Bab 12 : Tuduhan

256 24 0
                                        

Matahari mula terlihat di awangan menandakan waktu sudah pagi. Semua pelajar Al-Mukmim diminta untuk berkumpul di tapak perhimpunan untuk sesi perhimpunan pagi. Ini sudah menjadi kebiasaan pada hari Isnin untuk mengadakan perhimpunan untuk membuat kesimpulan laporan tentang aktiviti sekolah pada minggu yang lepas.

Ustaz Yazin sebagai pengetua Al-Mukmim pergi ke hadapan pentas untuk memberi ucapan. Ustaz Yazin pun membuka mikrofon dalam memulakan ucapannya. Ustaz Yazin memaklumkan bahawa nanti ujian pertengahan tahun akan berlangsung dalam beberapa hari lagi. Ustaz Yazin meminta untuk semua pelajar bersiap sedia untuk menghadapi ujian tersebut.

" Tak lama lagi kamu semua akan menghadapi ujian pertengahan tahun. Saya nak semua pelajar membuat sehabis baik untuk ujian kali ini. Saya nak ingatkan kepada semua pelajar betapa susahnya kamu nak masuk ke dalam Al-Mukmim. Saya rasa kamu semua tahu Al-Mukmim adalah madrasah yang pencapaiannya sentiasa memuaskan dan pelajar-pelajarnya semua terbaik. Tidak semua orang berjaya masuk ke dalam Al-Mukmim. Jadi, saya nak kamu semua buktikan, kenapa kamu layak untuk berada di Al-Mukmim." - ucap Ustaz Yazin kepada semua pelajar Al-Mukmim.

Semua pelajar menjadi gementar selepas mendengar ucapan Ustaz Yazin. Setelah ucapan Ustaz Yazin selesai, maka berakhirlah perhimpunan. Pengawas bertugas mengambil alih perhimpunan dan meminta semua pelajar untuk bersurai mengikut barisan.

Setelah perhimpunan selesai, Ustaz Yazin kembali ke pejabatnya. Ustaz Yazin pun membuat panggilan telefon untuk menelefon ibu bapa Arif untuk bertanyakan khabar Arif. Ustaz Yazin sangat risau dengan keadaan Arif.

Bapa Arif pun menjawab panggilan tersebut. Salahuddin memberitahu Ustaz Yazin bahawa keadaan Arif sudah semakin baik. Salahuddin juga memberitahu bahawa Arif sudah bersedia untuk pulang ke Al-Mukmim kerana keadaannya yang semakin membaik. Tambahan lagi, Salahuddin merasakan bahawa keadaan anaknya lebih selamat di sana berbanding di rumah. Di sana, ada ramai yang menjaga anaknya, Arif. Arif juga harus menduduki peperiksaan, jadi lebih baik dia tidak berehat terlalu lama di rumah.

Ustaz Yazin membenarkan Arif untuk kembali ke Al-Mukmim. Ustaz Yazin berjanji akan menjaga Arif sebaik mungkin sepanjang Arif berada di Al-Mukmim. Setelah semua perbualan selesai, panggilan telefon pun ditamatkan.

Belum sempat Ustaz Yazin meletakkan telefonnya di atas meja, dia mendapat panggilan telefon lain pula. Rupa-rupanya itu, ialah abangnya sendiri, Wadi. Ustaz Yazin pun menjawab panggilan telefon tersebut.

" Yazin, apa khabar?" - tanya Wadi kepada adiknya.

" Alhamdulillah, sihat je Along. Along dengan ummi sihat ke?" - tanya Ustaz Yazin.

" Along memang sihat walafiat je dekat sini tapi ummi lah. Kamu faham-faham lah." - jawab Wadi.

" Ummi tak membaik ke, Along" - tanya Ustaz Yazin yang kebimbangan.

" Ummi keadaanya masih sama. Doktor kata kena tunggu beberapa hari untuk buat check up yang baru. Sekarang, apa yang kita boleh buat hanya banyak berdoa je. Ummi sekarang nak cakap pun tak larat, apatah lagi makan. Tapi Along paksakan juga ummi untuk makan." - jelas Wadi kepada adiknya.

" Kalau macam tu, Along. Kita sama-samalah berdoa supaya ummi cepat sembuh. Ini kalau Yazin ada masa free, Yazin balik melawat ummi dengan Along." - kata Ustaz Yazin.

" Baiklah. Kita jumpa nanti. Assalamualaikum." - kata Wadi.

" Waalaikumussalam" - jawab Ustaz Yazin.

Panggilan pun berakhir. Ustaz Yazin pun meletakkan telefonnya di atas meja pejabatnya. Ustaz Yazin kemudiannya duduk di kerusinya dan mengeluh kerana risau dengan keadaan ibunya. Sudah bertahun-tahun, ibunya sakit. Doktor tidak tahu punca penyakit ibu Ustaz Yazin. Ibu Ustaz Yazin semakin lemah setelah beberapa tahun berlalu begitu saja. Sekarang sudah sampai ke tahap ibu Ustaz Yazin tidak larat untuk makan dan bercakap.

******

Ustaz Kamarul sedang menonton televisyen di rumah sewanya. Tiba-tiba, pintu rumahnya diketuk dan terdengar suara lelaki memberi salam. Ustaz Kamarul pun bangun daripada kerusi untuk membuka pintu. Tiba di sana, Ustaz Kamarul pun membuka pintu dan rupa-rupanya yang berada di luar ialah Ustaz Zafari.

" Ustaz Zafari, ada apa ustaz datang ke rumah saya?" - tanya Ustaz Kamarul.

" Saya sebenarnya ada benda nak tanya." - jawab Ustaz Zafari.

Ustaz Kamarul menyuruh Ustaz Zafari untuk masuk ke dalam terlebih dahulu sebelum menceritakan semuanya kepadanya. Ustaz Kamarul pun bertanya sama ada Ustaz Zafari mahukan kopi atau tidak. Ustaz Zafari menolak kerana dia tiada masa untuk minum kopi kerana ada perkara penting yang ingin dia tanyakan dan bincangkan.

" Apa yang ustaz nak cerita dekat saya tu?" - tanya Ustaz Kamarul.

" Pasal semalam. Macam mana kamu boleh tahu Arif ada dekat situ?" - tanya Ustaz Zafari kerana ingin tahu.

" Saya sebenarnya tak boleh nak jelaskan apa-apa sebab saya tiada bukti lagi." - jelas Ustaz Kamarul.

" Bukti apa? Kenapa perlu ada bukti. Saya tak faham. Boleh tak kamu cerita betul-betul dekat saya. Saya betul-betul nak tahu. Saya bukan apa, madrasah tu dulu saya pernah jaga. Arif pula anak murid saya. Jadi saya perlu tahu apa sebenarnya yang terjadi." - minta Ustaz Zafari.

" Macam ini lah, apa yang saya nak cakap ni, belum tentu betul ataupun tidak. Jadi saya tak nak Ustaz Zafari buat kesimpulan apa-apa." - kata Ustaz Kamarul.

" Baik-baik. Hah, cepat cerita!" - desak Ustaz Zafari.

" Baiklah, saya rasa semua yang terjadi pada Arif, bekaitan A'ma, semuanya ada kaitan dengan Ustaz Yazin." - kata Ustaz Kamarul.

" Ada kaitan? Kaitan macam mana tu?" - tanya Ustaz Zafari lagi.

" Saya rasa Ustaz Yazin lah punca kelam-kabut yang berlaku dekat Al-Mukmim." - jawab Ustaz Kamarul.

" Ehh, kamu biar betul, Ustaz Kamarul. Saya dah kenal lama dengan Ustaz Yazin. Dia takkan buat semua benda syirik macam ni." - tegas Ustaz Zafari menafikan kata-kata Ustaz Kamarul.

" Saya tak tuduh dia. Saya hanya membuat andaian. Saya cakap macam ni lepas saya dengar cerita dari Cikgu Termizi." - kata Ustaz Kamarul.

" Cikgu Termizi? Apa yang dia ceritakan?" - tanya Ustaz Zafari lagi.

" Cikgu Termizi cerita yand anak Ustaz Yazin meninggal dalam kebakaran bilik pelajar."- jawab Ustaz Kamarul.

" Jadi, kenapa dengan kisah tu?" - tanya Ustaz Zafari untuk lebih maklumat.

" Apa yang terjadi dekat arwah ibu bapa Rezuan. Ustaz tak rasakan Ustaz Yazin gunakan A'ma untuk balas dendam dekat Rezuan. Sebab Rezuan anak Ustaz Yazin meninggal." - jelas Ustaz Kamarul.

" Tapi itu semua merepek." - tegas Ustaz Zafari lagi.

" Lagi satu. Kenapa dia tiba-tiba muncul dekat Al-Mukmim and tiba-tiba juga dia minta jadi pengetua Al-Mukmim. Dia buat semua ni sebab dia nak balas dendam dekat Al-Mukmim juga. Bagi dia, Al-Mukmim pun salah sebab cuai menjada anak-anak dekat." - jelas Ustaz Kamarul lagi.

" Kamu ada bukti ke nak cakap semua benda macam ni?" - tanya Ustaz Zafari dengan nada yang tegas.

" Sebab tiada bukti lah saya diam. Saya cerita pun sebab, Ustaz Zafari yang suruh saya cerita. Saya tak nak tuduh Ustaz Yazin, sebab tu saya akan cari bukti." - jawab Ustaz Kamarul.

Ustaz Zafari tergamam dengan apa yang diceritakan oleh Ustaz Kamarul. Sukar untuk dia percaya dengan apa yang diceritakan. Oleh sebab itu, Ustaz Zafari tidak akan membuat sebarang kesimpulan selagi tiada bukti. Ustaz Kamarul berkata bahawa dia akan berusaha mencari bukti untuk menyelesaikan masalah Al-Mukmim.

Bersambung . . .


A'ma 2 (Buta)Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang