. . .
" noona! " dia menjerit ceria.
terlakar lebar senyuman alter yang bernama jimin itu ke arah laura. pantas lelaki itu bangun dan berlari ke arah laura lalu tubuh kecil laura dipeluk erat.
" chim rindu noona! rindu sangat-sangat! mana noona pergi selama ni? chim rinduuuu! " tubuh badan jimin dipeluk semula. laura meleret segaris senyuman lembut bersama kerutan di dahi.
" n-noona pun rindu jimin. tak noona tak ada pergi mana pun. tapi siapa chim? nama jimin chim ke? "
jimin melepaskan pelukan. dia mengangguk dengan segihan petak sebelum berjalan mengundur kebelakang untuk duduk dikerusi semula.
" tu nama baru jimin. chim! ada doktor cantik yang bagi! comel kan? hehe... "
mata lelaki itu menyepet. senyuman petaknya begitu lebar dan ceria. laura membalas dengan anggukan kepala serta dengan ketawa kecil.
" wah noona makin cantiklah! tapi masa dulu dulu tu pun noona masih nampak cantik. noona nak jadi girlfriend chim tak? "
soalan selamba dari seketul jimin membuatkan rahang laura sedikit jatuh. jimin masih lagi dengan ketawanya hanya memandang laura dengan sengihan petak.
" yelah dulu chim tak sempat nak bagitahu noona yang chim suka noona. ni alang-alang dah jumpa ni nak tak noona jadi girlfriend chim? yoongi hyung kata peluang jangan sia-siakan. jadi noona sudi tak ? hm... " kedua kelopak mata jimin berkelip beberapa kali.
jimin mencebik bibir tika suara salah seorang alter dari mereka memarahinya kerana bersikap tidak formal begitu. kedua bahu jimin di goyang-goyang dengan mulut memuncung.
"urm- " Laura mengemam bibir. agak tergaman dengan kata-kata polos dari jimin yang membuatkan dia sedikit terkejut.
" ish kacau lah. noona ni noona jihyun nak jumpa. " jimin mencebikkan bibir.
kemudian, lelaki itu membetulkan posisi duduk dengan gaya menyilangkan kaki. raut wajah tenang dilemparkan.
" jangan dengar apa yang budak tu cakap tadi. " suara yang tenang kembali bersuara. jihyun tersenyum lembut ke arah laura.
" kami tahu yang awak masih marah tentang apa yang kami buat pada awak dulu─ "
" t-tak apa. saya dah maafkan semuanya. tapi... boleh saya nak bercakap semula dengan jungkook. ada sesuatu yang saya nak katakan pada dia. "
jihyun terdiam. wajahnya yang tampak masih dalam keadaan tenang melihat ke arah laura lama.
" jungkook dia tak nak bercakap dengan awak laura. "
YOU ARE READING
[C] Split Disorder | KTH
Fanfiction+ kim taehyung, dia memiliki 9 keperibadian berganda dalam satu tubuh. noted : remake version + based on the true story dan juga sebahagian dari sebuah movie bergenre thriller , bukan menciplak tetapi hanya menulis semula dalam bentuk karya. © ssawv...