. . .
TAP!
TAP!
TAP!
Derapan tapak kaki yang menyentuh permukaan lantai bergema kuat di seluruh ruangan di bawah tanah. Dengan sisa tangisan, Laura masih lagi meneruskan lari menjauh dari makhluk itu walaupun dia tersangat dalam ketakutan.
Sebelum dia tiba disini, Laura sempat ingin menyelamatkan Jane. Tetapi dia hanya terlewat sedikit kerana dia lihat Jane sudah mati dimakan oleh the beast di depan mata kepala dia sendiri. Luluh hatinya melihat rakannya diperlakukan begitu.
Sehingga tiba di tengah lorong, Laura melihat ada sebuah pagar besi yang terhubung dengan jalan keluar. Malang pagar tersebut dikunci.
DUM!
Suara hentaman kuat kedengaran. Laura berbalik badan melihat kawasan di belakang yang tampak samar-samar gelap. Senapang patah ditangan diangkat sehingga paras dada. Menghala tepat dikawasan dihadapannya.
Berkali-kali suara hentaman itu berbunyi membuatkan nafas Laura semakin tidak teratur. Dia benar-benar dalam ketakutan. Air mata gadis itu sekali lagi mengalir jatuh dari tubir mata.
Dari jauh, terlihat susuk tubuh lelaki itu yang berada dalam gelap berjalan memasuki lorong. Semakin laju degupan jantung laura tika dia melihat yang lelaki itu menoleh melihat ke arahnya.
Deria telinga Laura menangkap bunyi seakan besi terjatuh dari jauh. Senapang ditangan makin didekatkan pada mata. Gadis itu bersiap sedia untuk melepaskan tembakan.
Di balik cahaya lampu yang memancar di setiap satu tempat kelihatan the beast merangkak laju di atas permukaan (?) besi panjang yang sedikit tinggi kedudukan dari paras lantai.
BANG!
Peluru dilepaskan. Tetapi tersasar. Dengan keadaan yang menggigil dan penuh ketakutan. Peluru yang masih disimpan dimasukkan lagi ke dalam badan senapang.
BANG!
Tembakan dilepaskan oleh Laura tetapi masih tersasar. Tangisan gadis itu semakin terisak kerana ketakutan tika dia melihat the beast semakin dekat dengannya.
Laura berhenti menembak dia berbalik badan dan meneruskan larian. Malang, dari belakang susuk the beast semakin hampir dengan Laura.
"AKHH! "
Tubuh kecil Laura jatuh terhempap jatuh. Senapang tercampak sedikit jauh. Sebelah kakinya dicengkam kuat. Meronta-ronta Laura seiring dia melepaskan beberapa tendangan ke arah the beast.
"AKHHHH! "
Suara jeritan Laura bergema kuat. Tidak dapat dibendung sakitnya tika the beast mengigit betis Laura sehingga terkoyak menampakkan isi.
Dalam keadaan meronta, Laura cuba mencapai senapang yang berada tidak jauh dari tempatnya. Sesudah senapang selamat ditangan pantas peluru di masukkan dalam badan senapang.
BANG! BANG!
Peluru dilepaskan tepat mengenai pada bahagian bahu the beast. Pegangan kaki terlepas dari cengkaman lalu segera Laura beranjak bangun.
Kakinya yang terkoyak menampakkan isi terasa sangat perih dan sakit. Dia cuba lari dengan keadaan sebelah kaki kirinya diseret ke lantai.
Sebuah sangkar besi besar menjadi tempat Laura bersembunyi. Bergegas dia masuk ke dalam lalu pagar ditutup rapat. Laura yang menangkap the beast mula berjalan menghampiri sangkar yang dia masuki.
"kau tak akan dapat sakiti aku. kau sendiri dapat lihat yang aku bukan manusia. "
suara menyeramkan the beast bergema. dari jauh jelas kedengaran yang makhluk itu tertawa dengan penuh sinis.
Dua peluru yang terakhir ditinggal dimasukkan ke dalam badan senapang. Senapang tersebut dihala tepat dikawasan hadapan Laura.
" taehyung , dia manusia tetapi aku tidak. "
The beast memunculkan diri di balik gelap. Berjalan keluar dari kegelapan menghampiri sangkar.
BANG!
BANG!
Dua tembakan dilepaskan tepat mengenai perut dan bahu the beast. Susuk tubuh itu jatuh terduduk melutut. Suara rengusan kasar oleh the beast membuatkan Laura semakin takut. Air mata gadis itu tidak henti dari mengalir.
The beast bangun dari duduknya. Jelas riak wajah lelaki itu tidak memberi sebarang riaksi kesakitan. Hanya tatapan paycho dan penuh amarah sahaja dia lempar. Di bahagian mulut the beast mengeluarkan darah yang mengalir. Amat menyeramkan.
Laura mengundur ke belakang. Tubuhnya menyentuh dinding. Kedua tangan sasa lelaki itu mula naik memegang palang besi.
The beast mengertap rahang kuat. Dengan kekuatan the beast, lelaki itu dengan mudah membongkokkan palang besi tersebut dengan gigi dikertap rapat.
Tetapi itu tidak lama.
Anak mata the beast jatuh melihat ke arah tubuh badan Laura. Gadis itu hanya mengenakan beige crop top berwarna coklat gelap. Serta merta pergerakkan the beast terhenti.
The beast melihat bekas luka dan parut cakaran disekitar bahagian collarbone, bahu dan perut Laura.
Bekas luka dan cakaran itu dari si ayahnya. Sewaktu dia kecil Laura juga turut menajdi mangsa dera dengan ayahnya sama seperti kehidupan Taehyung dulu.
The beast melihat ke arah Laura lama. Dia tahu bahawa gadis itu juga pernah menjadi mangsa abuse sama seperti kehidupannya dulu.
The beast tidak akan sentuh seseorang yang berhati pure.
Seperti Laura.
Suara rengusan nafas kasar the beast mula kedengaran perlahan dan tenang. Laura terdiam. Setitis air mata di tubir mata gadis itu jatuh mengalir.
"Your are different from the rest. "
"Your heart is pure.. "
"Rejoice! "
Suara the beast bergema kuat. Riak wajah lelaki itu tampak seakan 'gembira'. The beast tersenyum lebar. Segenap wajah Laura ditatap semula dengan perlahan senyuman dibibir the beast kembali kendur.
"The broken are the more evolved... "
The beast mengatakan kata terakhir dengan nada kembali datar sebelum beredar pergi meninggalkan Laura disitu sendirian.
. . .
YOU ARE READING
[C] Split Disorder | KTH
Fanfiction+ kim taehyung, dia memiliki 9 keperibadian berganda dalam satu tubuh. noted : remake version + based on the true story dan juga sebahagian dari sebuah movie bergenre thriller , bukan menciplak tetapi hanya menulis semula dalam bentuk karya. © ssawv...