PERANG ASRAMA (BAB 1: TAWARAN DAN PESANAN)

162 4 0
                                    

     ''Baik murid-murid, untuk hari terakhir kamu semua di sekolah ini,cikgu dan cikgu-cikgu yang lain akan memberi beberapa pesanan sebelum kamu pulang ke rumah masing," Cikgu Fazli memperlahankan suaranya dengan sengaja menyebabkan murid tahun 6 berasa sedih kerana perpisahan yang bakal berlaku beberapa jam lagi.

Sebelum itu, izinkan saya memperkenalkan diri saya.Namaku Hafiz Amshar tapi orang panggil aku pijod.Aku pun tak tahu kenapa aku dapat gelaran sebegitu.Umurku 12 tahun dan aku bersekolah di SK Taman Kosas.

Aku sangat pendiam dan jarang bercakap dengan rakan-rakan aku walaupun ada yang aku rapat (kalau nak bercakap je mesti rasa berdebar-debar) tapi sekarang dia dah lama pindah kerana dia terpaksa berpindah ke rumah baharunya yang dimana ayahnya dapat naik pangkat dalam kerja dah dipindahkan ke pejabat yang lain.Dia pindah sejak umurku 10 tahun lagi.Dan aku 'pishang' atau lebih dikenali sebagai bosan di sini kerana tiada kawan rapat yang berbual. Ok itu sahaja =)

Pesanan yang diberikan guru-guru dan sesi 'menconteng baju' pada pakaian masing-masing serta sesi bergambar dengan kawan tidak memberi sebarang kesan kepada hafiz kerana budak yang pendiam ni selalunya kurang salah (pendapat penulis).

Hafiz dengan muka yang tenang dan rela diconteng baju dan meminta maaf kepada beberapa orang batchnya dan serta guru sebelum pulang ke rumah dengan basikal BMX 3000 tepat jam 1230 tengah hari.

Perjalanan pulang ke rumah dengan basikal merupakan ruitn biasa bagi Hafiz.Dia merupakan orang yang aktif dalam bersukan dalam seni pertahanan diri dan berbasikal ulang-alik dari sekolah ke rumah merupakan sebahagian daripada latihan Hafiz untuk menambah kekuatan pada bahagian kaki.

Sukan yang disertai Hafiz menyebabkan sebahagian daipada batchnya takut untuk menegur dia kerana kekuatan Hafiz.Sebab itulah Hafiz menjadi seorang yang pendiam.

'Hmm...aku nak masuk sekolah apa ek??' perkara ini terlintas di fikiran Hafiz.

'Kalau masuk SBP,kena masuk interview pulak.Aku dah lah tak power.'bisik Hafiz lagi.

Walaupun banyak pencapaian yang Hafiz lakukan selama ini, tetapi kemahirannya dalam berkomunikasi sangatlah kurang.

Dia tergelak sikit apabila mengingati peristiwa mahu bercakap dengan ahli kumpulan ketika kem pecutan UPSR dulu "Nama S-saya... Ha...Ha...," "Haha kah," kata-kata tersebut menyebabkan seluruh ahli kumpulan gelak terbahak-bahak dan Hafiz tersipu malu dengan kata-kata tersebut.

Hafiz telah sampai ke rumahnya pada pukul 1330.

"Mak,abang dah pulang," jerit Hafiz untuk menandakan dirinya sudah pulang ke rumah semi-D.

"Ye,Hafiz,masuklah,"balas mak Hafiz yang bernama fizah.

"Assalamualaikum,mak," Hafiz memberi salam kepada mak dengan maksud 'salam sejahtera ke atas kamu' dan mak fizah menjawab salam tersebut.

"Ni tadi mak dapat panggilan,dia kata dia nak cakap dengan kamu sorang-sorang.Tapi tak tahu dia nak cakap apa.Lepas dah setel mandi dan makan ye," Lantas mak fizah selepas menjawab salam Hafiz.

Hafiz dengan segera menaiki tangga dan terus menuju ke biliknya untuk mencapai telefonnya.

"helo,ni siapa?"tanya Hafiz.

"Maaf ,nombor yang anda dail tiada dalam talian,terima kasih,"rupanya Hafiz telah tertipu dengan telefonnya sendiri.Bengang Hafiz dibuatnya.

Apabila Hafiz sedang bersiap untuk mandi,Tiba-tiba telefon berdering.Hafiz pun menjawab panggilan tersebut.

"helo,saya Tuan Suhaimi,"belum sempat mahu memberi respon,suara tersebut telah mendahului hafiz dahulu.
"Assalamualaikum dan salam sejahtera.Saya Tuan Suhaimi ingin memberi perkara penting buat kamu,Hafiz,"katanya

PERANG ASRAMAWhere stories live. Discover now