12 | little boy

223 54 1
                                    

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

. . .

Laura yang sudah tertidur pulas mengerutkan dahi. Dia merasa akan sesuatu yang tajam mencucuk pipinya. Tika kelopak mata dibuka, muncul wajah seorang lelaki kacak sedang tersengeh comel kerahanya.

"Kenapa tidur atas lantai? Tak busuk ke tidur kat depan pintu bilik air ni? Apa katil tu dah busuk sangat ke sampaikan awak tak nak tidur atas katil yang empuk tu... " tuturnya sambil memuncung mulut. Menunjuk ke arah katil.

Baru teringat akan tadi yang Laura sibuk mencuci tandas dan kemudian dia terlelap tertidur bersandarkan badannya dengan pintu bilik air. Laura melirik ke arah lelaki dihadapannya yang masih menatapnya polos.

"Jimin...? " soal Laura. Lelaki itu menganggukkan kepala laju.

Rupanya yang cucuk pipi dia tadi itu Jimin. Dari jari Jimin yang comel tu─

pst! jangan tertukar pulak. nama je jimin tapi badan dia still taehyung tau.

"Wah, ingat eh nama kita. Terharu kita. " Jimin tersengeh comel. Terselah senyuman kotak miliknya. Kedua mata Laura berkelip. Tiba-tiba terpesona dengan kecomelan Jimin. Eh tak─

"Sebelum tu nama noona siapa eh? "

"Laura. " Jimin mengangguk.

"Mana lelaki yang pakai sunglass tu? " Jimin mengangkat kedua bahu. Sebelah tangan Jimin naik menyuruh Laura untuk bangun duduk di atas katil. Laura tidak membantah mengikuti saja apa yang Jimin suruh. Kini mereka berdua duduk berbelahan di atas katil.

"Kenapa tak tahu? Awak kan dalam satu badan...sekali? " Jimin tertawa kecil. Lagi sekali dia menggeleng kepala.

"Jungkook hyung tu? Pft! Buat apa nak ambil berat pasal dia. Dia pun tak nak ambil tahu pasal Jimin. Malaslah nak layan dia. Dingin mengalahkan kutub utara. Muka bengis je memanjang. "

Rahang Laura sedikit jatuh. Jimin berceloteh bukan kemain. Kutuk diri sendiri pula tu. Dengan suara pelat dia lagi─

"Jimin tahu kenapa Jungkook tu culik saya? I mean saya dengan Jane. " tanya Laura meminta kepastian. Melihat yang Jimin yang seakan polos, tidak salah kalau dia mahu mengorek rahsia sedikit.

"Hmm, Jimin tak pasti. Tapi 'dia' akan datang tak lama lagi. He's still asleep. " tutur Jimin dengan suara sengaja dibuat-buat seram.

"Siapa? "

"The Beast. "

Laura terdiam. Sangkaannya dia hanya pasti yang Jimin hanya bergurau. Jadi apa yang dikatakan Jimin itu dia tidak mengambil serius sama sekali.

The Beast? Itu semua cerita dongeng saja.

Tiba-tiba Jimin menukar posisi duduk bersila menghadap Laura. Dia tersenyum manis.

"You know what? Jimin lagi suka kalau awak kat sini. Yelah, selama Jimin kat sini Jimin tak ada kawan nak ajak bermain. Nak ajak borak. "

"Diorang semua tak nak layan Jimin. Sampaikan Jihyun noona kata yang Jimin ni bodoh. Sampai hati dia kata Jimin macam tu. " mulut Jimin melengkung ke bawah. Wajahnya tampak benar-benar sedih.

"Jimin pun ada hati dan perasaan tau. "

Laura yang melihat Jimin bersedih, menukar posisi duduk menghadap Jimin. Dia berdeham perlahan.

"Boleh Jimin bawa saya dengan Jane keluar dari sini? "

Dahi lelaki itu berkerut. Jimin memejam mata menahan sakit yang tetiba seakan mencucuk kepalanya. Dia tahu yang mereka mahu mengambil alih tubuh Taehyung. Laura yang melihat tingkah Jimin sudah menjarakkan diri.

"Huh! apa yang Laura cuba cakapkan ni? Tak boleh d─diorang tak bagi. " Laura menghela nafas lega. Nasib baik kerana lelaki ini masih lagi diri Jimin.

"Hurm, tapi okeylah. Jimin akan cuba tolong. Follow me. " pantas pergelangan tangan Laura ditarik.

. . .

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
[C] Split Disorder | KTHWhere stories live. Discover now