana hanya kelibat Iqbal yang kelihatan sedang bersandar elok di meja kayu dalam makmal itu. Wajahnya serius sahaja.

"Mana cikgu?" soal Hasya lalu masuk ke dalam makmal itu.

"Entah" jawab Iqbal bersahaja menaikkan amarah Hasya.

Mereka menunggu di situ hampir sepuluh minit tetapi tiada tanda-tanda yang cikgu akan datang. Hasya sudah gelisah. Dia tidak selesa duduk berdua di dalam bilik sebegini dengan lelaki yang bukan muhrim. Hatinya tidak tenang.

"Ish aku naik dululah kalau macam ni" ujar Hasya dalam nada geramnya sebelum berdiri dari duduknya. Entah di mana silapnya dia terpijak kain sendiri. Dia menutup mata kerana mengetahui apa yang bakal terjadi. Matilah punggung aku!

Eh?

Dirinya tidak merasa sakit. Dia hairan. Perlahan-lahan matanya dibuka lalu dia terkedu. Hembusan nafas seseorang menandakan jarak antara dirinya dan orang itu amat dekat.

Matanya membuntang luas aoabila sedar akan kedudukannya dimana tangan Iqbal elok saja melilit di pingangnya. No!

"Astaghfirullah. Kamu berdua buat apa ni?!" jerit seseorang membuatkan Hasya gelabah. Dia terus menolak tubuh Iqbal ke belakang agar melepaskannya. Ya Iqbal lah yang menyelamatkan dirinya daripada terjatuh tadi.

"T..tak. Kami tak bu..buat apa-apa" jawab Hasya dengan gagapnya. Dia gelisah sekarang ini.

"Sini pak cik bawa kamu ke bilik pengetua. Selesaikan di sana" ujar pak cik itu sebelum menarik Hasya dan Iqbal.

"Tolong pak cik. Sumpah kita orang tak ada buat apa-apa pun. Kan Iqbal? Jawablah" kata Hasya lalu berpaling memandang Iqbal yang hanya berdiam diri sahaja.

"Kamu tak perlu terangkan perkara ini pada pak cik. Terangkan sendiri pada pengetua nanti" beritahu pak cik itu dalam nada yang tegas. Badan Hasya sudah mengigil. Dia takut dan gelisah. Perkara yang berlegar di fikirannya ditepis sejauh mungkin.




"LIHAT daripada rekod kamu berdua. Hasya tiada kesalahan serta punyai rekod bersih dan kamu Iqbal punyai rekod yang teruk dengan kes gaduh. Jadi sekarang ini saya nak pak cik yang terangkan apa yang berlaku. Kamu berdua diam" kata Cikgu Amalin dengan tegasnya. Hasya memandang Iqbal yang hanya berdiam diri. Tiada riak di wajah itu.

"Tadi saya lalu depan makmal blok hujung tu nak bersihkan kawasan situ. Saya terdengar bunyi orang bercakap pada mulanya dan lepas itu diam. Saya pun bukalah pintu makmal tu dan nampak mereka berdua dalam keadaan yang tidak sepatutnya" terang pak cik itu panjang lebar.

Hasya sudah membuntangkan mata mendengar semua penjelasan yang diberitahu oleh pak cik itu manakala Iqbal hanya tenang saja.

"Duduk Hasya" ujar Cikgu Amalin. Hasya dengan terpaksanya kembali duduk di atas kerusi.

"Saya akan telefon ibu bapa kamu berdua untuk datang ke sekolah hari ini juga bagi membincangkan tentang masalah kamu"

"Tolong cikgu jangan. Kita selesaikan dekat sini aja. Semua per..."

"Kes ini terlalu besar Hasya. Amat penting untuk saya bagitahu ibu bapa kamu berdua" potong Cikgu Amalin dengan lagak tegasnya.

Hasya kembali membisu. Dirinya tidak dapat memproses apa yang sedang berlaku sekarang ini. Jikalau ini mimpi sedarkanlah dia dari mimpi yang buruk ini.

Tolong sedarkan dia.





"AYAH please percaya dekat Hasya. Takkan Hasya nak buat perkara macam tu. Hasya tahu halal haram lah ayah" rayu Hasya dengan mata yang berkaca. Dirinya sakit diperlakukan begini.

"Perangai manusia boleh berubah-ubah Hasya. Tak selamanya sama" jawab Encik Hasyiem dengan tenang.

Hasya terlopong mendengar kata-kata yang dilontarkan oleh Encik Hasyiem. Ayahnya sudah tidak mempercayainya lagi. Hatinya bagai disiat-siat menjadi hancur. Perit untuk dia terima hakikat ini.

Encik Hasyiem sudah tidak mempercayai Hasya lagi.

"Tak ayah. Sumpah Hasya tak buat perkara kotor tu. Ibu, along percayakan Hasya kan?" soal Hasya dengan suara yang serak menahan tangis.

"Iqbal please explain to them the truth. Dont be silent like this" kata Hasya pula memandang tepat ke arah Iqbal yang hanya tenang saja. Sedari tadi lelaki itu hanya diam.

"Maafkan saya pak cik, mak cik" kata Iqbal selepas mengambil nafas yang panjang.

Hanya kata maaf yang keluar daripada mulut Iqbal. Tiada penjelasan yang diberikan. Dia tidak tahu mahu berkata apa.

Hasya terpana. Hanya itu sahaja yang mampu dia katakan? Hanya maaf tanpa memberikan apa-apa penjelasan. Like real?

Kenapa?

"Tell them the truth!" marah Hasya dengan suara yang meninggi. Semua di situ terkejut mendengar suara Hasya.

"Nak bagitahu apa?" balas Iqbal tenang. Namun tidak bagi Hasya. Dia rasa mahu cekik saja Iqbal sekarang ini hingga lenyap dari sini. Tetapi itu cuma bayangan dalam mindanya saja.

"Hasya tolong bertenang. Kita bincang elok-elok" pujuk Cikgu Amalin lembut.

Hasya tidak pedulikan kata-kata itu. Perasaan yang bercampur dalam dirinya saat ini membuatkan dia hilang akal seketika.

"Macam inilah Encik dan Puan. Bagi mengelakkan sebarang perkara yang akan terjadi dan memalukan kedua-dua belah pihak, saya cadangkan kita kahwin kan mereka berdua" cadang Dato Isham tenang iaitu ayah kepada Iqbal.

"Tak. Both of us are not getting married. Kes ni kita selesaikan hari ini juga. Seperti yang saya katakan tadi perkara yang semua orang fikirkan tidak berlaku sama sekali dan pengakuan yang dibuat oleh Iqbal adalah palsu" terang Hasya panjang lebar sekali gus membela nasib dirinya.

"Kau yang tipu Hasya. Just mengaku boleh tak? Jangan rumitkan keadaan" beritahu Iqbal membuatkan Hasya berdongkol marah.

"You are the one yang rumitkan keadaan! Kau yang tipu semua orang dekat sini. Like I said earlier tell them the truth and dont lie" balas Hasya dengan mata yang memerah. Jujur dia katakan dirinya amat lemah sekarang ini. Tiada sesiapa yang membela nasibnya. Yang ada hanya dia.

"Ayah dah buat keputusan. Seperti yang Dato katakan tadi kita kahwin kan mereka berdua" ujar Encik Hasyiem membutangkan mata Hasya.

Ayah dia suruh dia kahwin?

Ayah dia dah tak percaya akan kata-katanya?

Lama Hasya memandang wajah ayahnya yang hanya tenang saja menuturkan kata itu tadi. Hatinya pilu. Wajahnya memerah menahan perasaan sakit dan marah yang bercampur bersama. Dia kosong saat ini. Tiada apa yang boleh membahagiakan dirinya.

Kenapa tiada sesiapa yang membela nasibnya?

Kenapa tiada sesiapa yang percaya akan kata-katanya?

Kenapa semua orang memandang serong ke arah dirinya?

Adakah semua ini berlaku kerana dirinya?







new chapter update! kesian Hasya:( dont forget to vote🌟comment and share! bye lobe you guyss🤍

•C•BADBOY ITU SUAMIKUWhere stories live. Discover now