Ustaz Yazin meminta Arif sekeluarga bersama dengan Ustaz Zafari untuk datang ke bilik mesyuarat. Sebenarnya ada perkara yang ingin dibincangkan oleh Ustaz Yazin. Hal yang ingin dibincangkan itu ialah berkaitan tentang masalah kehilangan Arif pada hari itu. Ustaz Yazin mahu tahu kebenaran tentang kehilangan Arif. Ustaz Yazin meminta semua orang dijemputnya untuk duduk di ruang yang disediakan.
" Saya minta semua berkumpul di sini, sebab kita nak cuba selesaikan misteri tentang kehilangan Arif. Saya harap semua boleh beri kerjasama yang baik." - jelas Ustaz Yazin.
Semua yang datang di bilik mesyuarat menganggukkan kepala menandakan mereka faham apa yang dijelaskan oleh Ustaz Yazin. Perbincangan pun diteruskan dengan beberapa soalan yang ditujukan oleh Ustaz Yazin.
" Arif, saya nak kamu jelaskan betul-betul macam mana kamu boleh hilang dan berada dekat bilik pelajar yang terbiar itu." - tanya Ustaz Yazin kepada Arif.
Arif pun menceritakan segalanya. Pada waktu ketika itu, Arif ingin pergi mengambil air di dapur kerana sudah dahaga. Setelah mengambil air dan meminumnya, Arif pun pergi semula ke biliknya. Dalam perjalanan ke bilik, Arif terdengar bunyi yang pelik daripada bilik ibu bapanya. Bunyi itu seakan bunyi bisikan. Tetapi Arif tidak memahami satu perkataan pun dari bisikan yang didengarnya dari dalam bilik ibu bapanya. Perasaan ingin Arif membuatkan Arif mendekati bilik tersebut. Arif pun membuka pintu itu perlahan-lahan dan ternampak seorang wanita bertelekung sedang duduk bersila di atas sejadah. Arif menghembus nafas lega, rupanya ibunya sedang membaca doa. Arif pun menutup pintu. Belum sempat Arif menutup pintu, ibu Arif bersuara. "Arif, sudah solat ke?" kata ibu Arif.
" Arif dah solat dah ibu." - jawab Arif.
" Jangan tipu, Arif. Anak ibu belum solat kan?" - tanya ibu Arif lagi.
" Betul, ibu. Arif dah solat dah." - jawab Arif lagi.
" Kenapa Arif solat?" - tanya ibu Arif.
" Kenapa, ibu? Arif tak boleh solat ke? - tanya Arif yang berasa pelik dengan soalan yang diajukan oleh ibunya.
" Arif kan sakit, tak apa kalau tak solat." - jawab ibu Arif.
" Tapi ibu, solat kan wajib. Kalau sakit pun, kita ada ikhtiar lain nak solat." - jelas Arif.
" Arif jangan solat lagi!" - kata ibu Arif dengan suara yang garau dan tegas.
" Ibu?" - tanya Arif yang bingung.
" Arif jangan solat! Berhenti solat! Jangan! Jangan solat! Jangan berani kau solat!" - jerit ibu Arif dengan suara seramnya.
Arif mula berasa pelik dengan perangai ibunya. Arif cuba mengundurkan badannya perlahan-lahan ke belakang untuk meninggalkan bilik tersebut. Ibu Arif pula perlahan-lahan menoleh ke arah Arif. Arif berhenti seketika untuk mencari jawapan. Setelah mata bertemu mata, Arif terpaku. Rupa-rupanya itu bukan ibu Arif, tetapi makhluk hodoh yang memakan telekung. Tiba-tiba, kain telekung itu mengeluarkan darah yang mengembang. Arif tidak mampu bergerak. Matanya juga tidak boleh berkedip. Urat dileher Arif mula muncul. Seakan-akan makhluk itu menahan Arif untuk pergi. Arif juga tidak boleh mengeluarkan suara untuk minta tolong. Arif semakin lemah dah akhir rebah di atas lantai. Di saat Arif membuka mata, dia sudah berada di bilik rehat Al-Mukmim bersama Ustaz Zafari.
Ustaz Yazin terkedu mendengar cerita yang disampaikan Arif. Ibu bapa Arif pula tidak menyangka apa yang terjadi pada anaknya. Kemudian, Ustaz Yazin bertanya pula kepada Ustaz Zafari tentang bagaimana Ustaz Zafari boleh menjumpai Arif di dalam bilik pelajar usang itu. Ustaz Zafari enggan ingin menceritakan bahawa Ustaz Kamarul terlibat dalam pencarian itu. Oleh disebabkan itu, Ustaz Zafari mengakui bahawa dia menjumpai Arif seorang diri tanpa bantuan sesiapa pun. Ustaz Zafari menjelaskan bahawa dia melakukan rondaan seperti biasa dan terdengar bunyi terjatuh dalam bilik pelajar usang itu. Ustaz Zafari masuk ke dalam bilik itu untuk memeriksa dan menemui Arif terbaring di lantai bucu bilik dalam keadaan tidak menyedarkan diri. Kemudian, Ustaz Zafari pun membawa Arif ke bilik rehat Al-Mukmim.
Setelah mendapatkan keterangan daripada semua pihak yang terlibat dengan kehilangan Arif, Ustaz Zafari pun mengakhiri perbincangan mereka. Semua yang terlibat boleh bersurai. Ustaz Yazin duduk seketika di dalam bilik mesyuarat. Ustaz Zafari dalam diam mengintai Ustaz Yazin dari luar pintu melalui kaca pintu. Ustaz Yazin kelihatan tertekan dengan apa yang terjadi. Ustaz Yazin memicit-micit kepalanya seakan ada sesuatu yang memeningkan di fikirannya.
Dalam keadaan Ustaz Zafari peka mengintai, Ustaz Zafari terkejut kerana telefonnya tiba-tiba sahaja berdering. Dengan cepatnya Ustaz Zafari menjawab panggilan tersebut kerana takut diketahui atau didengari oleh Ustaz Yazin yang berada di dalam bilik mesyuarat. Rupa-rupanya, Ustaz Kamarul yang berada dalam talian.
" Assalamualaikum, Ustaz Zafari." - Ustaz Kamarul memberikan salam.
" Waalaikumussalam, ada apa kamu telefon saya tiba-tiba ni?" - tanya Ustaz Zafari.
" Boleh saya nak minta tolong daripada Ustaz Zafari." - minta Ustaz Kamarul.
" Minta tolong apa tu?" - tanya Ustaz Zafari lagi.
" Boleh tak saya nak minta Ustaz Zafari untuk carikan tangkal atau seumpamanya dekat Ustaz Yazin. Dalam beg ke, dalam pejabat dia ke?" - jelas Ustaz Kamarul.
" Kamu gila kah suruh saya buat perkara macam tu?" - jawab Ustaz Zafari.
" Saya rasa lebih bagus Ustaz Zafari sendiri yang mencari bukti. Kalau saya yang dapatkan bukti, saya takut ustaz sendiri tak percaya dengan bukti yang saya jumpa." - jelas Ustaz Kamarul.
" Tengok dulu macam mana, saya tak janji." - jawab Ustaz Zafari.
Setelah itu panggilan berakhir. Ustaz Zafari berasa takut untuk menunaikan permintaan Ustaz Kamarul. Kalau perkara ini diketahui oleh Ustaz Yazin, Ustaz Zafari boleh diberhentikan kerja. Tetapi kalau perkara ini tidak diusahakan, rahsia dan misteri berkaitan A'ma tidak akan terbongkar. Mahu atau tidak, perkara ini harus dilakukan.
*****
Di pejabat Ustaz Yazin, Ustaz Yazin duduk di kerusinya dalam keadaan termenung. Banyak yang difikirkan oleh Ustaz Yazin seperti masalah status pusat tahfiz Al-Mukmim, kepercayaan ibu bapa terhadap Al-Mukmim dan juga kehilangan Arif. Pening Ustaz Yazin memikirkan solusi untuk semua masalah ini.
Dalam keadaan termenung, tiba-tiba pintu pejabat Ustaz Yazin terbuka dengan sendiri secara perlahan-lahan. Ustaz Yazin sedar dengan bunyi pintu itu.
" Apa yang kau nak?"- kata Ustaz Yazin.
" Aku mahu lihat semua orang yang menyembahNya terseksa." - kata suara misteri yang tak tahu sumbernya bunyinya.
" Kenapa kau melebih-lebih." - tanya Ustaz Yazin.
" Aku hanya mengikuti perintahmu." - jawab suara itu.
" Aku tidak pernah menyuruh kau buat semua perkara tu. Kau dah melampau. Aku minta sedikit, lebih yang kau bagi. Aku sudah lama suruh kau berhenti!" - tegas Ustaz Yazin.
" Kau fikir kau tuanku. Kau salah sekali. Aku adalah tuanmu. Dan kau berbakti untukku." - jawab suara itu.
" Kau tunggulah. Akan aku binasakan kau!" - tegas Ustaz Yazin.
Kemarahan Ustaz Yazin tak dijawab. Suara itu menghilangkan diri.
Bersambung . . .
PERHATIAN
Saya bagi teaser atau hint sikit. Tamat saja novel ini, akan ada keluar novel seram baru berjudul "Deria Aria". Jadi nanti-nantikan.
![](https://img.wattpad.com/cover/292054057-288-k284962.jpg)
YOU ARE READING
A'ma 2 (Buta)
HorrorUstaz Kamarul telah meninggalkan Al-Mukmim kerana mendapat tawaran penukaran tempat kerja ke madrasah lain. Kejadian yang terjadi di Al-Mukmim hingga menyebabkan kematian telah memunculkan banyak isu. Disebabkan itu, Al-Mukmim mendapat reputasi buru...