. . .
after 2 years
" kau betul-betul tak ikut kitorang ke hari ni? janganlah kita dah lama tak spend time sama-sama. kau ikut eh? "
lagi sekali Laura menggeleng kepala dengan segaris senyuman tipis. lengan rakannya hyoeun yang elok melingkar pada lengan miliknya dileraikan.
" betul tu. kita dah lama tak spend time sama-sama lainlah aku dengan hyoeun dia memang suka lepak dengan aku. tapi kalau dengan kau Laura jarang tau tu pun kalau lepak sama-sama tu pun sebab buat assignment. " sampuk gadis berambut pendek, najeong.
" maaflah. tapi aku ada hal kejap lagi. "
" lately ni aku selalu perasan yang kau ni selalu sibuk. kau ada plan apa apa eh? " jari runcing hyoeun menghala tepat di depan hidung laura. jawapan tetap diberi sama hanya gelengan kepala sahaja diberi.
" tak ada apa lah. tapi kali ni aku memang tak boleh ikut korang. lain kali eh ? " hyoeun mencebik. dia perhati sahaja tingkah laura yang sudah membuka pintu kereta. kemudian gadis itu bergegas masuk ke dalam perut kereta.
" yelah-yelah. tak apalah hyoeun kau kalau pujuk berjuta kali pun laura memang tak akan makan pujukan kau. kawan kita ni kan keras kepala sikit. " bahu hyoeun ditepuk najeong pasrah. makim cemberut muka hyoeun dibuatnya.
" aku gerak dulu tau. sorry hyoeun lain kali kita keluar eh. byee... "
enjin kereta dihidupkan. tangan kanan laura naik melambai pada mereka berdua sebelum keretanya mula bergerak pergi meninggalkan perakaran kampus.
memang benar apa yang dikatakan laura. gadis itu bukan saja-saja tetapi dia memang sudah merancangkan sesuatu. yang laura mahu bertemu dengan dia semula.
lama laura memandu kereta menyusuri jalan sesambil memasang lagu bahasa inggeris yang memenuhi ruangan di dalam kereta.
setelah sejam lebih memandu akhirnya laura tiba di sebuah hospital psychiatri yang terletak jauh dari bandar yang selama ini menjadi tempat tinggal sepenuhnya lelaki itu.
pintu kereta dibuka. jejak sahaja kaki menyentuh tanah angin sejuk menerpa ke tubuh badan. kedua tangan laura dimasukkan ke dalam coat labuh yang dipakainya bagi menghilangkan sedikit rasa dingin.
bergegas laura mengatur langkah memasuki bangunan. setapak semi setapak kasutnya menyentuh lantai marmar bergema di seluruh ruangan yang tampak sunyi dan tenang.
susuk tubuh seorang wanita tua berambut putih dan memakai coat labuh biru gelap yang duduk di kerusi menunggu memenuhi pandangan mata. wanita tua itu juga turut menoleh ke arah laura dengan senyuman segaris di bibir.
YOU ARE READING
[C] Split Disorder | KTH
Fanfiction+ kim taehyung, dia memiliki 9 keperibadian berganda dalam satu tubuh. noted : remake version + based on the true story dan juga sebahagian dari sebuah movie bergenre thriller , bukan menciplak tetapi hanya menulis semula dalam bentuk karya. © ssawv...