. . .
"Apa kita nak buat sekarang? " soal Jane gugup. Dia melirik memandang Laura yang tampak masih diam memeluk lutut di atas katil.
"Kita cari jalan keluar? Anything? Takkan kita nak terkurung dalam ni. Orang bodoh je kalau kena culik tak buat apa-apa. Laura? Kau dengar tak apa aku cakap? "
Laura mengeluh pelan. Dia memandang Jane sekilas. Sebelum anak matanya meliar melihat sekeliling ruangan. Kesemuanya dinding batu dan tiada apa-apa langsung yang boleh digunakan untuk melarikan diri.
Jane merengus. Dia berjalan merpati pintu. Di sebalik celahan garisan lubang yang menampakkan sedikit ruangan di bahagian luar. Sontak anak mata Jane membulat.
"Laura, ada orang kat luar. P-perempuan. " mendengar sahaja apa yang dikatakan Jane. Pantas Laura turun dari katil menghampiri Jane. Dia juga turut melakukan hal yang sama.
Memang jelas, di luar ada seseorang wanita berpakaian maroon dan ber-skirt labuh berwarna hitam. Jane menoleh memandang Laura. Dia memberikan signal mata yang dia mahu lakukan sesuatu.
"Help us! Help! We're here! " jerit Jane dan beberapa ketukan di pintu. Laura juga turut mengetuk pintu beberapa kali. Dari luar mereka berdua melihat kelibat wanita itu berjalan menghampiri pintu dimana tempat mereka berkurung.
Pintu dibuka dari luar. Alangkah terkejutnya mereka. Sangkaan mereka adalah wanita tetapi dia adalah lelaki yang sama diawal kejadian yang menculik mereka tadi.
Lelaki itu tersenyum lembut.
"Don't worry. I talk to him. He listen to me. He's not well. " ujar lelaki itu dengan suara perlahan tetapi calming.
"He know what you here for. He's no allowed to touch you. He know that. "
Mereka tercengang dalam terdiam. Tidak menyangka yang lelaki yang muka dingin bak samseng sebentar tadi kini berpakaian seperti ala perempuan. Malah perwatakannya juga berubah lembut dan tenang.
"Shhh, he don't like any noise. He's sleeping."
Lelaki itu melempar segaris senyuman kecil sebelum berjalan keluar dari bilik. Sempat juga lelaki itu mengenyitkan mata sebelah.
Jane memandang Laura. Dan Laura juga memandang Jane. Mereka berdua sama-sama tampak binggung dengan apa yang berlaku sekarang ini.
. . .
YOU ARE READING
[C] Split Disorder | KTH
Fanfiction+ kim taehyung, dia memiliki 9 keperibadian berganda dalam satu tubuh. noted : remake version + based on the true story dan juga sebahagian dari sebuah movie bergenre thriller , bukan menciplak tetapi hanya menulis semula dalam bentuk karya. © ssawv...