BAB 17 : MASALAH

1 0 0
                                    

Selepas dua minggu berehat, Hafiz dan dinie kembali pulih.

"wei, jom fazli panggil meeting." Kata dinie kepada Hafiz yang sedang mengulangkaji matapelajaran.

"bai bang..." hafiz bergegas ke lokasi biasa.

"ok untuk kali ni, kita akan kalahkan diaoarang." Kata yang diputuskan Fazli menyebabkan semua terkejut dengan keputusan yang dibuat.

"disebabkan minoriti daripada kita pernah face to face dengan anaqi tu, aku rasa inilah peluang kita untuk kalahkan dia terus."

"aku sebagai ketua korang, nak berterima kasih dengan korang yang sudi bersama aku dalam perjuangan ni. mungkin aku boleh kata ni operasi terkahir dalam berhentikan buli kat akademi ni."

"hakikatnya, buli ni ada banyak jenis yang ada kat zaman sekarang ni, yang terlalu obvious sekali adalah fizikal yang mampu mencederakan mahupun membawa maut."

"ni adalah punca kepada segala-segalanya kenapa sebahagian kawan kita kat sini result dia yang sepatutnya menjadi harapan kepada akademi. Tetapi, sebaliknya yang dia dapat. Ada yang jumpa aku, bila dia kena, dia rasa trauma akhirnya dia buat keputusan untuk pindah."

"kau nampak je diaorang happy, tapi sebenarnya dia tersakiti. Kita tak tahu kisah silam diaorang kat sini, menyebabkan sebahagian terasa, hingga mampu menjadi gila..."

"dan aku harap, operasi terakhir ni bukan jadi pengakhiran, akan menjadi satu permulaan suasana baru kat akademi. Kita mudahkan urusan orang, insya-allah tuhan kita akan permudahkan urusan kita."

"yang terkahir, bila jumpa dengan sesiapa yang memberi masalah, jangan lari. Jangan lari dari masalah. JANGAN JADI PENGECUT. Masalah sikit, lari. Masalah sikit, lari. SEKALI LAGI AKU KATA, JANGAN JADI PENGECUT. Hadap masalah, jangan lari daripada masalah. FAHAM?!"

"faham, tuan." Semua memberikan respon yang sama menandakan semua bersetuju dengan pendapat Fazli.

"jadi untuk first step, aku nak kita training. Bagi semua kekuatan yang korang semua ada. Untuk berlawan dengan mereka. Kita boleh."

"tapi satu je aku nak pesan bila training. Apa-apa yang terjadi control diri kau. aku tahu, bila sampai ke tahap gila kau, memang kau akan jadi gila. Sampai nak cederakan diri sendiri pun. So, control...to become more calm. Emotion is everything. Baik bersurai."

Semua meninggalkan tempat tersebut dengan segera bagi meneruskan rutin mereka seperti biasa.

Hafiz setiap petang berlatih seperti biasa. Dia perlu perlukan sedikit kekuatan untuk kalahkan anaqi.

"aku bagi kau peluang. Lain kali aku jumpa kau, aku nak satu badan aku dengan lebam. Simpan kata-kata aku ni untuk masa depan kau yang gelap tu." Kata-kata anaqi yang terniang-niang di minda Hafiz menyebabkan Hafiz tidak puas hati.

Punching-bag yang tergantung di gym asrama, Hafiz selalu gunakan bagi menguatkan tumbukannya.

'kuat lagi, kuat lagi...' tumbukan demi tumbukan dan menjadi semakin kuat.

'SHINEEEE!!!' tumbukan terakhir Hafiz menyebabkan punching bag yang asal berbentuk silinder tidak kembali ke tempat asalnya.

"dah berapa punching bag dia buat macam tu...terpaksalah beli baru lagi..." bisik orang sekeliling tentang Hafiz.

"kau tengok budak tu.....dia dah ken---" belum sempat nak habis bertanya, semua yang berbisik tentang Hafiz berasa kerana Hafiz memberikan jelingan yang tajam kepada mereka.

"alah aku rasa punching bag tu ok je...tak payah beli baru, betul tak ?" salah seorang terus tukar topik supaya tidak mahu menerima sebarang akibat.

"betul cakap kau. tak payah beli baru. Wei, lapar ah. Jom makan DM (dewan makan)."

PERANG ASRAMAWhere stories live. Discover now