PERANG ASRAMA (BAB 3: DIARI)

33 2 0
                                    


Jam menunjukkan pukul 11.30 malam. Keadaan di asrama sangatlah meriah kerana lampu di setiap bilik masih lagi terang-menerang.Semua pelajar sedang melakukan persiapan kendiri sebelum mereka merehatkan diri sehingga esok pagi.

Pada hari yang sama juga, Hafiz berseorangan di dalam biliknya. Dia termenung di luar tingkap biliknya sambil menikmati pemandangan yang indah yang dipenuhi dengan pokok-pokok di hutan diiringi lampu warna-warni di bandar.

"Perhatian kepada semua pelajar, anda bolehlah mempersiapkan diri anda dan terus tidur agar anda tidak mengantuk pada esok hari. Semoga apa yang kalian impikan pada hari ini tercapai dan moga hari esok lebih baik dari hari ini...Sekian, Assalamualaikum," Ketua warden membuat pengumuman lalu memberi kata-kata yang ringkas sebelum pelajar menutup lampu bilik masing-masing.

PERANG ASRAMA (JUNIOR VS SENIOR)

Pada esok pagi, Hafiz bangun awal sekitar jam 4.00 pagi. Dia melakukan persiapan kendiri seperti madi, mengemas katil, dan mengemas buku mengikut jadual yang ditetapkan.

'Ok, selesai. Alhamdulillah,' Hafiz terus duduk di meja belajarnya.

Hafiz mengambil satu buku nota yang tajuknya bertulis ' CERITA AKU' yang mengisahkan tentang diri Hafiz atau lebih dikenali sebagai diari.

Hafiz membuka bukunya pada muka surat yang dimana hafiz pernah tulis 1 bulan yang lalu. Di situ Hafiz menceritakan tentang dirinya di Akademi ini. Hafiz tertarik dengan tajuk itu dan membacanya walaupun dia pernah menulisnya.

'Bismillah...Hari ni punya cerita. Cerita kali ni adalah sebulan akku duduk di Akademi. Sudah sebulan lebih aku berad disini. Banyak perubahan baru dari segi rutin, sekolah dan diri aku.

'Secara total lah, selepas aku ke Akademi ni, aku fikir sekejap.....Sudah-sudah lah tu menangis, kena kuatka diri supaya diri lebih matang. Jadi pada hari pertama, Aku terus hafal selok-belok yang ada kat asrama ni dan aku terus tidur sebab dah lewat sangat (sapa suruh tak bawak jam).Lima hari persekolahan berlalu dengan sangat cepat. Aku dan yang lain diorentasikan oleh dua orang guru kaunseling dan beberapa pelajar Pembimbing Rakan Sebaya (PRS). Bayak juga aktiviti dilakukan macam pengenalan atau sejarah akademi, pergi meroka satu akademi, kehidupan di alam remaja, latihan dalam kumpulan dan banyak lagi (nanti banyak sangat cepat penuh nanti buku ni. Hahahahahha). Dan aku dah kenal semua orang yang seumur dengan mudah (memanglah senang sebab satu batch dalam 100 orang je.)'

'Minggu kedua, barulah kami semua belajar.Sebelum tu, rutin aku kena bangun 4.30 pagi dengan pelajar lain. (tapi aku bangun pukul 4 😊) Selepas bangun dan persiapan kendiri, semua pelajar turun ke surau yang paling besar yang aku pernah nampak setakat ni untuk mengaji atau belajar sendiri sebelum tibanya waktu subuh. Dan semua mula belajar dalam pukul 7.45 pagi.'

'Jadual dari Isnin sampai Jumaat. Pada hari Isnin hingga Rabu, aku belajar mengikut subjek yang ditawarkan hari tu (BM,BI,MATH,SAINS GEO,PI dan GEO). Kalau kelas lain kena ambil subjek tambahan iaitu LAM,USULUDDIN,SYARIAH dan belajar sehingga pukul 2.30 petang. Pada hari Khamis dan Jumaat pula, pembelajaran kami di luar kelas seperti eksperimen, bersukan, gotong-royong dan sebagainya dari pagi hingga pukul 1 petang. Yang paling best, guru-guru di Akademi ni tak pernah bagi kerja sekolah.Sebaliknya membuat nota dan latihan Bersama-sama supaya lebih efektif rasanya (mana tahu betul ke). Aku harap aku belajar elok-elok je.'

'Sabtu dan Ahad. Jadual sangat kosong kecuali F4 dan F5 kerana mempunyai kelas tambahan pada hari Sabtu. Hari Aha dada gotong-royong asrama pada waktu pagi dan boleh melakukan rutin harian selepas itu.'

'Waktu malam. Selepas maghrib ada 3 perkara yang perlu lakukan (ikut pada keadaan). Sama ada mengaji atau mendengar ceramah dari pihak warden atau buat aktiviti sendiri( tidur, borak kosong dan lain-lain).Selepas isyak pula, semua pelajar perlu belajar sendiri atau istilahnya 'PREP' di bilik masing-masing sehingga 10.15 malam kecuali Jumaat dan Sabtu. Dua hari ni akan dilakukan aktiviti 'usrah' yang dimana kita berbincang, berborak, mengenal tentang apa-apa isu yang berkaitan. Aktiviti ini dilakukan bagi mengeratkan lagi hubungan antara pelajar.'

'Yang terakhir. Apa yang aku dapat daripada cerita ini adalah.....duduk di asrama sangatlah seronok dan kau janganlah takut duduk asrama. (biasalah tu bila baru masuk. Dah lama masuk ok lah nanti). Pengalaman duduk asrama memang lain dari lain lah.

' Next, culture shock...ini benda biasa bila sekeliling kita ni sangatlah janggal dalam hidup kita. Hadapilah dengan seeloknya kerana benda ni menguatkan lagi diri kita. Last, jika kita tak mampu untuk buat sesuatu.....berdoalah. Moga apa yang kita doakan, mungkin ada petunjuk yang lebih baik...insyaallah' tulisan yang panjangnya hampir 2 mukasurat menyebabkan Hafiz tersenyum dan bangga apa yang ditulis.

Sebelum Hafiz turun dari asrama untuk ke sekolah, Hafiz sempat membaca lagi satu cerita yang pernah ditulis. Tajuknya adalah 'AMARAN DIRI'. Mood Hafiz bertukar menjadi sedikit geram dengan tajuk yang ditulis.

'Aku tulis ni sebab aku rasa tak sedap hati. Tapi aku nak cerita sikit tentang kawan rapat aku.Yelah, sejak aku masuk Akademi aku jadi pendiam pulak orangnya. Namanya hanzo. Aku pun tak tahu kenapa Namanya begitu. Dia sangat sesuai dengan aku sebab perangai punya perangai sama.(kebetulan...)Ok setel tentang hanzo.

Ok cerita sebenarnya gini, Dalam beberapa hari ni, adalah daripada batch aku hilang malam tu sebab aku cari dia(Hanif) merata tempat. (nak tanya tentang nota). Last-last, aku tidur sebab dah malas nak cari.

Esok pagi, tengok-tengok aku jumpa dia (hanif). Aku tanya dia pergi mana semalam. Dia kata dia ada je kat bilik semalam padahal dia tiada di biliknya semalam.Aku pun nak ikut senyap-senyap malam ni.

Operasi bermula, tapi kantoi pulak dengan warden.Aku lari masuk dan pura-pura tidur sebab aku masih tak puas hati.Tiba-tiba, ada badan lalu di hadapan biliknya dan aku syak itulah Hanif.Aku terus bangun dan ikut dia dari belakang senyap-senyap.

Jauh jugak dia jalan. Dan tempat dia pergi tu sangat gelap.Masa aku tengah betulkan posisi supaya nampak Hanif, ada sekumpulan orang yang saiznya dua kali ganda lebih besar dari Hanif mendekatinya.Aku nak pergi tiba-tiba Hanzo tahan aku dan dia ikut aku selama ni.Dia memberi isyarat dengan menggeleng kepalanya dan suruh aku balik bilik.

Aku sempat menjeling keadaan Hanif.Rupanya, dia telah diugut dan dipukul oleh sekumpulan itu tadi. Aku tak sanggup tengok Hanif kena seksa, tapi Hanzo terus halang aku pergi ke situ. Aku hanya mampu melepaskan geram dalam hati dengan apa yang berlaku. Satu hari nanti, aku akan balas dendam dan aku akan hentikan semua ni...Sekian...'

"KRINGG!!!" loceng pagi sudah pun berbunyi. Hafiz dengan segera turun ke asrama dan pergi ke surau bagi persiapan solat subuh.

Selesai solat dan sarapan, Hafiz berjalan ke kelas sambil kedua tangannya dimasukkan di poket seluarnya. Dia memikirkan tentang apa yang perlu dia lakukan untuk menghentikan perkara yang dibacanya tadi dengan muka yang sangat seram.

Sementara itu, di belakang Hafiz terdapat beberapa orang pelajar senior sedangg memerhatikan Hafiz.Ada yang senyum, ada yang mengumpat, ada yang gelak dan ada yang gelak kerana gaya Hafiz.Hafiz dengan laju masuk ke kelas dan menjadi normal di kelasnya supaya tidak ada orang syak.

Apakah yang akan berlaku selepas ini? Adakah Hafiz ingin bertindak sedemikian untuk menghentikan buli?

BERSAMBUNG.....

PERANG ASRAMAWhere stories live. Discover now