11🕊

9.8K 425 12
                                    

"AWAK bangun solat subuh" kata Hasya sambil menggoncangkan tubuh Iqbal yang lena dibuai mimpi.

"Bangun Iqbal" ujar Hasya lagi. Kali ini siap pakej tampar pula tetapi hanya perlahan.

Terpisat-pisat Iqbal bangun daripada tidurnya dan benda pertama yang menjamu pandangan matanya ialah wajah isterinya. Sungguh indah.

"Pandang apa pula. Pergi solat sekarang" beritahu Hasya apabila mata Iqbal memandangnya lama membuatkan dirinya gugup.

"Pandang pun tak boleh. Bukannya haram pun dah halal. Kalau buat dapat pahala" ujar Iqbal selamba lalu turun dari katil dan menuju ke tandas untuk membersihkan diri dan seterusnya solat.

Hasya menggeleng perlahan. Kalau tak gatal tak sah. Mesti ada saja perangainya. Tampar karang baru tahu. Dia pula berlalu menuju ke dapur untuk menolong ibunya memasak.







HASYA menahan rasa geram yang terbuku di dada apabila melihat ulat bulu jadian sedang bergelak ketawa dengan Iqbal atau lebih tepat suaminya. Dengan langkah yang marah dia berjalan ke arah mereka yang berada di pangkin yang dibina di bawah pokok rambutan.

"Tepi sikit" ujar Hasya kepada Syakirah yang memandangnya hairan.

"Iqbal ke sana sikit" kata Hasya kepada suaminya apabila Syakirah tidak berganjak.

Iqbal hanya menurut perintah dan ucapan syukur diucapkan dalam hati kerana Hasya datang tepat pada masanya. Dia tidak selesa berada dengan Syakirah yang melihatnya dengan pandangan gatal. Geli!

Hasya berada di tengah-tengah antara Iqbal dan Syakirah. Tangan Iqbal di ambil lalu digenggamnya erat. Sengaja mahu menaikkan amarah Syakirah. Sibuk menggatal dengan laki aku kenapa?!

"Tiba-tiba rasa haus pula tekak ni. Saya naik dulu ya Iqbal" ujar Syakirah lalu menyangkan senyuman manisnya ke arah Iqbal namun tidak dilayan. Padan muka!

"Jealous eh?" tebak Iqbal dengan kening yang terjongket-jongket. Hasya membuat muka. Dia jealous? Lambat lagi!

"No"

"Habistu kenapa muka masam je?" tanya Iqbal lagi mahukan jawapan yang jujur daripada isterinya.

"Tak ada apa-apa" jawab Hasya malas. Tangannya masih lagi mengenggam erat tangan milik suaminya.

"Mengaku je lah. Kalau jealous pun apa salahnya. Lagi aku suka" kata Iqbal dengan nakalnya. Hasya memandang ke arah lain. Tidak sanggup dia melihat muka miang Iqbal.

Seketika dia terasa seperti ada sesuatu yang jatuh di atas kepalanya. Tubuhnya mengeras. Kaku. Dia memandamg Iqbal yang turut terbuntang memandang sesuatu yang berada di atas kepalanya.

"Please dont move" ujar Iqbal dengan nada yang tegas. Hasya memang sudah tidak mampu bergerak. Nafasnya menjadi sesak.

"Hasya!"

Itu perkataan terakhir yang dia dengari sebelum dirinya pengsan tidak sedarkan diri. Kelam dalam dunianya sendiri.









PERLAHAN-LAHAN mata dibuka apabila dia merasa satu belaian lembut bermain di rambutnya. Dia memandang ke arah suaminya yang berada di sebelahnya.

"Pukul berapa sekarang ni?" tanya Hasya dengan suara seraknya. Dia bangun bersandar di kepala katil dengan bantuan suaminya.

"4.00 petang" jawab Iqbal tenang namun tidak bagi Hasya. Matanya membulat. 4.00 petang?! Lama gila dia tidur! Mujur sahaja dia datang bulan sekarang ini kalau tidak memang terlepaslah solat zuhurnya.

"Erm are you okay?" soal Iqbal lembut. Tangannya tidak berhenti membelai rambut panjang paras pinggang isterinya.

Cantik!

•C•BADBOY ITU SUAMIKUWhere stories live. Discover now