Setelah mendengar apa yang diceritakan oleh Nek Biyah, Ustaz Kamarul merasakan sejarah dan asal usul A'ma amat merumitkan. Ustaz Kamarul masih tidak mendapat jawapan untuk menyelesaikan masalah ini. Disebabkan itu, Ustaz Kamarul pun berhasrat untuk pulang dan berjumpa dengan Ustaz Zafari.
Ustaz Kamarul pun menuruni gunung. Tiba sahaja dia di tempat letak kereta, Ustaz Kamarul terus memasuki kereta dan menghidupkan enjin. Ustaz Kamarul pun memulakan perjalanan pulang.
*******************
Di Al-Mukmim, Ustaz Yazin dalam perjalanan menuju ke kelasnya. Pada waktu itu, Ustaz Yazin melalui sebuah bilik pelajar usang. Ustaz Yazin hanya merenung saja bilik itu selama 17 minit dan kemudiannya Cikgu Megat menegur Ustaz Yazin. Terjada Ustaz Yazin daripada termenung.
" Assalamualaikum, Tuan. Tuan nak ke kelas ke?" - tanya Cikgu Megat sambil menyapa tangannya ke arah bahu Ustaz Yazin.
" Eh, Waalaikumsalam. Ya, saya nak ke kelas." - jawab Ustaz Yazin baru tersedar daripada termenung.
" Ouh macam tu. Sama lah saya." - kata Cikgu Megat.
" Ouh, saya gerak dulu eh. Saya dah lambat ni." - kata Ustaz Yazin.
Ustaz Yazin pun terus menuju ke kelasnya dan meninggalkan Cikgu Megat di belakang. Cikgu Megat hairan dengan keadaan Ustaz Yazin yang hanya berdiri tegak di depan pintu bilik pelajar usang itu.
Ustaz Yazin akhirnya tiba ke kelasnya. Aqil bangun dan meminta semua pelajar lain untuk bangun bersamanya. Aqil pun memberi salam kepada Ustaz Yazin dan diikuti oleh pelajar yang lain. Setelah itu, mereka membaca doa untuk memulakan kelas mereka. Selesai doa, Ustaz Yazin meminta untuk semua pelajar duduk. Kelas pun bermula.
" Saya nak tanya semua pelajar. Siapa di antara kamu boleh terangkan kepada saya apa maksud adil?" - tanya Ustaz Yazin kepada semua pelajar.
" Apa yang saya faham, ustaz, meletakkan sesuatu pada tempatnya." - jawab Wahid selepas bangun daripada kerusinya.
" Boleh kamu terangkan dekat saya lebih terperinci, Wahid." - tanya Ustaz Yazin kepada Wahid.
" Maksudnya ustaz, kita beri keseimbang kepada dua perkara ataupun mengimbangi dua perkara." - jelas Wahid.
" Baiklah, terima kasih. Kamu boleh duduk." - kata Ustaz Yazin.
" Saya nak beritahu kamu sesuatu. Kalau orang itu berhutang darah, patutkah kita balas dengan darah? Kalau orang itu berhutang nyawa, patutkah kita membunuh. Salahkah kita mahu membunuh, sedangkan itu lah keadilan. Kenapa perbuatan adil macam ini dianggap salah oleh Allah SWT." - kata Ustaz Yazin.
Semua pelajar terdiam dan tidak faham apa yang cuba ingin disampaikan oleh Ustaz Yazin. Disebabkan tiada tindak balas oleh pelajar, Ustaz Yazin pun menyuruh semua pelajar untuk membuka buku teks. Pembelajaran pun bermula.
*******************
Ustaz Kamarul akhirnya tiba di Al-Mukmim tetapi Ustaz Kamarul terpaksa meletakkan keretanya di luar kerana Ustaz Yazin melarangnya untuk datang ke Al-Mukmim. Ustaz Zafari pun datang menemui Ustaz Kamarul di luar pagar Al-Mukmim.
" Assalamualaikum, Ustaz Kamarul. Maafkan saya sebab terpaksa jumpa kamu di luar." - tegur Ustaz Zafari.
" Tak apa, tuan. Nak buat macam mana, Ustaz Yazin tak benarkan saya datang sini dah." - jawab Ustaz Kamarul.
" Kamu datang nak jumpa saya ni, sebab apa?" - tanya Ustaz Zafari.
" Saya nak tanya tentang keadaan Arif. Dia baik-baik ke?" - tanya Ustaz Kamarul pula.

YOU ARE READING
A'ma 2 (Buta)
HorrorUstaz Kamarul telah meninggalkan Al-Mukmim kerana mendapat tawaran penukaran tempat kerja ke madrasah lain. Kejadian yang terjadi di Al-Mukmim hingga menyebabkan kematian telah memunculkan banyak isu. Disebabkan itu, Al-Mukmim mendapat reputasi buru...