. . .
Pantulan diri sendiri di cermin direnung kosong. Kosong seperti kehidupannya. Dia memikirkan yang dia tidak seharusnya layak untuk hidup di muka bumi, walhal sudah beberapa kali dia cuba mahu membunuh diri.
Tetapi dihalang 'mereka'.
Dia memejam mata menahan sakit tika secara tiba-tiba memori lama kembali berputar seakan kaset rosak mula bermain di benak fikirannya. Memori pahit sewaktu dia masih kecil.
Tubuh lelaki itu membongkok sembari tangan kanan memegang permukaan tepi singki bagi menampung diri dari terjatuh. Tidak habis dengan itu, kini dengan kuat dia menghentam tubuh belakangnya ke dinding.
flashback on
Derapan tapak kaki laju berlari menaiki tangga dan kemudian dia menyusup masuk ke dalam bilik. Tubuhnya yang sememangnya kecil dengan mudah dia masuk menyorok ke bawah katil dengan cara meniarap.
"Anak omma, Taehyungie mari keluar sayang... "
Panggil satu suara wanita yang memanggil dirinya Taehyung itu membuatkan kanak-kanak berusia 9 tahun itu pantas menutup mulutnya dengan tangan.
Dari bawah dapat dia menangkap sepasang kaki si ibu yang sudah berjalan masuk ke dalam bilik.
"Sayang tahu kan yang sayang dah buat masalah. You make me mad... "
Kanak-kanak itu sedaya upaya menutup mulut tidak mahu mengeluarkan suara. Tumbuhnya semakin menggigil ketakutan tika dia sadar yang ibunya sudah duduk melutut di hadapan katil tempatnya menyorok. Cadar katil yang menutup sedikit sisi katil diselak kasar.
"I told you get out! Kim Taehyung! "
Serentak lengan kanak-kanak itu ditarik kasar membawanya keluar dari bawah katil. Kemudian dengan kasar wanita itu membawa anaknya ke lantai bawah iaitu ke dapur.
"Kau memang sehari selalu menyusahkan aku! Kau tengok apa yang kau dah buat! Makan bersepah! Kau bersihkan balik sisa-sisa makanan kau ni! Sekarang! "
Tengkingnya kuat. Tidak cukup dengan itu tubuh anaknya ditolak kasar ke lantai. Kain buruk yang tersedia di atas meja dilempar kasar tepat ke wajah si anak. Tidak mengendahkan langsung segala tangisan dari anak tunggalnya itu.
"Dah tak reti bersihkan pakai tangan ke? Kalau tak reti pakai tangan.. ni pakai mulut kau. Kau jilat lantai ni sampai bersih macam anjing. " dengan hina rambut anaknya dicengkam dan kemudian dihentak ke lantai marmar dapur.
"Ahh! Sakit! Tsk! "
Wanita itu menjeling anaknya tajam. Dengan selamba dia duduk di kerusi di meja makan sambil memerhati anak yang bekerja secara 'paksa' olehnya. Dengan tangan yang mengigil kanak-kanak itu mengutip sisa nasi dan lauk di lantai.
Bukan salah Taehyung. Dia tidak mahu makan kerana dia tahu yang di dalam makanannya ada racun yang diletak oleh ibunya sendiri. Dia tahu yang ibunya cuba mahu membunuh dirinya.
Air mata kanak-kanak lelaki itu tidak henti dari mengalir. Tiada belas kasihan, dirinya yang sudah lama didera oleh si ibu sudah seperti patung tidak bernyawa.
Dirinya masih lagi ada hati dan perasaan. Sepatutnya dia diberikan kasih sayang tetapi hampa semenjak si ibu mula bermain dengan dadah, wanita itu tidak lagi 'normal' seperti ibu yang lain.
Selalu mendera anak tunggalnya tidak kira masa. Si ayah yang dapat tahu akan isterinya bermain dengan dadah, langsung lari pergi meninggalkan kanak-kanak itu bersama wanita lain.
"Aku kata buat kerja bukan menangis bodoh! " pinggan plastik dicapai lalu dilempar kasar ke kepala Taehyung.
Kedua tangan kecil itu dengan mengigil mengutip serpihan sisa makanan dengan tangisan kecil.
Jelas kelihatan di balik lengan yang tertutup dengan baju menampakkan bekas lecur dari bara api rokok yang juga dari kerja si ibu.
. . .
YOU ARE READING
[C] Split Disorder | KTH
Fanfiction+ kim taehyung, dia memiliki 9 keperibadian berganda dalam satu tubuh. noted : remake version + based on the true story dan juga sebahagian dari sebuah movie bergenre thriller , bukan menciplak tetapi hanya menulis semula dalam bentuk karya. © ssawv...