Rutin yang dilakukan di asrama pada hujung minggu sangatlaj biasa kerana pada hujung minggu adalah hari cuti. Ada yang tidur, membuat kerja sekolah yang 'sikit', membasuh baju, telefon mak ayah dan lain-lain.
Hafiz berada di biliknya sedang berfikiran Panjang.
"ARGHHHH!!!," Hafiz mengeluh dengan berat sambil pura-pura membuat kerja sekolah.
'Makin teruk jadi ni, macam mana nak stop-kan buli ni? Aku baru Form 1,' bisik hati Hafiz.
'Hari ramai gak yang kena, lepas ni siapa pulak....ARGHHHH!!!,' jerit hati Hafiz lalu menarik nafas panjang.
'Jap, asal diaorang tak target aku eh?' tiba-tiba tanya Hafiz...haih banyak pula akal dia ni.
'Takpelah, tak kisah lah. Nanti aku jumpa abang tu lah. Tanya pendapat. Mana tahu dia boleh tolong dan pakat-pakat nanti...hehe. Nasib aku dah rapat dulu,' bisik hati Hafiz.
Tambahan!!! Hafiz telah menjadi dirinya semula selepas dia berkawan baik dengan hanzo. Akhirnya, apabila dia telah biasa dengan rutin asrama, dia dapat rentak dan mulakan kehidupan yang baru seperti bermesra dengan member batchnya, senior, guru-guru dan orang gaji sekali.
Hafiz sangat bersyukur kerana dikurniakan seoarang kawan sahabat yang sentiasa setia bersamanya.
PERANG ASRAMA (JUNIOR VS SENIOR)
Keesokan harinya,selepas gotong-royong sehingga pukul 8 sampai pukul 9, Hafiz pun turun ke aras satu yang dimana pelajar form 4 dan form 5 berada di situ.
Aras ni memang lain macam. Setiap bilik mesti ada lampu raya. Bilik mereka luas sikit dengan aras lain sebab diaorang kalau study memang penuh satu bilik.
Lagi unik aras ni. Dia paling tenang kat asrama ni sebab lepas gotong-royong, mereka buat rutin yang paling disukai ramai iaitu tidur.
Hafiz tiba dibilik kelima aras 1, disitulah Hafiz akan bertemu dengan seorang pelajar senior form 5 yang bukan calang-calang orangnya.
"AAAAAAAA, Abang raja ada tak kat sini?" Tanya hafiz kepada sesiapa yang berada dibilik itu.
"ha, kau nak apa?" tiba-tiba suara kuat datang dari belakang Hafiz.
"uittt, terkejut saya bang," kata Hafiz.
"Bang, free tak sekarang?" tanya Hafiz.
"eh free je. Kau nak tanya apa. Tapi jom ah pergi gazebo kat belakang asrama tu," kata Abang Raja.
"Ha....ok bang," kata Hafiz lalu berlari menuju ke gazebo.
Abang Raja pergi ke gazebo kerana dia sekarang sedang diperhatikan oleh beberapa orang yang aura dia lain macam sekarang.
Sampai di gazebo, Hafiz pun bertanya tentang mana nak hentikan buli kat akademi ni dekat Abang Raja.
"Bang, member saya ramai dah kena dah. Saya tengah tunggu masa je ni," kata Hafiz dengan geramnya.
Abang Raja senyum kepada Hafiz kerana dia bangga dengan juniornya yang sangat berani bertanya tentang apa yang di hadapinya sekarang.
"Ok, macam ni. Abang tak tahu macam mana nak settle masalah ni. Tapi aku cerita sikit pasal buli kat akademi ni dulu," kata Raja.
"Dulu masa aku form 2, kitaorang dulu kena bantai teruk dengan senior dulu. Bila jadi macam tu, ramai batch aku yang tak puas hati. Ada yang siap complain sama sendiri sebab senior kata 'kalau korang bagitahu mak ayah korang atau guru-guru kat sekolah ni SIAP KORANG!!!' HAAAA...GITU...," sambung lagi Abang Raja.
YOU ARE READING
PERANG ASRAMA
РазноеDENGAN KELEBIHAN YANG TERDAPAT PADA HAFIZ DAN HANZALAH, MEREKA INGIN MENGHENTIKAN BUDAYA BULI DI AKADEMI YANG SETELAH SEKIAN LAMA BERLAKU. AKAN TETAPI,BANYAK HALANGAN YANG BERLAKU MENYEBABKAN MEREKA TIDAK DAPAT MENGHENTIKAN BUDAYA TERSEBUT. ADAKAH M...