4 | different identity

285 67 4
                                    

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

. . .

"Namjoon, tadi pagi ahjussi nampak kamu bawa balik sesuatu. Apa tu? Punya berat semacam ahjussi nampak kamu bawa dua beg tu. Kamu bawa balik batu ke? " gelak lelaki tua selaku ahjussi Kwon dihujung ayat.

Namjoon yang barusan masuk ke dalam kawasan zoo dengan sebuah penyapu cakar meleretkan senyuman palsu. Topi jerami ditangannya naik memakai di atas kepala.

"Tak adalah. Itu barang dari rumah saya. Saja bawa balik nak letak kat stor tempat kerja saya kat bawah tu. " Ahjussi Kwon hanya mengangguk mengiyakan.

namjoon adalah nama watak lain untuk character split taehyung. jadi yang sekarang ni badan dia taehyung cuma dia gunakan nama namjoon disebabkan keperibadian watak dia dah berubah.

Namjoon bekerja sebagai tukang bersih di Zoo. Jadi tidak hairanlah kalau sesiapa hanya mengenainya kerana wataknya yang super extrovert leader. Mudah bergaul dan memiliki otak yang cerdas dari watak personalitinya yang lain.

"Kim Namjoon. " lelaki itu menoleh apabila namanya diseru seseorang. Serta merta segaris senyumannya melebar tika dia melihat seorang wanita tua selalu doktor psychology nya berdiri tidak jauh darinya.

"Ouh? Doktor─ " belum sempat Namjoon mahu menyebut nama penuh terus mulutnya diterkup. Kemudian susuk tubuh wanita itu didekati.

"Fuh, selamat saya tak sebut nama doktor kuat-kuat tadi. Bahaya. " Namjoon tersengih. Dia mempelawa wanita tua itu untuk duduk di kerusi berdekatan dengan kolam ikan tidak jauh dari tempat dia dengan ahjussi Kwon tadi berdiri.

"Kenapa doktor nak jumpa saya? " soal Namjoon. Dahi wanita itu berkerut sebelum tertawa kecil.

"Apa pula. Kamu yang mesej saya suruh jumpa kamu kat sini. Takkan kamu lupa? " giliran Namjoon pula menggaru kepala. Lelaki itu menggeleng kepala.

"Mana ada. Saya tak ada mesej apa-apa pun kat doktor. Saya elok je tadi sapu daun kat sana dengan ahjussi Kwon. Tak percaya pergi tanya ahjussi pakai topi hitam kat sana tu. " sempat jari runcing Namjoon naik menghala pada Ahjussi Kwon.

"Kalau bukan kamu siapa? " anak mata coklat Namjoon bergerak kiri dan kanan. Dia mengemam bibir lalu menggeleng kepala.

Mendapati yang seakan ada perubahan di wajah Namjoon, wanita itu tersenyum kecil. Perubahan Namjoon yang menukar dirinya ke lain.

Dia tahu yang tadi adalah Namjoon tetapi yang sekarang ini bukanlah Namjoon melainkan Jungkook.

Kedua tangan Jungkook yang elok bersilang di atas meja, dialihkan pula tangannya di atas riba. Dia sengaja menayangkan riak wajah yang sengaja dipura-purakan tenang. Walhal doktor tersebut sudah perasan akan tingkah lelaki itu yang sudah berubah.

Tatapan mata yang dingin itu menatap tidak suka pada kawasan sekitar. Jungkook mengeluh pelan. Matanya sakit melihat sekitarnya yang penuh dengn daun-daun yang berselerakan dan kotor.

"To whom am I speaking with now? " Jungkook tertawa kekok.

"Doctor Lee. It's Namjoon. "

"It's doesn't seems like Namjoon. And do you have something to tell with me? Or you want me tell you something what you want? "

"Urm─ tak ada! Bukan saya yang mesej doktor untuk jumpa saya. Tak ada! I'm truly fine don't worry. " potong Jungkook dengan wajah yang masih lagi sengaja dibuat-buat tenang.

"Urm, saya rasa saya kena sambung balik kerja. Tak elok lama-lama curi tulang. Saya tak nak lah orang kata yang saya ni makan gaji buta. Doktor boleh baliklah dulu. Kalau ada apa-apa saya akan mesej doktor semula. Maafkan saya. "

Pamit Jungkook lalu langsung bergegas pergi meninggalkan wanita tua itu yang masih duduk melihat kelibat Jungkook yang semakin menjauh.

Dia tahu, Jungkook menyorokkan sesuatu darinya.

. . .

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
[C] Split Disorder | KTHWhere stories live. Discover now