. . .
Laura dan Jane kini sibuk mengamati sekeliling tempat kurungan mereka ingin mencari jalan keluar. Mula dari mengetuk setiap dinding dan di dalam bilik air. Tetapi hampa mereka masih belum jumpa apa-apa.
Laura mengeluh. Dia duduk semula di birai katil. Manakala Jane masih lagi berusaha mencari jalan keluar. Walhal bagi Laura, tidak boleh berbuat apa-apa lagi. Tiada peluang untuk melarikan diri.
"Apa maksud dia dengan makanan? Apa dia masudkan makanan anjing dia? " soal Jane tiba-tiba seiring sibuk mengetuk setiap dinding menggunakan tangan.
Laura diam tidak membalas. Dia membaringkan tubuhnya di atas katil ingin tidur.
Klik!
Terdengar sahaja yang pintu akan terbuka, Jane bergegas duduk di birai katil bersebelahan katil Laura. Kini pandangan mata menyapa lelaki tadi yang kini berpakaian sweater kuning biru. Lelaki tersebut duduk bersandar di pintu dengan segaris senyuman penuh makna.
"Laura bangun... " kejut Jane lalu Laura mencelik mata. Laura melihat Jane memberi isyarat supaya melihat apa yang dilihat sekarang olehnya. Tanpa banyak soal Laura bangun dari pembaringan dan melihat lelaki tadi yang duduk di hadapan pintu.
"Nama saya Jimin. "
Jane memandangkan sekilas pada Laura. Kemudian berbalik semula memandang lelaki yang sekarang bergelarkannya Jimin.
"He's on the move... " bicaranya dengan nada suara sengaja dibuat seram.
Suaranya kedengaran sedikit pelat seperti kebudakan tetapi mereka masih lagi faham yang apa lelaki itu mahu katakan.
"He's on the move... and I think you don't like it. " ujarnya dengan suara sepeti budak kecil.
"Siapa? " soal Laura.
"Jimin tak nak bagitahu. Jungkook hyung tak bagi. Nanti dia marah. Hyung marah macam monster. Seram! " potong Jimin sambil menggeleng kepala.
"Awak bukan lelaki yang culik kami? " Jimin tertawa kecil. Dia menggeleng kepala. Jari-jemarinya dimainkan.
"Awak bukan perempuan...? " lagi sekali Jimin ketawa. Jimin menatap Laura tidak percaya.
"Are you blind? " jawab Jimin.
"Apa yang Jimin tahu. Bila-bila masa je Jimin boleh kendalikan diorang. And you know what? Kat bilik ni pun ada jalan keluar tau. Tapi kena lah jadi bijak macam Jimin. Kalau tak bijak ha mereputlah noona dalam ni. " selamba Jimin berceloteh sambil ketawa.
"Jimin umur berapa...? " soal Jane.
"Nine. "
"Boleh Jimin bawa kitorang keluar dari sini? " Jimin berkerut dahi. Lagi sekali dia tertawa.
"Nah, uh. Kan Jimin dah bagitahu yang kat bilik ni pun ada jalan keluar. Carilah sendiri. Lagipun Jimin bukannya tahu pun pintu jalan keluar tempat ni kat mana... " mulut Jimin melengkung ke bawah sedih.
"Okeylah, Jimin nak menari kat bilik. Jangan kacau tau. Bye! "
Belum sempat Laura mahu panggil, Jimin langsung menutup pintu kembali. Bergegas dua orang gadis itu merapati pintu melihat ke ruangan luar di sebalik celahan pintu.
"Kat bilik ni ada jalan keluar...? "
. . .
YOU ARE READING
[C] Split Disorder | KTH
Fanfiction+ kim taehyung, dia memiliki 9 keperibadian berganda dalam satu tubuh. noted : remake version + based on the true story dan juga sebahagian dari sebuah movie bergenre thriller , bukan menciplak tetapi hanya menulis semula dalam bentuk karya. © ssawv...