BAB 10 : MASA LALU

9 0 0
                                    



"HAIH, SINI KAU !!!," kata senior tersebut untuk menyerang Hafiz.

' Bismillah,' Hafiz menutup mata dan persekitarannya menjadi putih dan tenang.

Selepas itu, Hafiz membuka matanya semula bagi memulakan perlawanannya.

'ingat, elak je. Serang bila perlua,' bisik hati Hafiz untuk mengingatkan dirinya supaya tidak terlalu terpogoh-gopoh.

BAM ! BAM ! BAM ! bertubi-tubi serangan yang dilepaskan senior itu dan semuanya berjaya dielak oleh Hafiz.

'Apa ?! lain macam budak ni,' fikiran buntu kerana Hafiz seorang yang berkemahiran dalam berlawan.

"Bang, cukup. Saya tak nak lawan dah. Semua ni salah," Hafiz bukannya mahu berputus asa. Akan tetapi, Hafiz terlalu ngantuk kerana melebihi waktu tidurnya.

"HEH, BARU SEKEJAP LAWAN, DAH GIVE UP DAH ?!, LAGI LAH !!!," jerit senior kerana dia belum puas meskipun buntu untuk mencari kemenangan.

"bukan apa. Abang ni, kuat dah sebenarnya, tapi saya tak nak abang guna kekuatan abang tu kat saya. Kan tournament nak dekat, jadi abang pakai lah waktu game nanti. lagi satu bang, sekarang ni saya dah mengantuk. Saya takut terlepas qiam je nanti. Nanti saya sangkut, takkan saya nak salahkan abang pula kan? Nanti kantoi lah apa yang kita buat sekarang ni." kata Hafiz dengan tenang.

"jadi saya balik dulu, assalamualaikum," kata Hafiz sambil meninggalkan dewan tertutup.

"BERANI KAU, AKU TAK HABIS LAGI DENGAN KAU !!," senior itu berlari ke arah Hafiz.

"JANGAN KAU LARI SELAGI KAU TAK KALAH DENGAN AKU !!," jerit lagi senior tersebut.

'hurmmm, abang nak sangat kan ?!,'

'takpe, saya bagi apa yang abang nak,' Hafiz berpatah balik ke senior tersebut.

'tapi abang kena ingat pesanan ni. Tak kisah sesiapa yang lawan saya, saya akan menang. Sebab saya kuat, tak macam abang. Berlagak kuat ada kuasa untuk buli orang yang tak bersalah,' Hafiz slide ke bawah melepasi dua celah kangkang senior itu.

'Saya selaku orang yang akan hentikan benda ni. Saya akan bertindak dan lebih kuat dari semua orang yang berlagak kuat,' Hafiz melompat dengan pantas dan merenung tajam mata senior itu.

'Apa-apa pun, abang akan ingat saya. Sebab lah abang akan ingat saya sampai bila-bila. Saya nak ketua tu jumpa dengan kitaorang dan buatkan akademi lebih selamat sebagai sekolah yang sejahtera,'

"dan yang terakhir," Hafiz sudah mengankat tangannya.

"SELAMAT MALAM BANG. JANGAN LUPA DATANG QIAM ESOK PAGI,"

BANG !!!!! Hafiz menampar senior tersebut dengan kadar yang sederhana.

" HAHAHAHA, KAU DAH GEMUK. HITAM PULA TU. SIAPA JE YANG NAK DEKAT DENGAN KAU," déjà vu kembali ketika di tahun 6 apabila dia dibuli ketika berada di kantin.

"GERAM PULA AKU NI !!! SINI KAU," orang tersebut mahu memukul Hafiz akan tetapi dihalang oleh perempuan.

"woi, kau memang tak boleh ke tak kacau kawan kau ni dalam masa sehari ?" soal perempuan itu bernama aleeya.

" kau asal back-up dia ? kau dah suka aku, suka aku je lah," kata orang tersebut.

"siapa nak suka sial ? perangai lebih kurang macam binatang, ada hati nak kat kau," ayat yang makan dalam menyebabkan orang tersebut terasa.

"fuh sakit.....takpe-takpe. Biar aku 'sakit' kan pula. BANTAI," orang tersebut mengajak rakannya untuk menyerang perempuan tersebut.

"cukup....." Hafiz dengan nafas yang pantas.

PERANG ASRAMAWhere stories live. Discover now