24🕊

7.8K 366 1
                                    

PAGI hari lagi mereka semua keluar pergi ke pasar untuk membeli barang. Tidak ketinggalan juga Hasya. Manakala kaum Adam pula pergi ke dusun peninggalan arwah atuk untuk mengutip buah-buahan.

Budak-budak hanya duduk di rumah memandangkan mereka tidak bangun lagi daripada tidur. Lagipula amat susah jika budak kecil di bawa ke pasar. Dengan keramaian orang yang berada di situ pasti saja susah untuk menjaga mereka.

Usai saja membeli bahan untuk memasak mereka semua pulang daripada pasar dengan menjinjit plastik yang dipenuhi dengan barangan yang berbeza. Daripada bahan mentah hingga bahan yang sudah dimasak semuanya ada.

"Banyaknya kau orang beli" tegur nenek apabila melihat beg plastik yang terkumpul di satu sudut dapur.

"Ramai orang nek dekat rumah ni. Bukannya nenek duduk seorang. Kalau masak sikit nanti tak cukup pula" ujar Kak Husna sambil meletakkan beberapa beg plastik lagi.

Seketika bunyi tangis budak kedengaran. Kak Husna sudah mengeluh perlahan. Bangun pula budak tu. Baru saja dia mahu pergi Hasya memberhentikan langkahnya.

"Tak apa kak. Biar Hasya yang ambil" ujar Hasya lalu dia naik menuju ke ruang tamu. Dapat dilihat Ainin sedang bergolek-golek di atas toto dengan muka yang terjebik-jebik.

"Ala sayang. Janganlah nangis" pujuk Hasya lalu menangkat Ainin ke ribaannya. Belakang badan Ainin digosok perlahan bagi menenangkannya.

"Aunty Sya" seru seseorang membuatkan perhatian Hasya teralih. Dia tersenyum seketika. Alahai geram betul!

"Ya sayang. Come bangun" kata Hasya perlahan sambil menepuk punggung Aisy.

"Mama mana?"

"Ada dekat dapur" jawab Hasya lalu menunjukkan dengan jari telunjuknya ke arah dapur.

Aisy bangun lalu tekedek-kedek dia berjalan menuju ke dapur. Hasya ketawa perlahan dengan gelagat comel Aisy. Dia juga turut bangun mengejar langkah budak kecil itu.

"Anak mama. Good morning" sapa Kak Husna apabila melihat Aisy menuruni tangga dengan berhati-hati. Aisy tersenyum suka lalu berjalan menuju ke arah mamanya. Dipeluk kaki Kak Husna dengan erat.

"Eee. Anak mama busuk lah. Kena mandi ni" ujar Kak Husna lalu mendukung Aisy.

"Papa mana?"

"Pergi kebun" jawab Kak Husna lalu mencuit hidung kecil milik anaknya. Hasya tersenyum suka melihat keakraban yang ditunjukkan oleh Kak Husna dan Aisy.

"Husna. Pergi buat air. Dia orang dah balik" arah nenek lalu menjuihkan bibir ke arah sekumpulan kaum Adam yang keletihan gayanya sedang berehat di atas pangkin.

Kak Husna hanya mengangguk. Hasya kemudiannya berjalan kembali naik ke ruang tamu. Aisy turut mengikuti langkahnya. Tergelak perlahan dia melihat Aisy yang susah payah untuk mendaki tangga. Kesian betul.

"Uncle Iq. Tolonglah Aisy ni" panggil Aisy yang berada di hujung tangga. Hasya pelik. Uncle Iq? Terus dia pandang ke tepi. Dia terkejut. Bila masa Iqbal ada di sini?

"Boleh. Dengan satu syarat. Aisy tak boleh rapat dengan Aunty Sya" ujar Iqbal sambil bersilang tangan di dada. Muka Aisy usah cakaplah. Cemberut habis!

Tidak gemar mendengar syarat yang dikemukakan oleh Iqbal. Iqbal pun satu masalah. Perlukah dia cemburu dengan Aisy?

"Aunty" rengek Aisy perlahan. Dia sudah duduk di hujung tangga itu tanda menyerah diri. Hasya ketawa perlahan. Kesian betul.

Iqbal pergi ke arah Aisy lalu diangkat tubuh montel itu dan diletakkan di sisi isterinya. Aisy tersenyum suka. Berjaya! Walaupun dengan bantuan Uncle Iq.

"Aunty jom!" terus Aisy menarik tangan Hasya untuk mengikutnya. Hasya dengan relanya hanya ikut saja jejak langkah kecil milik Aisy. Macam anak gajah! Comel aja.

"Aisy!" jerit Iqbal kuat. Hasya dan Aisy ketawa perlahan. Suka kenakan Iqbal. Padan muka!








TERJEBIK-JEBIK wajah Aisy tika ini. Tidak kurangnya Hasya yang turut sama berasa sedih akan perpisahan ini. Iqbal membuat muka apabila melihat kolam air yang bertakung di mata isterinya. Alahai cengeng!

"Nangis buat apa?" tegur Iqbal lalu menarik Hasya ke dalam dakapannya. Hasya hanya menurut. Air mata yang mengalir sedikit diseka dengan jari.

Kemudian dia kembali berpaling ke arah Aisy yang masih lagi dengan wajah yang menahan tangis. Dia menunduk menyamai ketinggian Aisy.

"Sini" panggil Hasya lalu memeluk erat tubuh kecil Aisy. Tangan kecil Aisy pula mendakap badan Hasya.

"Ish sudah. Tak boleh peluk lama-lama" beritahu Iqbal lalu menarik isterinya. Yang lain sudah tersenyum senget melihat perangai Iqbal yang satu itu. Jealous tak bertempat!

"Mama. Aisy nak ikut Aunty Sya" rengek Aisy manja dengan air mata yang mengalir di pipi. Sedih sangat.

"Tak boleh sayang. Nanti Aunty Sya dengan Uncle Iq pergi school siapa nak jaga Aisy? Lagi satu Aisy dah tak sayang mama ke? Aisy nak tinggalkan mama?" pujuk Kak Husna.

Aisy sudah kelihatan serba salah. Dia bukannya mahu meninggalkan mamanya. Cuma dia selesa dengan Aunty Sya yang selalu saja melayan kerenahnya.

"Mana ada. Aisy sayang mama" ujar Aisy lalu memeluk badan Kak Husna. Hasya tersenyum suka. Comel saja dua beranak itu sedang berkasih sayang.

"Kami minta diri dulu nek" ujar Datin Habibah lalu menyalami tangan tua nenek. Hasya, Iqbal dan Dato Isham melakukan perkara yang sama.

"Jaga Hasya ni elok-elok. Jangan selalu buli dia. Kalau nenek tahu kamu buli siap kamu Iqbal" ugut nenek sambil menggenggam erat tangan Hasya. Iqbal membuat muka melihat sengihan isterinya. Suka lah tu!

"Ya nek. Iqbal mana ada buli isteri Iqbal ni. Iqbal sayang dia" beritahu Iqbal lalu tanpa segan silu dia mencium sekilas pipi isterinya.

Mata Hasya terbuntang luas dengan perlakuan tidak senonoh suaminya itu. Dia memandang nenek dan yang lain sedang menahan senyuman. Atmosfera sekarang ini tiba-tiba terasa panas pula. Padahal cuaca kelihatan mendung saja.

"Sudah lah tu Iqbal. Kesian Hasya" tegur Datin Habibah. Semakin lama mereka berada di situ semakin lambat pula. Iqbal pun satu hal. Suka sangat menyakat Hasya. Kesian menantunya.

"Bye Aisy" ujar Hasya sebelum melabuhkan ciuman ringkas di pipi Aisy. Menyeringai suka Aisy apabila diperlakukan sebegitu. Tidak pula bagi Iqbal. Matanya berbulu saja melihat perangai isterinya. Tak adil ni!








TANGANNYA lincah melilit tali leher di leher suaminya. Sesekali dia menjeling muka masam si suami. Puas dia fikir jika dia ada lakukan kesilapan. Akhirnya dia buntu sendiri. Mahu bertanya takut pula. Patutkah dia bertanya?

"Siap" ujar Hasya lalu menepuk perlahan dada suaminya. Baju kemeja sekolah di badan Iqbal dibetulkan sedikit. Dia mendongak memandang Iqbal. Alahai handsome mak! Eh, terpuji pula.

"Kau dah kenapa pandang aku?" tegur Iqbal tanpa nada. Hasya menggigit bibir bawah perlahan. Tanda takut.

"Erm ta...tak ada apa" jawab Hasya sebelum berlari anak mengambil beg sekolahnya. Dia terus turun ke bawah apabila kelibat suaminya tiada di dalam bilik.

Keluhan berat dilepaskan. Kenapa pula Iqbal jadi macam ni? Apa salah dia?

Dengan langkah perlahan dia turun ke bawah. Senyuman manis dia lemparkan walaupun sebenarnya dia sakit. Hanya dia saja yang tahu.

Hanya dia.











new chapter update! sorry for the late update sbb this week ada exam:( anyway like always dont forget to vote🌟comment and share! spread some love<3  saranghae♥︎

•C•BADBOY ITU SUAMIKUWhere stories live. Discover now