PERANG ASRAMA (BAB 7 : LATIHAN)
"HANZALAH!!! MANA KAU?" jerit si Hafiz menjerit untuk memberitahu apa yang tentang dia dapat daripda perjumpaan tadi. Tapi dia kena rahsia sebab Hanzalah tak terlibat tadi.
"HA, ASAL?" balas hanzalah yang berada di hujung koridor aras 2.
"kau pergi mana tadi, puas aku cari, baru nampak kau," terus hanzalah soal kepada Hafiz.
"aku pergi jumpa abg 5 tadi pasal koko tadi, dia kan ketua semua benda, haha," kata Hafiz sambil bernafas dengan laju kerana dia berlari terlalu laju untuk mecari hanzalah.
"by the way, aku nak cakap something pasal minggu depan, hehe," kata Hafiz dengan bangganya
"ha, apa dia?," hairan Hanzalah.
"minggu depan kelab taekwondo ngan silat dah start kelas balik. Kelas first hari sabtu pukul 3 sampai pukul 5," kata Hafiz.
"mantap, mantap, aku tak sabar dah ni. Tapi tu lah, aku tak ingat aku masuk apa," sedih Hanzalah.
"hehe. Aku masuk taekwondo. Tapi abang tu kata kau masuk silat," kata Hafiz.
"alamak, sumpahlah. Tak nak tak nak. Aku mana lah reti," complain Hanzalah kerana tidak puas hati
"alah, kau buat je. Aku tahu kau boleh. Kau dapat dua benda. First, ilmu baru. Dua, dapat kuatkan fizikal kau macam stamina semua tu," sambung Hafiz.
"hmm...ok lah...aku masuk. Kalau aku lagi power dari kau faham-fahamlah. HAHAHAHAHAHA," kata Hanzalah dengan sombongnya.
PERANG ASRAMA (JUNIOR VS SENIOR)
Hari sabtu pukul 3 telah pun tiba. Hafiz dan Hanzalah datang 5 minit awal kerana mereka tidak mahu terlepas kelas. Di sana terdapat beberapa pelajar yang berlainan tingkatan berkumpul di play court getah khas untuk seni pertahanan diri.
"Ok, boleh gerak tempat masing-masing. Silat kat belah kanan court. Taekwondo belah kiri court," kata wakil pelajar kelab taekwondo tapi suaranya sangat perlahan.
Semua yang berada di situ kerana suaranya sangat perlahan menyebabkan dia diabaikan.
Lalu dia menarik nafas dalam dan meregang-regangkan badannya untuk suatu terkejut yang mungkin luar dari jangkaan.
"OIIII!!!, KORANG DEKAT TAK. AKU CAKAP PERGI KELAB MASING-MASING. SILAT KAT BELAH KANAN. TAEKWONDO BELAH KIRI. GERAKLAH!!!," jerit dia sekuat hati
"opocot, astagfirullah, mak aih, kuat naw suara dia," semua perkataan keluar dari mulut masing-masing kerana terkejut dengan jeritan itu tadi. Yang masih berada di asrama pun terkejut sekali kerana suaranya yang terlalu kuat. Lalu semua segera ke tempat masing-masing.
Hafiz dan Hanzalah terus berpisah dan pergi ke kelab masing-masing. Hafiz terus ke court sebelah kiri untuk persediaan kelas taekwondo.
"hafiz!! Sini jap," belum sempat Hafiz tiba di lokasi dia sudah dipanggil oleh abang Fazli.
"kenapa bang?" tanya Hafiz.
"ha, training kau dengan abg Ammar dengan abg Ikhmal, sebab diorag dah tali pinggang hitam, hehe," kata Fazli dengan senyuman yang lain macam.
"Ammar!!! Ikhmal !!! ni budaknya yang aku cakap hari tu, pandai-pandailah kau train dia. Kasi kaw-kaw sikit," kata Fazli kepada mereka.
"ha, okok," kata mereka dengan serentak.
'Hmm, sorang pendek, sorang biasa-biasa je, takde apa-apa susah sangat pun,' bisik hati Hafiz dengan riaknya.
'bismillah, misi kuatkan diri. Let's go!!!,' sambung lagi bisik hati Hafiz dengan gembiranya.
YOU ARE READING
PERANG ASRAMA
RandomDENGAN KELEBIHAN YANG TERDAPAT PADA HAFIZ DAN HANZALAH, MEREKA INGIN MENGHENTIKAN BUDAYA BULI DI AKADEMI YANG SETELAH SEKIAN LAMA BERLAKU. AKAN TETAPI,BANYAK HALANGAN YANG BERLAKU MENYEBABKAN MEREKA TIDAK DAPAT MENGHENTIKAN BUDAYA TERSEBUT. ADAKAH M...