. . .
Jihyun yang masih mengambil alih tubuh Taehyung mengatur langkah menyusuri jalan sambil mengumam kecil. Anak mata lelaki itu memandang sebuah mall yang berada di tidak jauh darinya.
Satu persatu langkah diatur tenang sehingga lelaki itu berjalan memasuki mall. Sebuah kedai yang menjual bunga dia dekati.
Sebuah senyuman lembut mengoyak di kedua belahan bibir, anak mata lelaki itu bergerak memandang setiap satu bunga yang tersusun cantik di pasu. Salah satu bunga bewarna putih berjaya menarik perhatian Jihyun.
"Beri yang itu. "
Jari runcing Jihyun naik menunjuk ke salah satu bunga aster putih yang dia mahukan. Seorang wanita disitu mengangguk lalu mula membungkus bunga tersebut seperti bouquet.
Niat Jihyun memberi bunga bukan saja-saja. Dia membelinya kerana Jihyun mahu menyambut kedatangan 'seseorang'.
Seseorang yang dilabel kuat dan ganas yang akan mem-protect mereka sekaligus Taehyung yang bakal muncul dalam diri mereka nanti.
"Terima kasih. "
. . .
Laura semakin gelisah. Sedari tadi dia hanya memukul beberapa kali tombol pintu menggunakan kayu besbol yang dia jumpa di bawah katil. Peluh yang mengalir di wajahnya dikesat kasar.Dia perlu cepat. Lelaki itu bila-bila masa sahaja dia boleh muncul semula. Jadi dengan peluang yang dia ada, dia teruskan. Laura tahu apa yang Jihyun dan Jimin beritahunya tadi semestinya 'mereka' ada niat tidak baik pada dia dan Jane.
PANG! PANG! KRAK!
Kayu besbol dijatuhkan. Nasib Laura memang baik. Tombol pintu tersebut berjaya tercabut dari badan pintu. Sesudah kerja pertama dia selesai, bergegas Laura melarikan diri keluar dari ruangan.
Dia memasuki salah satu bilik. Disitu ada sebuah katil, meja yang dipenuhi buku, almari baju dan sebuah komputer. Di dinding penuh dengan kertas yang tertampal. Kertas yang dihiasi dengan lukisan seperti makhluk besar bewarna hitam.
Laura tahu itu pasti milik lelaki itu. Meja yang penuh dengan barang-barang disitu diselongkar Laura. Dia mahu mencari kunci.
Habis segala buku-buku disitu yang tadi tersusun cantik kini sudah jatuh berselerakan atas meja.
Di kawasan bersebelahan katil terdapat sebuah almari berukuran sederhana. Kelihatan banyak helaian tshirt, kemeja, seluar panjang dan skirt. Kasut pula berpasang-pasang banyaknya. Begitu juga dengan beanie hats dan socks.
Anak mata gadis itu memandang komputer yang masih menyala di atas meja. Di skrin komputer tersebut terdapat beberapa fail yang dimana dibawah fail tersebut tertera beberapa nama yang berbeza.
Dari Taehyung , Jungkook , Namjoon , Jimin , Jihyun , Yoongi , Hoseok , Seokjin dan Beast .
Sebelah tangan Laura memegang tetikus lalu anak panah di skrin bergerak menekan satu fail yang tertulis nama Jungkook.
Terpapar satu video yang memaparkan lelaki berkaca mata di layar skrin. Dia duduk di kerusi, memeluk tubuh sambil merenung tajam ke arah kamera.
"Huh, dah lama rasanya tak buat video. Hari ni aku terbunuh seseorang. Tak, bukan sorang tetapi dua orang. Tch mereka bodoh."
Laura menekan tanda 'X', kemudian tetikus bergerak ke fail yang bernama Jimin. Kelihatan susuk tubuh lelaki iaitu Jimin yang mengenakan sweater kuningnya. Wajah Jimin dekat dengan kamera komputer.
"Macam mana nak guna benda ni...? Wo! Muka Jimin ada kat situ! H-hai! Kita Jimin hehe! "
Seterusnya tetikus bergerak ke nama Namjoon. Kini lelaki itu duduk tenang di kerusi dengan mengenakan baju coat labuh dan beanie bewarna coklat gelap di kepala.
"Huh, harini macam biasa tiada apa-apa yang menarik. Tapi kenapa Doctor Lee tak habis-habis paksa kami untuk ke hospital tu? Doktor kata yang kami ni 'sakit'. Tak tahulah siapa yang sakit sekarang ni kami ke dia─ "
Nama Yoongi ditekan. Laura agak terkejut kerana lelaki itu berubah betul-betul ke wajah dingin dan selamba lelaki itu berbual kosong sambil mengeluarkan kata-kata kesat.
Kemudian nama Jihyun ditekan.
Di skrin tiada sesiapa dan sesat kemudian muncul susuk tubuh Jihyun yang mengenakan baju seperti perempuan bewarna merah gelap. Baju berlengan panjang dan skirt labuh hitam. Jihyun meletakkan buku di atas meja lalu lelaki itu berjalan ke belakang menghampiri almari baju di belakang.
Laura melihat yang Jihyun mengeluarkan segugus kunci. Jihyun mengantungkan segugus kunci tersebut di balik gantungan baju-baju di rak almarinya.
Laura menoleh ke belakang. Dia beranjak bangun menghampiri almari tersebut. Baju yang tergantung disitu diselak. Segugus kunci terpapar pada pandangan matanya.
Dia, perlu lari sekarang.
. . .
YOU ARE READING
[C] Split Disorder | KTH
Fanfiction+ kim taehyung, dia memiliki 9 keperibadian berganda dalam satu tubuh. noted : remake version + based on the true story dan juga sebahagian dari sebuah movie bergenre thriller , bukan menciplak tetapi hanya menulis semula dalam bentuk karya. © ssawv...