Pelajar itu terbaring di atas jalan, mengalir keluar darah dari kepada pelajar itu. Semua yang ada di sana berasa panik. Ustaz Kamarul mengarahkan Pak Hamad untuk menelefon ambulan. Pak Hamad terus mengeluarkan telefonnya dan menelefon ambulan.
Setelah beberapa minit menunggu, akhirnya ambulan tiba di tempat kejadian. Pihak hospital mengangkat pelajar itu memasuki ambulan. Ustaz Kamarul dan Ustaz Zafari memasuki ambulan bagi menemani pelajar tersebut. Dalam perjelanan ke hospital, Ustaz Zafari menelefon keluarga pelajar tersebut untuk memberitahu berita buruk ini. Keluarga pelajar sangat terkejut dengan berita yang dikhabarkan oleh Ustaz Zafari.
Sampai sahaja di hospital, pelajar itu terus digegaskan ke bilik kecemasan untuk tindakan lanjut. Ustaz Kamarul dan Ustaz Zafari sangat khuatir dengan keadaan pelajar tersebut. Kalau terjadi apa-apa pada pelajar itu, Ustaz Zafari tidak tahu ingin bercakap apa dengan keluarga pelajar.
" Ini semua angkara A'ma. Kita kena ajar dia." - kata Ustaz Zafari dalam keadaan risau.
Ustaz Kamarul hanya mendiamkan diri dan tidak merespon ucapan Ustaz Zafari. Setelah beberapa minit menunggu di ruang menunggu, ibu bapa pelajar tersebut akhirnya tiba dalam keadaan sedih dan risau akan keadaan anaknya.
" Apa yang terjadi dekat anak saya? Apa yang pihak Al-Mukmim buat? Makan gaji buta?" - tanya dengan tegas bapa pelajar tersebut.
" Maafkan kami. Dia tiba-tiba lari ke tengah jalan raya." - jelas Ustaz Zafari kepada bapa pelajar tersebut.
" Jadi tuan nak salahkan anak saya lah." - tegas bapa pelajar itu.
" Bukan macam tu, tapi..." - kata Ustaz Zafari dan kemudian doktor keluar dari bilik kecemasan.
" Boleh saya bercakap dengan ibu bapa Arif Aiman bin Salahuddin?" - tanya doktor tersebut.
" Saya bapa dia, ini mak dia." - kata Salahuddin.
" Anak tuan hanya mengalami pendarahan kecil. Kami sudah buat pembedahan dan sekarang di masih tidak sedarkan diri. Tapi jangan risau, inshaAllah dia akan sedar. Setakat ni, tiada apa yang perlu tuan dan puan risaukan." - jelas doktor itu kepada ibu bapa Arif.
" Terima kasih, doktor." - kata ibu Arif.
Ibu Arif melepaskan nafas lega selepas mendengar khabar anaknya daripada doktor tersebut. Bapa Arif masih tidak berpuas hati terhadap Al-Mukmim selepas apa yang terjadi pada anaknya.
**********************************
Keesokan harinya, Ustaz Zafari mendapat pesanan daripada bapa Arif. Bapa Arif meminta pihak Al-Mukmim bertanggungjawab atas kecederaan anaknya, Arif. Disebabkan itu, Ustaz Zafari mengadakan mesyuarat bersama dengan semua tenaga pengajar Al-Mukmim yang lain.
Di dalam mesyuarat tersebut, Ustaz Zafari menerangkan apa yang terjadi kepada Al-Mukmim setelah berlakunya kejadian maut di sini. Ustaz Zafari juga memberitahu bahawa hanya ada satu solusi untuk masalah reputasi yang dihadapi oleh Al-Mukmim iaitu dengan meletakkan jawatan Pengetua Al-Mukmim.
Semua tenaga pengajar terkejut dengan apa yang dikatakan oleh Ustaz Zafari. Mereka juga tertanya-tanya siapakah yang bakal menggantikan tempat Ustaz Zafari sebagai pengetua Al-Mukmim. Ustaz Zafari pun memberitahu bahawa Ustaz Yazin akal mengambil alih jawatan tersebut. Ustaz Yazin tidak asing bagi mereka semua kerana dulu Ustaz Yazin juga merupakan tenaga pengajar di sini dan juga merupakan pelajar kelahiran Al-Mukmim. Disebabkan itu, tiada sesiapa membantah tentang pelantikan yang dibuat oleh Ustaz Zafari. Mesyuarat pun bersurai setelah mendapatkan kata sepakat.
**********************************
Setelah mesyuarat, Ustaz Zafari pun memasuki pejabatnya untuk mengemas barangnya. Buka sahaja pintu, Ustaz Kamarul sudah menunggu di sofa yang terdapat di bilik tersebut. Ustaz Zafari pun menyapa Ustaz Kamarul.

ANDA SEDANG MEMBACA
A'ma 2 (Buta)
HorreurUstaz Kamarul telah meninggalkan Al-Mukmim kerana mendapat tawaran penukaran tempat kerja ke madrasah lain. Kejadian yang terjadi di Al-Mukmim hingga menyebabkan kematian telah memunculkan banyak isu. Disebabkan itu, Al-Mukmim mendapat reputasi buru...