Keesokan harinya, ibu Arif menelefon Ustaz Zafari untuk memberitahu apa yang terjadi pada Arif semalam. Ustaz Zafari memaklumkan berita itu kepada Ustaz Kamarul. Mereka berdua pun bersiap-siap untuk melawat Arif di hospital.
Sepanjang perjalanan, Ustaz Kamarul dan Ustaz Zafari risau kalau apa yang terjadi pada Arif mempunyai kaitan dengan A'ma dan sekiranya ada kaitan mereka berdua haru bersiap sedia untuk menguruskan masalah Arif.
Tibanya mereka ke hospital, Ustaz Zafari dan Ustaz Kamarul terus bergegas ke bilik rawatan di mana Arif di rawat. Sampai sahaja, mereka berdua melihat Arif sedang baring di atas katil dalam keadaan tidak sedarkan diri. Ibu Arif memberitahu mereka berdua bahawa Arif telah diberikan suntikan untuk bertenang. Jadi, sekarang Arif dalam keadaan tenang dan tidak merancau seperti semalam.
" Apa sebenarnya yang terjadi semalam?" - tanya Ustaz Zafari kepada ibu Arif.
" Saya tak tahu, saya jawab call. Lepas habis call, saya tengok Arif dah macam ke rasuk." - jelas ibu Arif
" Saya yakin Al-Mukmim tahu apa yang terjadi." - tanya Salahuddin dengan nada suara yang tegas.
Ustaz Zafari dan Ustaz Kamarul memandang antara satu sama lain. Mereka seakan-akan memberi isyarat setuju untuk menceritakan apa yang terjadi Al-Mukmim, iaitu hal yang tidak diketahui oleh orang luar. Ustaz Zafari pun menceritakan semuanya yang terjadi. Ibu bapa Arif pada mulanya tidak percaya dengan apa yang diceritakan oleh Ustaz Zafari tetapi mereka juga tidak dapat nafikan hal tersebut setelah apa yang terjadi kepada anak mereka itu.
" Jadi, apa akan jadi pada anak saya ni?" - tanya ibu Arif dalam kebimbangan.
" Kami akan letakkan anak dalam pengawasan kami. Kalau ada apa-apa jadi boleh call saya atau Ustaz Kamarul, kami akan tolong sebaik mungkin." - jelas Ustaz Zafari.
" Baiklah, ustaz." - jawab ibu Arif.
Kemudian, Ustaz Zafari memberikan amaran kepada ibu bapa Arif untuk tidak memberitahu apa yang terjadi pada Arif kepada sesiapa. Hal ini kerana ia merupakan hal sulit dan berbahaya sekiranya diketahui oleh orang ramai. Ibu bapa Arif bersetuju untuk tidak memberitahu sesiapa pun. Setelah itu, Ustaz Kamarul dan Ustaz Zafari pun pulang dari hospital.
**********************************
Malam pun sudah tiba, hari penuh dengan kegelapan. Ustazah Hamidah balik lewat pada hari itu. Ustazah Hamidah mengemas barang-barangnya untuk bersiap sedia pulang ke rumah. Kemudian, Ustazah Hamidah menyimpan semua barangnya di dalam kereta dan dia pun menghidupkan enjin keretanya. Semasa Ustazah Hamidah melalui pagar Al-Mukmim, dia teringat apa yang terjadi pada Arif. Ustazah Hamidah risau sekiranya akan ada orang tercedera lagi. Kemudian, Ustazah Hamidah pun memandu pulang. Dalam perjalanan Ustazah Hamidah pulang, dia mendapat panggilan telefon dari abangnya, Maulud.
" Bila nak melawat rumah abang? Dah lama tau Hamidah tak datang rumah abang. Anak-anak abang rindu tau dengan mak cik dia sorang ni." - kata Maulud.
" Hamidah pun tak pasti, bang. Hamidah sekarang ni sibuk dengan kerja-kerja dekat Al-Mukmim. Kerja tu pun tak tahu bila nak settle." - jelas Ustazah Hamidah kepada abangnya.
" Kerja, kerja juga. Jangan nanti abang dah tak ada, baru nak datang melawat jenazah abang." - kata Maulud dalam keadaan bergurau.
" Apa abang ni kata pasal mati ni. Tak lawak tau bang." - marah Ustazah Hamidah.
" Ye lah, maafkan abang. Tapi kalau boleh balik, baliklah. Rindu sangat dah anak-anak abang ni dekat Hamidah." - pujuk Maulud.
" InshaAllah, abang. Ada masa free Hamidah balik." - kata Ustazah Hamidah.
Selepas berbicara beberapa minit, Ustazah Hamidah pun mengakhiri panggilan tersebut. Selepas itu, Ustazah Hamidah menyambung perjalanannya pulang ke rumah.
**********************************
Keesokan harinya, Ustaz Yazin ingin bertemu dengan Ustaz Kamarul dan Ustaz Zafari. Ustaz Yazin memaklumkan bahawa dia tahu tentang kemalangan yang terjadi terhadap Arif dan apa yang sebenarnya berlaku di Al-Mukmim. Ustaz Yazin memanggil mereka berdua untuk tujuan tersebut.
" Saya panggil kamu berdua ke sini sebab saya nak bincang tentang apa yang terjadi dekat pelajar kita, Arif. Saya bersempati dengan apa yang terjadi dekat Arif. Dan saya juga ada solusi untuk masalah kita ini.
" Tuan tahu cara nak selesaikan semua ni?" - tanya Ustaz Kamarul kepada Ustaz Yazin.
" Ya, saya tahu. Dan solusinya, saya rasa Ustaz Kamarul kena tinggalkan Al-Mukmim." - kata Ustaz Yazin sambil memandang Ustaz Kamarul.
" Apa maksud tuan yang saya kena tinggalkan Al-Mukmim?" - tanya Ustaz Kamarul dalam keadaan keliru.
" Betul tu, saya tak faham. Lagipun, Ustaz Kamarul lah yang settle hal-hal berkaitan dengan A'ma sebelum ini." - jelas Ustaz Zafari.
" Ya, dan itulah sebabnya saya kata Ustaz Kamarul kena tinggalkan Al-Mukmim." - kata Ustaz Yazin.
" Maafkan saya, tuan. Saya masih tak faham kenapa saya kena tinggalkan Al-Mukmim." - kata Ustaz Kamarul lagi.
" Ustazah Aminah dah ceritakan kepada saya. Benda tu kata yang dia tahu ada orang dah kembali and benda tu juga kata tolong sampaikan salam maut. Dan saya rasa orang itu ialah kamu, Ustaz Kamarul." - jelas Ustaz Yazin.
" Saya?" - tertanya Ustaz Kamarul.
" Saya rasa dia kembali sebab dia mahu balas dendam dengan kamu setelah apa yang kamu buat dekat dia, Ustaz Kamarul. Saya tak nak masalah antara kamu dengan makhluk tu mencederakan pelajar-pelajar saya. Jadi, saya rasa option terbaik di sini adalah Ustaz Kamarul harus tinggalkan tempat ini." - jelas Ustaz Yazin kepada Ustaz Kamarul.
" Tapi kalau ada apa-apa terjadi, macam mana?" - tanya Ustaz Kamarul.
" Awak tak perlu risau. Saya juga seorang Ustaz. Saya juga ada ilmu ruqyah. Jadi biar saya sebagai pengetua Al-Mukmim yang menjaga madrasah ni." - tegas Ustaz Yazin.
Setelah Ustaz Yazin menjelaskan segalanya kepada Ustaz Kamarul dan Ustaz Zafari, mereka berdua pun keluar dari pejabat pengetua. Ustaz Kamarul pun bertanya kepada Ustaz Zafari tentang apa yang mereka harus lakukan sekarang. Ustaz Zafari mencadangkan untuk Ustaz Kamarul mencari rumah sewa berdekatan dengan Al-Mukmim dan tinggal di situ untuk sementara waktu. Ustaz Kamarul pun bersetuju dengan cadangan Ustaz Zafari.
**********************************
Rezuan sekarang berada di madrasah lain setelah meninggalkan Al-Mukmim. Rezuan bangun daripada katil kerana ingin pergi ke tandas untuk membuang hadas kecil. Dalam perjalan Rezuan pergi ke tandas, dia merasai seakan-akan ada sesuatu yang sedang mengikutinya dari belakang. Apabila Rezuan toleh ke belakang, tiada apa-apa di belakangnya. Rezuan pun menyambung perjalanannya ke tandas. Tiba-tiba, Rezuan mendengar sesuatu berbisik di belakang?
" Turid 'an taraa walidik , daeni akhadhak liruyatihima." - kata bisikan di belakang Rezuan.
Bersambung . . .

YOU ARE READING
A'ma 2 (Buta)
TerrorUstaz Kamarul telah meninggalkan Al-Mukmim kerana mendapat tawaran penukaran tempat kerja ke madrasah lain. Kejadian yang terjadi di Al-Mukmim hingga menyebabkan kematian telah memunculkan banyak isu. Disebabkan itu, Al-Mukmim mendapat reputasi buru...