Keesokan harinya, Ustazah Hamidah menelefon Ustaz Kamarul untuk memberitahu sesuatu perkara yang amat penting. Ustazah Hamidah meminta Ustaz Kamarul untuk berjumpa denganya di gerai makan berdekatan dengan Al-Mukmim.
Mereka pun bertemu di sana. Ustaz Kamarul tertanya apakah yang cuba Ustazah Hamidah ingin bincangkan. Ustazah Hamidah menyuruh Ustaz Kamarul untuk duduk terlebih dahulu dan memesan minuman. Sementara menunggu minuman siap, Ustazah Hamidah pun memulakan bicara.
" Saya ada benda nak bincang dengan, ustaz." - kata Ustazah Hamidah.
" Apa yang ustazah nak bincangkan tu?" - tanya Ustaz Kamarul.
" Walaupun ni hanya mimpi, tapi saya rasa saya masih kena beritahu ustaz pasal benda ni." - kata Ustazah Hamidah lagi.
" Ustazah mimpikan apa ni? Saya tak faham." - kata Ustaz Kamarul yang keliru dengan apa yang cuba disampaikan oleh Ustazah Hamidah.
" Saya mimpikan A'ma, ustaz. A'ma ceritakan dekat saya, semua benda yang dia buat adalah untuk tuntut keadilan untuk seseorang." - jelas Ustazah Hamidah.
" Keadilan seseorang? Keadilan siapa?" - tanya Ustaz Kamarul lagi.
" Saya tak tahu, ustaz. Dia tak ada beritahu saya, Ustaz" - jawab Ustazah Hamidah.
" Tak faham saya. Siapa agaknya dalang di sebalik semua ni?" - kata Ustaz Kamarul.
Air yang dipesan oleh Ustazah Hamidah dan Ustaz Kamarul akhirnya sudah siap dan dihidangkan di atas meja mereka berdua. Mereka pun berhenti berbual dan meminum air tersebut.
*******************
Hari sudah semakin lewat. Rezuan masih belum tidur di biliknya kerana dia sedang mengulang kaji untuk peperiksaan yang bakal menyusul tidak lama lagi. Rezuan berasa bosan kerana di tempat belajar barunya tidak sama seperti Al-Mukmim. Di sini, Rezuan mengulang kaji seorang diri dan tiada kawan yang bersama-sama mahu belajar bersamanya. Pelajar di sini tidak seperti di Al-Mukmim. Kalau di Al-Mukmim, Aqil, Wahid, Arshad dan Hakimi akan bersama-sama mengulang kaji dengan Rezuan.
Disebabkan sudah hampir jam tiga pagi, Rezuan pun berfikir untuk tidur dan berehat. Rezuan pun menuju ke katilnya. Tiba di katil, Rezuan pun meletakkan kepalanya di atas bantal. Termenung Rezuan seketika yang secara tiba-tiba merindui kawan-kawanya.
Dalam keadaan termenung itu, tiba-tiba katil bergerak. Seakan-akan di katil atas, ada orang sedang bergerak-gerak. Padahal, pelajar di katil atas sudah pulang ke kampung. Rezuan mula berasa tidak sedap hati. Rezuan pun bangun daripada katilnya dan perlahan-lahan melihat katil atas. Malangnya, tiada siapa di atas. Rezuan cuba berfikiran positif bahawa apa yang terjadi hanya khayalannya.
Rezuan pun sambung baring di atas katilnya semula. Rezuan hampir terlelap. Tiba-tiba, Rezuan terjaga kerana sesuatu menendang Rezuan dari bawah katil. Rezuan terkejut dan bangun daripada katil. Rezuan mengambil nafas panjang dan kemudian merendahkan dirinya ke bawah katil untuk melihat apa yang menendangnya. Rupa-rupanya, tiada apa-apa di bawah dan hanya ada bagasinya sahaja. Rezuan pun meninggikan dirinya semula.
Rezuan pun membaca ayat al-Quran yang diajar oleh Ustaz Kamarul sebelum Ustaz Kamarul meninggalkan Al-Mukmim. Selepas membaca potongan ayat al-Quran tersebut, Rezuan pun cuba tidur semula. Syukur, Rezuan akhirnya terlelap.
*******************
Di pagi hari, Ustaz Kamarul menelefon Cikgu Megat untuk bertanyakan sesuatu. Ustaz Kamarul bertanya kepada Cikgu Megat sama ada Cikgu Megat mempunyai kenalan seorang tenaga pengajar yang sudah lama mengajar di Al-Mukmim. Cikgu Megat pun memberitahu bahawa dia ada kenal seorang cikgu Sejarah bernama Termizi. Sejak Al-Mukmim baru ditubuhkan, Cikgu Termizi sudah bekerja. Cikgu Megat pun memberikan nombor telefon Cikgu Termizi kepada Ustaz Kamarul.
Setelah dapat nombor telefon Cikgu Termizi, Ustaz Kamarul terus menelefon Cikgu Termizi. Cikgu Termizi pun menjawab panggilan telefon itu. Ustaz Kamarul pun memperkenalkan dirinya kepada Cikgu Termizi. Setelah saling berkenalan, Ustaz Kamarul pun memberitahu hajatnya bahawa dia mahu berjumpa Cikgu Termizi. Cikgu Termizi setuju dan memberitahu lokasi rumahnya.
*******************
Wahid sedang sibuk menyapu sampah di bilik mereka. Hakimi pula ditugaskan untuk mengelap tingkap yang sangat berhabuk. Arshad dan Aqil pula mengelap kipas sambil berdiri di atas kerusi supaya dapat menggapai kipas yang tinggi.
Dalam kesibukkan mereka mengemas, tiba-tiba mereka berempat terdengar suara orang memberikan salam daripada luar bilik mereka. Mereka pun berhenti membuat kerja masing-masing untuk menjenguk siapakah pemilik suara tersebut.
Rupa-rupanya, itu ialah Rezuan. Rezuan datang ke Al-Mukmim kerana merindui kawan-kawannya. Aqil pun menyuruh Rezuan untuk masuk ke dalam.
" Wei, dah lama tak dengar khabar daripada kau. Kau sihat ke?" - tanya Arshad kepada Rezuan.
" Alhamdulillah, sihat. Korang semua pula?" - tanya Rezuan pula.
" Kitorang semua sihat je. Rindu betul kitorang dengan kau." - jawab Aqil.
" Asal nak rindu aku pula?" - tanya Rezuan lagi.
" Rindu lah wei. Tak ada kau sini rasa macam tak lengkap pula geng kita." - jawab Hakimi.
" Hahaha, mengada lah korang ni." - kata Rezuan dalam keadaan tersenyum.
" Kenapa kau datang tiba-tiba ni? Tak bagitahu pun nak datang." - tanya Arshad.
" Saja aku datang. Lagipun aku ada free time, tu aku datang sini. Bukan selalu dapat free time." - jelas Rezuan kepada mereka berempat.
" Ouh, macam tu. Tapi kitorang tak boleh layan kau tau sebab kitorang tengah kemas bilik ni. Tapi kalau kau nak tolong sekali, lagi bagus. Baru cepat siap." - kata Arshad.
Rezuan setuju untuk menolong mereka berempat untuk membersihkan bilik. Mereka berlima pun mula mengemas bilik itu.
*******************
Ustaz Kamarul dalam perjalanan pergi ke rumah Cikgu Termizi. Sampai sahaja ke rumah Cikgu Termizi, Ustaz Kamarul pun memberikan salam. Salam Ustaz Kamarul dijawab. Cikgu Termizi pun menjemput Ustaz Kamarul untuk masuk ke dalam.
Sesudah masuk, Cikgu Termizi menyuruh Ustaz Kamarul untuk duduk di sofa ruang tamu dan meminta isterinya untuk membuatkan air teh panas untuk Ustaz Kamarul. Sementara menunggu isteri Cikgu Termizi membancuh air teh, Cikgu Termizi pun bertanya tentang hasrat Ustaz Kamarul untuk datang bertemu dengannya.
" Saya nak tanya, cikgu. Pernah ke terjadi apa-apa di Al-Mukmim sepanjang Cikgu Termizi mengajar di sana?" - tanya Ustaz Kamarul secara terus.
" Terjadi apa tu? Saya kurang faham." - tanya Cikgu Termizi kerana kurang faham dengan soalan yang ditanyakan oleh Ustaz Kamarul.
" Mudah kata, boleh tak cikgu cerita serba sedikit tentang Al-Mukmim, kejadian-kejadian yang pernah berlaku di Al-Mukmim. Kalau boleh, semua lah." - jelas Ustaz Kamarul lagi.
" Baiklah. Dulunya, Al- Mukmim ini ditubuhkan oleh keluarga Ustaz Zafari. Memang sudah menjadi cita-cita dan impian keluarga Ustaz Zafari untuk menubuhkan sebuah pusat tahfiz. Alhamdulillah mereka berjaya. Macam-macam kenangan ada dekat sana. Kenangan baik, kenangan buruk, banyaklah." - jelas Cikgu Termizi.
" Kenangan buruk? Kenangan buruk macam mana tu, cikgu?" - tanya Ustaz Kamarul.
" Dulunya, pernah berlaku kebakaran dekat Al-Mukmim." - jawab Cikgu Termizi.
" Kebakaran? Boleh cikgu cerita sikit tentang kejadian tu?" - minta Ustaz Kamarul
" Kalau kamu nak tahu, boleh je. Ceritanya macam ni..." - jelas Cikgu Termizi.
Bersambung . . .

ANDA SEDANG MEMBACA
A'ma 2 (Buta)
HorrorUstaz Kamarul telah meninggalkan Al-Mukmim kerana mendapat tawaran penukaran tempat kerja ke madrasah lain. Kejadian yang terjadi di Al-Mukmim hingga menyebabkan kematian telah memunculkan banyak isu. Disebabkan itu, Al-Mukmim mendapat reputasi buru...