44🕊

7.7K 317 19
                                    

GAUN yang bewarna kelabu itu dikenakan ditubuh langsingnya. Potongan gaun itu tidaklah terlalu kembang dan tidak terlalu mengikut tubuh badannya. Hanya sedang-sedang. Di bahagian tangannya terdapat manik-main bewarna putih dan hitam yang menaikkan lagi seri gaun itu.

Selendang hitam terlilit kemas dikepala. Dicapai satu botol minyak wangi lalu disembur ala kadar di badannya. Setelah itu, tilikan terkahir dibuat lalu dia tersenyum gembira. Siap!

"You look so stunning dear. Tak payah pergilah majlis tu. Bukannya penting pun" ujar Iqbal yang tiba-tiba wujud di situ. Tangannya melingkar kejap di pinggang isterinya. Haruman isterinya disedut dalam. Wangi!

"Thank you untuk pujian tu dan abang jangan buat macam-macam perangai eh. Haritu bagitahu macam tu. Tiba-tiba hari ni bagitahu macam ni pula" balas Hasya lalu memusingkan tubuhnya menghadap Iqbal. Seperti jangkaannya Iqbal masih belum mengikat tali leher. Elok saja tali leher hitam itu tergantung.

Tangannya lincah melilit tali leher itu. Sesekali dia mendengus kasar apabila tangan Iqbal tidak pandai untuk diam. Ada saja tangan nakalnya bermain di pinggang menyebabkan dia terkejut.

"Abang..."

"Fine" jawab Iqbal pasrah apabila terdengar nada isterinya yang memberi amaran.

"Okay handsome. You are done!" puji Hasya lalu menepuk perlahan dada bidang suaminya. Sekali pandang macam bidadara jatuh dari kayangan. Dua kali pandang macam suaminya.

Alahai susah kalau sudah gila bayang dengan suami sendiri. Kalau ada sesiapa yang sudi nak ambil Iqbal. Sila ambil. Dia sudah tidak larat lagi mahu menatap wajah tampan itu tiap hari.

Boleh gila jadinya!

Dan memang dia gila pun!

"Done scanning me? I know I am handsome darl but please don't stare at me like that. It's make me nervous" beritahu Iqbal dalam nada gediknya menyebabkan Hasya mengguling mata ke atas tanda menyampah. Orang puji sikit, sibuk nak angkat bakul sendiri.

"Let's go sayang!" ajak Iqbal lalu mengheret isterinya tanpa salam dan pendahuluan terlebih dahulu. Bahananya Hasya hampir tersungkur namun sempat di sambut oleh Iqbal.

"Bagilah salam dulu nak eret orang pun. Kalau cium lantai tadi macam mana? Bukan pergi majlis tapi pergi hospital. Sebab gigi pecah" sembur Hasya lalu menggelengkam kepalanya perlahan.

"Sorry sayang"

MAJLIS yang dipenuhi oleh orang-orang bamgsawan itu dipandang dengan wajah yang tiada minat. Dia mana pernah menghadiri majlis sebegini. Lagipula dia tidak minat dengan suasana yang bising.

Dan sekarang ini dia memang menyesal mahu datang ke majlis ini kerana di akhirnya dia hanya berseorangan di meja itu. Suaminya? Sudah berjalan merantau dewan itu sambil berbual-bual dengan beberapa orang yang dia kenali.

"I thought you won't come" kata Naufal yang tiba-tiba wujud di situ.

"Mestilah saya datang. Lagipula Kak Tiqah dah paksa saya untuk datang sini. Siap ugut lagi" balas Hasya lalu menayangkan senyuman.

"Suami awak tak datang ke?"

"Eh dia ad..."

"Hi bro!"

Suara itu membuatkan Naufal terkejut. Tambahan pula, tangan pemilik suara itu berlingkar elok di pinggang Hasya lalu menarik rapat ke arah badannya. Dia terkelu.

"Iqbal Hayyan. Suami kepada Hasya Imani" kata Iqbal lalu menghulurkan tangannya ke arah Naufal yang jelas terkejut. Senyuman senget menghiasi bibirnya.

Best man win!

"Zaqif Naufal" balas Naufal lalu menyambut huluran tangan itu dengan berat hati.

Hasya yang sedar akan ketegangan atmosfera di situ hanya mendiamkan diri. Dia tidak perlu masuk campur selagi keadaan tidak mengizinkan.

"Bila kau orang kahwin?" soal Naufak sekadar berbasa-basi. Dapat dia lihat senyuman kemenangan di bibir Iqbal. Dan itu membuatkan egonya tercabar. Namun dia cuba tahan sebaik mungkin.

"5 years ago" jawab Iqbal tenang. Hasya hanya memandang reaksi Naufal yang jelas terkedu mendengar jawapan Iqbal.

"It's m..mean masa..."

"Yes,sebelum SPM untuk lebih tepat lagi" potong Iqbal.

"Congratulations both of you" ucap Naufal seraya menayangkan senyuman hambar. Patutlah hubungan Hasya dan Iqbal di waktu zaman persekolahan dulu agak rapat. Rupa-rupanya mereka berdua sudah sah bergelar suami dan isteri.

"Thank you" jawab Iqbal bangga lalu mengejapkan lagi lingkaran di pinggang isterinya. Hasya yang terasa akan hal itu terus mengusap perlahan kekura tangan suaminya.

"Fal! Come here!" panggil seseorang menyentakkan Naufal.

"Got to go. Anyway please take care of her. And kalau kau tak nak boleh bagi dekat aku" bisik Naufal tepat di telinga Iqbal membuatkan Iqbal mencengkam sedikit sisi pinggang isterinya tanpa sengaja.

"Abang. Kenapa pula ni?" soal Hasya lalu menggosok perlahan tangan Iqbal yang berada di sisi pinggangnya. Boleh tahan sakit jugalah cengkaman tu. Dia juga sedar akan Naufal yang berbisik dengan suaminya. Entah apa yang dibisiknya dia tidak tahu.

"Sorry sayang. I didn't mean to hurt you" kata Iqbal. Usapan lembut diberikan di sisi pinggang isterinya.


SUASANA suram dalam bilik itu membuatkan dirinya terlihat seperti psiko. Tetapi sebenarnya tidak. Memang dia suka dalam keadaan begitu kerana menyenangkan hatinya. Matanya merenung ke arah luar pintu gelangsar itu. Hujan renyai-renyai dan sesekali panahan petir terjadi memang menampakkannya persis orang gila.

"Tak sangka pula yang dia suami Hasya. Kenapa selama ni aku tak sedar?" soalnya kepada diri sendiri.

"Memang aku dah terlambat" Ketawa kecil meletus dari bibir merahnya.

"Jagalah dia elok-elok Iqbal. Aku benarkan kau dengan dia. Jangan sampai aku rampas dia daripada kau pula" ujarnya lalu mula melangkah ke katil. Badan dibaringkan selesa di atas katil sebelum mata dikatup.

Dia perlu lepaskan semuanya. Bukan takdir hidupnya untuk berkahwin dengan Hasya. Jadi dia perlu terima ketentuan yang telah ditetapkan. Takkan dia mahu menjadi perosak rumah tangga orang pula. Perkara itu akan lebih merosakkan hubungan silaturahim yang terjalin.

Jadi yang dia perlu lakukan ialah redha.











new chapter update! dont forget to vote🌟comment and share! luv u all♥︎

•C•BADBOY ITU SUAMIKUWhere stories live. Discover now