PERANG ASRAMA (BAB 5: BANTUAN)

15 0 0
                                    

"BERHENTI!!!," satu badan yang datang laju ke arah Hafiz dan senior itu. Hafiz sudah tidak berdaya hanya mampu melihat siapa yang menolong dia lalu memejamkan kerana terlalu penat.

"Kau ni siapa pulak?" tumbukan yang dilepaskan tadi oleh senior itu berjaya di tepis dengan begitu mudah.

"Aku tak nak jawab. Yang penting kau buat benda yang salah," kata lelaki itu sambil menyelamatkan Hafiz yang terbaring di sebelahnya.

"Huh, kau tak jawab?! Ambil ni,"tanpa membuang masa, senior itu melepaskan tumbukan kepada lelaki itu kerana berasa geram.

Lelaki tersebut menarik nafas dalam lalu memejamkan mata. Keadaan sekelilingnya menjadi putih dan sunyi. Selepas itu, dia mengelak tumbukan itu dengan mudah.

'Apa?!' bisik hati senior itu kerana terkejut melihat pergerakan lelaki itu sangat tenang walaupun tumbukannya sangat laju.

Selepas itu, dia membuka kekuda dan menarik tangan kanannya ke belakang sambil merapatkan seluruh jarinya.

"MAKAN NI!!!" jerit lelaki itu sambil menolak tangannya dengan kekuatan penuh dan mengenakan bahagian perut senior.

'ARK!?' senior itu kesakitan dan melayang beberapa meter.

Lelaki tersebut terus melarikan diri sambil mendukung Hafiz hingga ke biliknya.

Selepas itu, lelaki itu meletakkan Hafiz di biliknya sambil tergelak sinis.

'HAHAHAHA, dahsyat betul junior sekarang. Aku harap kau boleh teruskan. Jangan mengalah,' bisik hati lelaki itu.

Tiba-tiba, datang seorang lagi pelajar yang merupakan orang menolong hanzo dan kawan baik lelaki itu.

"kau dah settle ke belum?" tanya rakannya itu.

"Dah. Lagi awal dari kau. Hahahhahaha," kata lelaki itu sambil ketawa besar.

"Aduh, kalah lagi!!! Takpelah tak kisah," kata raknnnya dengan berasa geram.

"Dah lah, aku lupakan terus. Banyak lagi kita nak tolong ni. Aku dah panaskan badan tadi," terus tukar topik rakannya itu sambil meregangkan seluruh badannya.

"Ha jom-jom," dia angguk dan pergi bersama melakukan 'kerja mereka'. Mungkin mereka ada misi yang besar dan orang yang hebat di akademi ?

PERANG ASRAMA (JUNIOR VS SENIOR)

Sudah seminggu berlalu berjalan dengan jayanya, Pelajar-pelajar di akademi melakukan rutin masing-masing.

Pada waktu petang, semua pelajar akan ke dewan makan untuk makan malam.

"ARGHHH!!! Mantap lauk malam ni!!!," Hanzo teruja kerana menu pada hari tersebut merupakan makanan kegemarannya iaitu nasi tomato.

"Uit, lek-lek sudah lah....tahulah lauk malam ni sedap," Hafiz hanya mampu melihat karenahnya kawannya itu.

Sambil itu, hafiz perhatikan keadaan sekeliling kerana takut ada yang syak dengan Hafiz. Hafiz mempunyai beberapa kesan lebam di tangannya disebabkan serangan senior hari itu.

"oi,oi. Hafiz!!!," hanzo memanggil Hafiz beberapa kali membuat Hafiz tersedar dengan apa yang dia lakukan tadi.

"Uit, kau ok tak?" tanya Hanzo kerana hairan

"takde pape. Aku tengah menahan sakit minggu lepas. Tu je. Dah ok sikit lah dari hari tu," kata Hafiz.

"Ouh, alah aku punya tengkuk belakang ni pun sakit lagi. Tapi kau punya lebam nampak sangat do kat tangan tu. Kaki takpe sebab dah memang dah tutup," kata hanzo

"tapi kan...aku nak tanya lah...kau nak teruskan lagi kita punya operasi," lantas bertanya si hanzo.

"Hmm, entahlah. Hari tu dah lah kalah kaw-kaw. Aku yang ada skill taekwondo pun masih tak kuat lagi. Nasib ada orang tolong hari tu," keluh Hafiz sambil menurunkan lengan jubah untuk menutup lebam di tangannya.

PERANG ASRAMAWhere stories live. Discover now