18 | calls his name

165 52 1
                                    

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

. . .

Hari sudah bertukar malam, di sebuah station kereta api menjadi tempat lelaki itu tuju. Kakinya dengan tenang mangatur langkah memasuki kawasan kereta api di bawah tanah.

Sesekali dia menjeling bunga ditangan yang dibelinya tadi yang sudah dihias cantik dalam boquet. Bibirnya mengoyak segaris senyuman lembut.

Dia yang masih dikawal Jihyun berdiri di tepi laluan menunggu landasan kereta api. Disitu tampak sepertinya hanya ada Jihyun seorang. Tiada sesiapa.

"It's here. "

Boquet diletak atas lantai. Sesudah kereta api berhenti Jihyun melangkah masuk ke dalam train.

Nampaknya sesi jemputan 'tetamu' baru bakal tiba.

. . .

DANG! DANG!

Pintu besi yang menjadi tempat kurungan Jane diketuk kuat. Suara ketukan dari Laura membuatkan bunyi ketukan itu bergema di seluruh ruangan.

Berkali-kali Laura menjerit memanggil rakannya Jane tetapi hampa Jane sama sekali tidak menyahut.

Kunci? Tidak boleh. Kerana pintu kali ini tidak menggunakan tombol melainkan disitu hanya ada kunci selak.

Tetapi ianya masih belum boleh buka kerana kunci selak disitu sudah di skru bersama pintu secara ketat. Mustahil untuk membukanya.

"Kau tunggu sekejap! Aku cari benda lain untuk buka pintu ni! " sahut Laura.

Laura berlari menaiki tangga menuju ke ruangan kecil yang tidak ubah seperti ruang tamu. Barang-barang disitu diselongkar kasar. Semuanya diselongkar sehingga bersepah.

Tanpa sengaja, anak mata Laura terpandang sebuah kertas yang sedikit tersorok di bawah kertas. Separuh dari kertas yang tidak tersorok tertulis ' called him by his name '

Kertas tersebut ditarik. Tulisan bewarna merah dibaca.

' Called Him By His Full Name Kim Taehyung '

"Kim Taehyung─ "

HUF! HUH!

Sontak jantungnya seakan terhenti. Laura merasakan ada suara rengusan kasar tepat dibelakangnya. Setiap hembusan nafas itu kedengaran sangat menyeramkan. Seperti bukan suara nafas seorang manusia.

Dengan perlahan Laura menoleh ke arah belakang. Air matanya bergenang ditubir mata.

Kelihatan susuk tubuh tidak berbaju berdiri tepat dibelakang gadis itu dengan renungan tajam. Tubuh badan lelaki itu turun naik akibat nafas yang dilepaskan. Dia mencerlung tajam menikam dalam anak mata Laura.

The Beast.

Alter terkuat dan ganas diantara mereka.

"K─Kim Taehyung. "

Nama yang disebut oleh Laura membuatkan alter yang mengawal lelaki itu mula hilang fokus. Laura yang tampak ada perubahan padanya meneruskan dengan memanggil Taehyung.

"Kim Taehyung. "

"AGH! "

Kedua rambut dicengkam. Dia melepaskan kemarahannya dengan menghentam dinding kuat. Lelaki itu mengerang kuat tika fikirannya mula diganggu. Mereka yang berada di dalam satu tubuh lelaki itu mula berlawan untuk mengambil alih tubuh Taehyung.

"K-kim Taehyung. "

Tidak dapat dibendung lagi, air mata Laura kini mengalir. Takut dan sedih melihat keadaan mereka yang cuba berlawan dan menyakiti lelaki itu secara serentak.

"AGHH! " lagi sekali dinding dihentam kuat. Semua benda yang berada berdekatan lelaki itu dihentam kasar.

"Kim Taehyung! " Laura menjerit kuat.

Lelaki itu mengundur menapak kebelakang memasuki kawasan dapur. Serentak tubuh lelaki itu terduduk jatuh ke atas lantai. Dengan nafas yang tercungap, kelopak mata lelaki itu dipejam dan dicelik kembali. Tubuhnya sekarang benar-benar berasa lemah.

Suasana kembali hening.

tap..

tap..

tap..

Lelaki itu kembali keluar dari arah dapur. Tubuhnya yang tidak bersarungkan sebarang pakaian ditutupi dengan kain. Dengan perlahan dia berjalan keluar.

Sepasang anak matanya menyapa susuk tubuh seorang gadis yang sama sekali dia tidak kenali. Lelaki itu melempar pandangan dengan tatapan redup dan lemah ke arah Laura.

"Who... are you? "

. . .

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
[C] Split Disorder | KTHWhere stories live. Discover now