39🕊

6.6K 286 15
                                    

UCAPAN terima kasih diberikan kepada Nik yang telah memberikan dia satu maklumat yang amat dia kehendaki sekarang ini. Sampul surat itu diitilik dengan penuh rasa debaran di dada. Perlahan-lahan sampul surat itu dibuka lalu mula menunjukkan isinya.

Matanya tajam memerhati setiap tulisan di atas kertas itu. Namun satu baris nama yang tertulis di atas kertas itu mampu membuatkan dirinya keras kejung bagaikan baru sahaja terima renjatan elektrik.

Zasha Alisya Binti Fakri

Nama itu ialah pemilik kepada suara yang dia dengar kelmarin. Ya benar. Dia yang menyuruh Nik agar mencari tentang identiti perempuan tersebut. Dan dia tidak sangka pula perempuan itu ialah orang yang dia kenali satu tika dahulu.

Orang yang banyak membantunya walaupun dia tidak ambil kisah tentang diri sendiri. Orang yang banyak berikan dia nasihat dan peringatan. Orang yang selalu menjadi kekuatan untuk dirinya supaya terus bangkit dan jangan sesekali menyerah.

Tersenyum sendiri dia mengingatkan kisah lalu. Di mana dirinya berada di dalam tekanan yang amat. Dia tidak punya kekuatan. Walaupun ibu bapanya selalu menjadi tulang belakang buat dirinya namun semua itu tidaklah banyak jikalau mahu dibandingkan dengan apa yang telah perempuan itu lakukan.

"Finally I found you Zasha. Long time you disappeared like a ghost. And now you show up"










DENGAN  bertemankan bebelan dia buat juga kopi untuk Encik Bos yang pemalas. Dia ingatkan selepas sahaja dia buat kopi kelmarin, hari ini suda tiada lagi permintaan itu. Namun yang berlaku ialah disebaliknya.

Seperti biasa ketukan diberikan dahulu sebelum dia masuk. Secawan kopi diletakkan perlahan-lahan di atas meja. Setelah mengucapkan kata-kata ringkas dia berura-ura mahu membuka langkah.

"Setiap pagi saya nak awak sediakan kopi atas meja saya" arah Naufal. Hasya sudah membulatkan mata.

What?!

"Tapi kenapa saya pula?" soal Hasya tidak puas hati. Kerjanya di sini sebagai seorang akauntan. Bukannya sebagai pembuat kopi. Dia tidaklah malas cuma bos dia sekarang ini punya pembantu peribadi. Jadinya tiada masalah jiakalau dia menyuruh pembantu peribadinya. Selama ini juga Laini yang selalu buatkan kopi untuk Naufal. Bukannya dia!

"Awak nak bantah arahan saya ke?" tanya Naufal pula tidak suka dengan soalan Hasya.

"Tak" jawapan Hasya perlahan dapat menguntumkan senyuman senget di bibir Naufal. Dan Hasya bencikan senyuman tu.

"Okay awak boleh keluar" beritahu Naufal tetapi matanya tidak memandang ke arah Hasya.

"By the way. Kopi awak tak terlalu manis dan tak terlalu pahit. Jadi saya sukakannya" puji Naufal ikhlas dengan senyuman. Hasya hanya menayangkan senyuman kekok sebelum mula melangkah keluar.

Dalam hati sudah disumpah seranah Nuafal kerana menyuruhnya itu dan ini. Dia tidak sukakannya. Banyangan Laini dicari. Namun hampa kerana mejanya kosong dan tiada tanda-tanda diduduki orang.

"Kenapalah aku yang kena? Ergh!" rungut Hasya sebelum berlalu ke mejanya. Duduknya dihempas sedikit ke atas kerusi dan perkara itu dapat menarik perhatian Kak Tiqah di meja sebelahnya.

"Hasya okay ke?" soal Kak Tiqah apabila perasan akan wajah Hasya yang masam.

"Tak okay. Kenapa Hasya yang kena? Tiap-tiap hari pula. Apa gunanya PA dia tu?" bebel Hasya lagi sambil mengemukakan beberapa persoalan yang bermain di fikirannya.

"Akak tak fahamlah. Cerita betul-betul" beritahu Kak Tiqah dengan muka yang jelas keliru.

"Bos suruh saya buat kopi untuk dia everyday. Macamlah saya ni mesin buat kopi untuk dia"

•C•BADBOY ITU SUAMIKUWhere stories live. Discover now