Rezuan menoleh ke belakang perlahan-lahan tetapi Rezuan hanya melihat tumpahan darah di atas lantai. Rezuan mula berasa takut. Menoleh semula ke depan, terkejut Rezuan melihat kelibat telekung berlumuran darah terapung di hadapannya. Rezuan pun memejam matanya dan mula membaca ayat-ayat al-Quran yang dihafalnya. Setelah selesai, Rezuan membuka matanya perlahan-lahan dan kelibat itu sudah tiada di hadapannya. Rezuan pun berfikir dia sudah selamat dan menyambung semula perjalanannya pergi ke tandas.
Rezuan masuk ke tandas dan menyelesaikan urusannya di sana. Ketika itu, dia terdengar bunyi air singki dibuka. Rezuan tidak berfikir apa-apa ketika itu kerana dia beranggapan kemungkinan ada orang yang juga menggunakan tandas. Kemudian, dia mendengar bunyi tapak kaki yang kuat diluar sana. Bunyi tapak kaki tersebut berhenti di depan pintunya. Kemudian, ada bayang di atas lantai yang memasuki ke dalam tandas yang digunakan Rezuan. Rezuan mula berasa cuak. Rezuan tidak tahu itu bayang apa. Mahu kata bayang orang, bagaimana bayang seseorang boleh memasuki ke dalam tandas? Jika difikirkan secara logik, bayang tersebut sepatutnya memantul pada pintu, bukan lantai. Setelah selesai menggunakan tandas, Rezuan membuka pintu tandas dengan laju dan tiada sesiapa di luar pintu. Rezuan pun melihat ke bawah, di mana bayang tadi berada, malangnya bayang tersebut sudah tiada di atas lantai. Bermula daripada situ, Rezuan tahu ada sesuatu yang tidak kena. Air singki masih mengalir. Rezuan pun menutup air singki tersebut, dan secara tiba-tiba lampu tandas berkelip-kelip dan menyala semula.
Rezuan sudah berasa takut. Dia terus berlari keluar daripada tandas kerana takut. Semasa dia sedang berlari, di mendengar lagi suara yang menyebut "Turid 'an taraa walidik , daeni akhadhak liruyatihima" di belakangnya. Rezuan berhenti berlari dan menoleh ke arah belakangnya secara perlahan-lahan. Dia tidak melihat apa-apa di belakangnya. Apa yang dilihat oleh Rezuan hanyalah kegelapan di hujung. Tiba-tiba lampu di penghujung terbuka, dan menyebabkan Rezuan terkejut. Di saat lampu itu terbuka, kelihatan di bawah kelibat telekung berlumuran darah di situ. Kelibat itu perlahan-lahan menghampirinya. Rezuan berasa tidak selamat dan memulakan langkahnya untuk berlari.
Rezuan kembali ke katilnya. Dia terus baring dan menarik selimutnya. Dia berasa sangat takut. Kemudia kelibat itu lalu di luar bilik Rezuan dan dapat dilihat secara samar-samar melalui tingkap. Rezuan cuba mengabaikan perasaan takut dan sedaya upaya untuk tidur.
**********************************
Pada malam tersebut, Ustaz Zafari mendapat panggilan telefon ketika dia sedang sibuk menyiapkan kerja nya di bilik guru. Salahuddin menelefon Ustaz Zafari untuk memberitahu khabar buruk tentang keadaan anaknya, Arif. Dia memberitahu bahawa Arif kelihatan seakan-akan dirasuk semula. Ustaz Zafari terus pergi ke pejabat pengetua setelah mendengar berita ini. Ustaz Zafari menceritakan semuanya kepada Ustaz Yazin.
" Ustaz Yazin, Ayah Arif telefon saya. Arif kerasukan." - kata Ustaz Zafari.
Mereka berdua pun berlari ke tempat letak kereta, dan mereka menuju ke sana dengan menaiki kereta Ustaz Yazin. Mengambil masa 25 minit untuk mereka sampai ke hospital. Tiba sahaja di hospital, mereka berdua pun bergegas pergi ke bilik Arif. Setelah Ustaz Yazin membuka pintu bilik rawatan Arif, kelihatan ibu bapa Arif sedang menahan Arif yang sedang meronta-ronta.
Ustaz Yazin menyuruh ibu bapa Arif dan Ustaz Zafari untuk menahan Arif. Ustaz Yazin pun memegang kepala Arif dan mula membaca beberapa potongan ayat al-Quran. Rontaan Arif menjadi semakin kuat. Ustaz Yazin meneruskan ruqyah nya. Kemudian, Arif berkata sesuatu.
" Kamu semua harus berhati-hati. Mungkin sekarang dia masih bernafas, tapi pada hari akan datang, aku akan pastikan dia menghembuskan nafas terakhirnya." - kata Arif yang dalam kerasukan.
Ustaz Yazin mengabaikan apa yang dikatakan Arif dan hanya mengfokuskan pada bacaan ruqyah nya. Semakin lama Ustaz Yazin membaca, Arif mula reda dan tidak menyedarkan diri. Ustaz Yazin memberitahu ibu bapa Arif bahawa tidak apa yang perlu dirisaukan oleh mereka kerana Arif hanya berehat dan tidur seketika. Salahuddin risau dengan apa yang dikatakan oleh Arif sebentar tadi.
" Ustaz, apa akan jadi dekat anak saya. Benda tu nak bunuh anak saya ke?" - tanya Salahuddin.
" Tuan tak perlu risau. Anak tuan takkan apa-apa. Kami akan sentiasa perhatikan keadaan dia." - jelas Ustaz Yazin
Setelah semua selesai, Ustaz Yazin dan Ustaz Zafari pun pulang ke Al-Mukmim semula. Sepanjang tempoh perjalanan, Ustaz Zafari masih memikirkan dalam kepalanya tentang apa yang dikatakan oleh Arif ketika dia sedang dirasuk.
" Ustaz Yazin, saya risau lah dengan apa yang benda tu cakap tadi. Dia ugut kita, nak bunuh Arif." - kata Ustaz Zafari dalam keadaan risau.
" Tak perlu risau, ustaz. Benda tu dia nak takutkan kita saja. Kalau kita takut, kita seperti beri apa yang di nak." - jelas Ustaz Yazin untuk menenangkan kebimbangan Ustaz Zafari.
Ustaz Zafari hanya mengikuti saja apa yang dikatakan oleh Ustaz Yazin untuk menenangkan hatinya. Lebih baik Ustaz Zafari memikirkan hal yang baik-baik sahaja. Akhirnya, mereka berdua tiba ke Al-Mukmim.
**********************************
Keesokan paginya, Ustaz Kamarul baru sahaja selesai menunaikan solat dhuha. Kemudian, Ustaz Kamarul mendapat sebuah panggilan telefon. Rupa-rupanya, itu adalah Ustaz Zafari. Ustaz Zafari menceritakan semuanya yang terjadi terhadap Arif pada malam semalam. Ustaz Kamarul amat terkejut dan bimbang dengan keadaan Arif. Seakan-akan, A'ma ingin menjadikan Arif sebagai mangsa keduanya setelah arwah ibunya.
Malangnya, Ustaz Kamarul tidak boleh melakukan apa-apa kerana dia tidak dibenarkan kembali ke Al-Mukmim disebabkan Ustaz Yazin. Jadi, Ustaz Kamarul hanya berharap Ustaz Yazin mampu menyelesaikan semua masalah ini.
Setelah panggilan telefon tersebut. Ustaz Kamarul pun mengemas rumah sewanya. Ketika dia sedang mengemas, dia terjumpa diari merah milik Ustaz Asrol. Kerana buku merah ini, Ustaz Kamarul boleh dapat maklumat tambahan berkaitan dengan A'ma. Bila Ustaz Kamarul memeriksa diari merah tersebut, Ustaz Kamarul sedar sesuatu. Siapakah yang sebenarnya menulis diari merah ini. Memang betul diari merah itu milik Ustaz Asrol, tetapi bagaimana Ustaz Asrol boleh menceritakan bagaimana dia mati di dalam diari merah tersebut. Orang mati memang tidak boleh menulis. Penulisan itu seakan-akan ada orang lain yang menulis kisah hidup Ustaz Asrol.
Kepelikan itu membuatkan Ustaz Kamarul terus menerus menyelak diari merah tersebut dan Ustaz Kamarul terjumpa sebuah gambar. Gambar itu kelihatan Ustaz Yazin, Ustaz Asrol, Ustaz Zafari, dan Cikgu Megat. Mereka bergambar di Gunung Merbok Tiga kerana di dalam gambar tersebut kelihatan sebuah papan tanda yang menulis "Gunung Merbok Tiga". Ini bermakna, mereka berempat pernah menjejak Gunung Merbok Tiga sebelum ini yang merupakan tempat asal usul A'ma.
Bersambung . . .
Korang masih ingat pasal Diari Merah ni? Kalau tak ingat sila baca balik A'ma buku pertama Bab 9 : Diari Merah dan Gunung Merbok Tiga.
YOU ARE READING
A'ma 2 (Buta)
TerrorUstaz Kamarul telah meninggalkan Al-Mukmim kerana mendapat tawaran penukaran tempat kerja ke madrasah lain. Kejadian yang terjadi di Al-Mukmim hingga menyebabkan kematian telah memunculkan banyak isu. Disebabkan itu, Al-Mukmim mendapat reputasi buru...