9 | she

207 60 0
                                    

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

. . .

Laura yang sedang tertidur. Anak mata dibalik kelopak mata yang tertutup olehnya bergerak-gerak sebelum dia mencelikkan mata. Serta merta pandangnya disapa dengan wajah kacak seseorang yang sedang tersenyum manis kearahnya.

"I got your meal, sleepyhead. "

Lantas Laura bangun dari baring. Dia duduk di birai katil seiring memandang tingkah lelaki itu yang sedang meletak dulang berisi roti bersebelahan Laura.

"Eat. " arah lelaki itu lembut. Tetapi Laura tidak turuti malah terkejut akibat secara tiba-tiba lelaki itu duduk dibelakangnya lalu membelai rambut panjang Laura lembut.

"Duduk diam. Saya nak sikat rambut awak ni. Nampak kusut... " tuturnya yang tidak ubah seperti suara ibu-ibu.

Lelaki itu mencapai sikat lalu menyikat rambut panjang Laura lembut. Manakala Laura masih lagi kaku tidak bergerak, masih terkejut. Roti di atas pinggan dicapai dan dengan teragak-agak roti tersebut digigit separuh.

Laura masih lagi dalam keadaan terpinga-pinga. Semakin aneh melihat tingkah perubahan drastik oleh si lelaki ini. Sekejap dingin, sekejap macam budak kecil, dan sekarang lembut seakan tingkah seorang ibu.

"Urm- boleh saya tanya? " soal Laura.

"Boleh sayang. "

"Jane? Dia di mana? " Jihyun yang masih menyikat rambut Laura hanya tersenyum hangat.

"Awak nak jumpa dengan kawan awak tu? " Laura mengangguk.

Jihyun bangun dari duduk. Dia mengambil tangan Laura sebelum memimpin tangan gadis itu keluar dari bilik. Buat pertama kali Laura dapat menjejakkan kaki keluar dari tempat kurungan. Tiada yang aneh, semuanya tampak biasa. Cuma ruangan disini memang terlihat seperti di bilik di bawah tanah.

Jihyun membawa Laura sehingga tiba di salah satu pintu. Kunci pintu tersebut diselak lalu pintunya terbuka. Laura melihat kelibat Jane yang sudah terduduk atas lantai sembari memeluk lutut sambil menangis.

"Come here sweetie. " panggil Jihyun. Tangan kanan dihulur pada Jane dan tanpa basi-basi Jane hanya menyambut huluran Jihyun. Kemudian lelaki itu membawa mereka berdua ke bahagian dapur.

"Sit. " arah Jihyun sopan. Dia mendekati ke arah kaunter dapur untuk membuat roti. Jari runcing lelaki itu menekan butang radio. Alunan muzik lembut kegemarannya menutur keluar.

"Kau okey? " soal Laura pelan. Jane hanya mengangguk kepala. Dia memeluk tubuh akibat kesejukkan. Jihyun yang berada di kaunter dapur berbalik badan. Pisau ditangannya naik menghala pada Laura.

"Your clothes. Remove it. Dan letak dalam bakul kat sana. " dahi Laura berkerut. Jihyun memberi isyarat mata menyuruh Laura untuk membuka cardigan nipis ditubuhnya. Tidak bertanya kenapa Laura juga turut menanggalkan cardigan miliknya.

Jane memandang Laura selepas Jihyun membalikkan badan. Dia memberi isyarat sesuatu pada Laura. Laura yang faham akan maksud Jane menggeleng kepala.

"Please, tolong aku. Aku nak keluar dari sini. " rayu Jane dengan suara perlahan. Tidak mahu Jihyun menyadarinya.

Mendapati kesempatan untuk larikan diri sudah cerah. Jane bangun dalam keadaan perlahan tidak mengeluarkan bunyi. Kerusi kayu yang dia duduk diangkat tinggi. Dia ingin memukul belakang badan Jihyun.

Bukk!

"Akh! " badan Jihyun membongkok sakit. Dia berbalik badan dan menyadri yang lagi seorang gadis sudah hilang. Meninggalkan hanya Laura sahaja disitu. Lelaki itu masih lagi melakar segaris senyuman lembut.

"Go your room. Lock the door and take a nap. " arah Jihyun. Tetapi intonasi suaranya masih dalam keadaan biasa. Laura yang dapat merasakan aura tidak baik terus berlari ke arah tempat kurungannya semula.

Jihyun membetulkan bajunya sebelum melangkah keluar dari dapur bersama pisau ditangan.

"Jungkook your turn. "

. . .

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
[C] Split Disorder | KTHWhere stories live. Discover now