Keesokan paginya, Ustaz Kamarul berserapan di kantin. Sesudah itu, Ustaz Kamarul pun pergi blok kediaman pelajar Al-Mukmim kerana ingin melawat pelajar-pelajarnya. Ustaz Kamarul pun memasuki bilik Aqil, Arsyad, Wahid, dan Hakimi. Ustaz Kamarul pun memberi salam sebelum memulakan langkah melepasi pintu bilik tersebut. Salam Ustaz Kamarul, dijawab oleh mereka berempat.
" Korang semua tengah buat apa tu?" tanya Ustaz Kamarul kepada mereka berempat.
" Tak ada buat apa, Ustaz. Kitorang just tengah kemas-kemas beg sebab nanti lepas zohor ada kelas." - jawab Aqil.
" Dah lama kitorang tak jumpa Ustaz. Ustaz apa khabar?" - tanya Wahid kepada Ustaz Kamarul.
" Alhamdulillah, Ustaz sihat je. Korang semua pulak, macam mana?" - tanya Ustaz Kamarul soalan yang sama kepada mereka semua.
" Alhamdulillah, Ustaz. Kami semua sihat." - jawab Hakimi mewakili mereka berempat.
" Ustaz datang sini sebab Ustaz kerja sini balik ke?" - tanya Arsyad.
" Eh bukan. Ustaz datang sini ada urusan dengan pengetua. Habis urusan, Ustaz baliklah. Tapi InshaAllah, Ustaz ada dekat sini sepanjang bulan ni." - jelas Ustaz Kamarul.
" Ouh, macam tu." - kata Arsyad.
" Ustaz tengok korang berempat je, Rezuan mana? Ustaz tak nampak pun dia." - tanya Ustaz Kamarul sambil tercari-cari Rezuan.
" Ouh, Rezuan. Rezuan dah pindah ke madrasah lain Ustaz. Dia dah tak belajar sini." - jelas Aqil kepada Ustaz Kamarul.
" Sebab apa dia pindah?" - tanya Ustaz Kamarul.
" Kami pun tak tahu sebab apa. Tiba-tiba je dia pindah." - kata Aqil.
" Tak apa lah. Ustaz minta diri dulu. Ustaz nak pergi jumpa pengetua." - kata Ustaz Kamarul.
Ustaz Kamarul pun mengakhiri perbualannya dengan memberi salam. Kemudian, mereka menjawab salam Ustaz Kamarul. Ustaz Kamarul pun melangkah keluar dari bilik tersebut dan terus pergi ke pejabat pengetua untuk bertemu dengan Ustaz Zafari.
**********************************
Dalam perjalanan Ustaz Kamarul, terdapat beberapa ibu bapa mengambil pelajar pulang ke rumah dan ada juga ibu bapa yang menghantar anaknya ke Al-Mukmim. Kemudian, Ustaz Kamarul terlihat seorang ibu yang bersusah payah mengangkat beg anaknya untuk dibawa ke arah keretanya. Ustaz Kamarul pun datang menghulurkan tangan dan membantu ibu tersebut. Ustaz Kamarul membawa beg itu sampailah ke kereta dan dibawa masuk beg tersebut. Ibu tersebut berterima kasih kepada Ustaz Kamarul kerana telah membantunya.
" Terima kasih Ustaz sebab tolong saya." - kata ibu tersebut.
" Tak apa. Hal kecil je, puan." - kata Ustaz Kamarul.
" Ustaz ni, Ustaz Kamarul kan?" - teka ibu itu.
" Betul lah tu, Puan. Saya lah Ustaz Kamarul." - jawab Ustaz Kamarul.
" Saya ucapkan takziah lah dekat Ustaz atas kehilangan ibu Ustaz." - kata ibu itu.
" Terima kasih, puan." - jawab ringkas oleh Ustaz Kamarul
" Semua ibu bapa tahu pasal kes kematian ibu Ustaz. Bising satu Al-Mukmim pasal hal tu. Ada yang sampai dah tak nak hantar anak mereka dekat sini sebab risau keadaan anak-anak diorang." - jelas ibu itu.
Ustaz Kamarul kurang faham dengan apa yang diceritakan oleh ibu tersebut. Anak ibu tersebut kemudian telah sampai sambil membawa baldi dan satu beg plastik besar yang terisi dengan pelbagai barang. Anak ibu itu memasuki semua barangnya ke dalam kereta. Ibu dan anak tersebut pun meminta izin mengundur diri dan sekali lagi berterima kasih kepada Ustaz Kamarul kerana telah membantunya.
Ustaz Kamarul pun memulakan perjalanannya semula ke pejabat Ustaz Zafari. Sampai saja di depan pintu pejabat Ustaz Zafari, Ustaz Kamarul pun mengetuk pintu dan diikuti dengan salam. Kemudian, Ustaz Zafari menyuruh Ustaz Kamarul masuk. Ustaz Kamarul pun membuka pintu dan masuk ke dalam. Sesudah itu, Ustaz Zafari menyuruh Ustaz Kamarul untuk duduk berbincang.
" Tuan, boleh saya tanya sikit?" - tanya Ustaz Kamarul terus selepas duduk di atas kerusi pejabat.
" Soalan apa tu, Ustaz." - tanya Ustaz Zafari.
" Tadi ada ibu pelajar cerita dekat saya, ada parents yang dah tak nak hantar anak mereka dekat Al-Mukmim. Betul ke? Apa sebenarnya yang terjadi?" - tanya Ustaz Kamarul yang kehairanan.
" Betul, Ustaz. Itulah hal yang saya nak cakap dengan Ustaz. Sebenarnya, selepas apa yang terjadi dekat Al-Mukmim, campur sekali dengan pemergian ibu Ustaz, ramai ibu bapa yang risau tentang keadaan anak-anak mereka. Mereka kata akan terus risau selagi tak jumpa siapa yang bunuh ibu Ustaz. Macam mana mereka nak jumpa, pembunuhnya makhluk ghaib. Kalau saya ceritakan semua, mereka takkan percaya hal-hal ghaib ni. Lagi-lagi, polis." - jelas Ustaz Zafari kepada Ustaz Kamarul.
" Saya tak tahu pula hal-hal macam ni terjadi. Apa yang tuan nak buat sekarang?" - tanya Ustaz Kamarul untuk solosi.
" Saya cadang nak letak jawatan." - jawab ringkas oleh Ustaz Zafari.
" Letak jawatan? Apa maksud, tuan?" - tanya Ustaz Kamarul kerana terkejut dengan solusi yang diberikan oleh Ustaz Zafari.
" Saya nak lantik kenalan saya, Ustaz Yazin untuk jadi pengetua. InshaAllah dengan adanya pengetua baru, kita boleh dapatkan balik kepercayaan ibu bapa terhadap Al-Mukmim." - jawab Ustaz Zafari.
" Kalau tuan rasa itu option yang terbaik, saya tak halang." - kata Ustaz Kamarul.
Dalam kesibukan mereka berbual. Tiba-tiba, Ustazah Aminah datang ke pejabat pengetua dalam keadaan cemas. Ustazah Aminah memberitahu bahawa ada pelajar kerasukan dan sekarang pelajar itu ada di bilik. Ustaz Kamarul dan Ustaz Zafari terkejut dengan khabar yang disampaikan oleh Ustazah Aminah. Mereka berdua bergegas mengikuti Ustazah Aminah ke bilik pelajar tersebut. Ustazah Hamidah ternampak mereka bertiga seperti sedang kelam kabut pergi ke sesuatu tempat. Ustazah Hamidah yang mempunyai rasa ingin tahu pun mengikut mereka bertiga dari belakang.
Sampai sahaja di bilik pelajar tersebut, Ustazah Aminah menjadi bingung. Pelajar tersebut tiada di biliknya. Ustazah Hamidah pun bertanya kepada pelajar lain tentang perkara tersebut. Mereka menjawab bahawa pelajar itu terlepas dan terus keluar dari bilik. Pelajar-pelajar itu juga mengatakan mereka tidak tahu dimana pelajar yang kerasukan itu telah pergi.
**********************************
Pak Hamad ternampak seorang pelajar berdiri di depan pagar Al-Mukmim. Pak Hamad pun menegur pelajar tersebut kerana kehairanan apa yang dibuat oleh pelajar tersebut berdiri di situ.
" Adik tunggu parent datang ambil ke?" - tanya Pak Hamad kepada pelajar itu.
Pelajar itu hanya mendiamkan diri dan tidak menjawab sepatah pun soalan Pak Hamad. Pelajar itu hanya memandang keras ke arah wajah Pak Hamad. Pak Hamad berasa cuak dan pelik melihat perangai pelajar ini. Kemudian Pak Hamad mendengar bunyi kereta yang laju di luar pagar Al-Mukmim.
Pelajar itu kemudian mengalihkan pandangannya daripada Pak Hamad. Pelajar itu tiba-tiba melangkah keluar daripada Al-Mukmim dan melepasi pagar Al-Mukmim. Pelajar itu berhenti di tengah-tengah jalan raya. Pak Hamad pun memberi amaran bahaya berada di tengah-tengah jalan raya dan ditambahkan lagi ada sebuah kereta sedang memecut laju.
Ustaz Kamarul, Ustaz Zafari, Ustazah Hamidah dan Ustazah Aminah akhirnya jumpa pelajar tersebut tetapi semuanya sudah terlambat. Pelajar itu sudah berada di tengah jalan raya, dan kereta itu pun sudah menghampiri pelajar tersebut. Kedebushhh!, terdengar bunyi hentakan. Semua yang ada di kawasan kejadian terkejut melihat apa yang terjadi di depan mata mereka.
Bersambung . . .

ANDA SEDANG MEMBACA
A'ma 2 (Buta)
KorkuUstaz Kamarul telah meninggalkan Al-Mukmim kerana mendapat tawaran penukaran tempat kerja ke madrasah lain. Kejadian yang terjadi di Al-Mukmim hingga menyebabkan kematian telah memunculkan banyak isu. Disebabkan itu, Al-Mukmim mendapat reputasi buru...