. . .
Tap!
Tap!
Tap!
"Pagar berkunci─ "
Sedaya upaya Laura cuba menendang pintu pagar agar terbuka sementara Jane dibelakang, berbalik badan cuba perhati laluan koridor dan tidak semena-mena kedua matanya membulat.
Dia merapati Laura tika dia melihat susuk tubuh lelaki itu yang kini sudah muncul berjalan laju ke arah mereka berdua.
Semakin dekat lelaki itu semakin kuat gadis itu menendang dan menghentam bahunya ke pintu pagar tetapi hasilnya juga tidak berjaya.
Segaris senyuman sinis meleret di bibir nipis Jungkook. Serentak kedua rambut gadis itu dicengkam sebelum diheret kasar dua orang gadis itu.
"Akh! Lepas! " kini suara jeritan mereka sahajalah yang bergema disetiap sudut ruangan dan berkali-kali lengan sasa lelaki itu dipukul oleh mereka berdua.
"Kau nak lari kemana hurm? " soal Jungkook sinis sebelum menolak kasar tubuh Jane ke dalam bilik kurungannya dan sementara itu Laura di bilik kurungan biasa dia ditempatkan.
Bam!
"Lepaskan kami! Tolonglah! " berkali-kali Laura menjerit sambil memukul dan menendang pintu kayu tersebut berkali-kali. Tidak kisah akan Jungkook yang mahu memarahinya atau menderanya kembali.
"Shut up your fuvckin' mouth─ akh! "
Laura terdiam selepas ditengking. Dia mendengar suara seakan terjatuh dan rengekan sakit dari lelaki itu yang berada di luar.
Pintu dibuka. Dia yang masih dikawal oleh 'Jungkook' melirik tajam ke arah Laura. Tetapi dibalik benak fikiran lelaki itu mereka sedang berlawan untuk mengawal tubuh Taehyung.
"Kau memang cari nahas dengan kami- " kedua mata lelaki itu dipejam sebentar dan dibuka kembali sembari menghembus nafas pelan.
"Huh, I told you don't try to make fun for us. You know you almost make him wake up from his sleep? " tuturnya calming. Laura tahu yang itu ialah Jihyun.
Anak mata Laura melirik sekilas ke arah pintu dibelakang Jihyun yang masih terbuka.
Kelopak mata Jihyun kembali tertutup. Kemudian dia membuka kelopak matanya kembali. Dia melempar wajah dingin. Ya, itu Jungkook.
Jungkook yang dapat menangkap apa yang gadis itu buat menapak mendekati Laura. Dia yang menangkap yang Laura semakin mengundur kebelakang tersenyum sinis.
"Akh! " serentak rambut panjang Laura dicengkam. Tubuh gadis itu ditolak kasar ke katil lalu sebuah bantal diambil Jungkook lalu lelaki itu menerkup wajah Laura dengan bantal.
Laura yang dibawah sudah meronta-ronta dan menjerit menendang kedua kakinya di udara. Lengan sasa lelaki itu dipukul beberapa kali.
Sekarang ini saluran pernafasannya benar-benar tersekat akibat kekurangan oksigen. Jungkook yang melihat itu tertawa sinis. Suka melihat aksi brutal yang dibuatnya.
"Berhenti Jungkook!" "
Bantal yang menerkup wajah Laura dicampak ke lantai. Laura yang hampir kehabisan nafas tercungap.
Tubuh badan Laura naik turun akibat kekurangan nafas. Wajah yang penuh seperti syaitan tadi kini berubah. Berubah drastik pada wajah yang penuh dengan kerisauan.
"N-noona? Noona okey? "
Lantas tubuh longlai wanita itu dipeluk erat. Jimin memeluk erat tubuh Laura sambil mengungkap perkataan maaf.
Jimin membelai lembut rambut Laura. Air mata Laura setitik demi setitik perlahan turun mengalir membasahi pipi.
Kedua tangan Jimin menerkup kedua pipi Laura. Dahinya berkerut menahan sakit dan kemudian dia memandang Laura dengan penuh risau.
"You okey sweetie? I'm sorry. Dia Jungkook. Dia memang macam tu. Dia tak boleh kawal kemarahan dia. I'm so sorry... " tutur seperti lembut seakan ibu yang merisaukan sang anak. Tiak hairanlah kerana Laura tahu yang itu Jihyun.
Lelaki itu membelai anak rambut yang terjuntai di dahi Laura. Gadis itu tidak membalas apa-apa malah masih lagi terbatuk dan sekarang ini tubuhnya terasa tersangat lemah. Kelopak matanya dibuka dan dipejam celik beberapa kali.
"Noona rehat okey? "
Tubuh Laura dibaringkan. Jimin memandang gadis itu sebentar sebelum keluar dari ruangan, meninggalkan Laura yang perlahan-lahan menutup kelopak matanya dan sebelum semuanya berubah gelap.
. . .
YOU ARE READING
[C] Split Disorder | KTH
Fanfiction+ kim taehyung, dia memiliki 9 keperibadian berganda dalam satu tubuh. noted : remake version + based on the true story dan juga sebahagian dari sebuah movie bergenre thriller , bukan menciplak tetapi hanya menulis semula dalam bentuk karya. © ssawv...