PERANG ASRAMA (BAB 2: AKADEMI)

39 2 0
                                    

     ''Woi, sini jap kau! Aku dah cakap buat kerja yang aku suruh,bukan kerja kau je!,'' Jerit suara seorang lelaki yang tidak dikenali. ''Haih,kau memang nak kena,'' Lelaki tersebut menarik baju seseorang yang Hafiz tidak kenali dan mengankatnya dengan tinggi.Dan menjatuhkan budak tersebut dengan kuat sehingga sakit.

''Sabarlah bang,nanti saya buatlah, saya ada banyak kerja lagi ni.,'' Jawab budak itu sambil menahan kesakian yang dialaminya.Hafiz hanya mampu melihat sajaha apa yang berlaku sekarang ini.

''Amboi,kurang ajar eh kau sekarang.Oi,bantai dia!,''sekumpulan orang berbadan besar dan muncul lalu menumbuk dan menyepak budak tersebut.

''Oi, jangan.Oi, berhenti !'' Hafiz memberanikan diri dengan menjerit kepada mereka supaya mereka berhenti melakukan perkara yang sangat kejam itu.

''Siapa kau? Asal kau ada kat sini.Bantai dia,aku tak nak dia bagitahu sesiapa pun.''Orang yang menjerit tadi menyuruh sekumpulan lelaki tadi menyerang Hafiz pula.Hafiz lebih bersedia tetapi dia masih dalam keadaan hairan.

Satu-persatu Hafiz berjaya tumbangkan sekumpulan lelaki itu.Dia menggunakan teknik-teknik yang pernah diajar oleh gurunya semasa di kelas pertahanan dirinya.

''hehe,Peluang...RASAKAN!!!'' lelaki yang menyuruh sekumpulan itu tadi mahu menumbuk Hafiz.Tumbukan tersebut sangatlah laju dan Hafiz sempat mengelak.

"ARGHHHHH!!!'' Tiba-tiba Hafiz terbangun dengan keadaan yang berpeluh.Rupanya situasi tersebut merupakan mimpi semata-mata. Hafiz menarik nafas lega.'Alhamdulillah.'

Jam menunjukan pukul 5.00 pagi.Hafiz mengemas tempat tidurnya sambil melakukan persiapan untuk mandi.Hafiz masih dapat membayangkan apa yang berlaku pada mimpinya tadi.

''Hafiz, Bangun ye.cepat siap-siap.Nanti solat subuh sama-sama,sarapan. Nanti pukul 8 atau 8.15 pagi kita gerak ke sekolah tu.'' Kata mak Fizah.

"Baik,Ibu." Jawab Hafiz.

Sambil Hafiz sedang bersiap,Hafiz memikirkan apa yang akan dilihat di Akademi nanti.Selama cuti ini,Hafiz mencari maklumat di Internet tentang Akademi tersebut.Tetapi akhirnya,tiada satu maklumat pun yang berjaya dia dapatkan.

Malah,Lokasi di Akademi pun Hafiz masih tidak jelas.Pada minggu lepas,nombor yang pernah dihubungi Hafiz menghantar lokasi Akademi tersebut tetapi dalam bentuk pautan yang agak Panjang sekali. Lokasi tersebut sangatlah janggal dan mungkin ramai yang tidak mengetahui tentang akademi ini.

"Ok,dah selesai,jom gerak, ibu."Hafiz telah selesai mengankat barangnya ke dalam kereta.Mak fizah menghidupakan enjin kereta.Mereka membaca doa menaiki kenderaan dan bertolak meninggalkan Kawasan dengan perlahan-perlahan.

PERANG ASRAMA BAB 2:AKADEMI

Perjalanan diambil untuk tiba di Akademi adalah selama 2 jam 30 minit. Mereka tiba di tempatkan yang ditetapkan.Perjalanan tersebut diakhiri dengan satu separauh bulatan yang sangat besar.

'Betul ke tempat ni?'Bisik hati Hafiz kerana tidak dapat mengetahui dimanakah lokasi Akademi.

Tiba-tiba,satu cahaya biru terpancar dan mengimbas kenderaan mereka.Mereka sangat terkejut dan tidak dapat berbuat apa-apa pun.

"Pengimbasan selesai." Kata-kata itu menyebabkan pintu separuh bulatan itu terbuka kepada dua. Kereta yang dinaiki mereka di Tarik ke dalam separuh bulatan itu.

'WAH!!!' disebalik pintu itu merupakan Akademi yang Hafiz ditawarkan.Sangatlah besar dan luas.Di pintu depannya terdapat tulisan 'SELAMAT DATANG,PARA PEMIMPIN' dan di belakangnya ditulis dengan 'SEMOGA KAMU PULANG DENGAN KEADILAN'.Pintu depan itu terdapat hiasan yang sangat cantik seperti seni bina islam.

Dalam sekolah tersebut terdapat sukan-sukan yang agak menarik seperti memanah,berkuda dan berenang.Dan setiap sukan mempunyai padang masing-masing yang hamper mengikuti standard antarabangsa.Hafiz sangat kagum dan mampu menganga dengan kemudahan yang disediakan yang Akademi.

'Kaya juga akademi ni.' Bisik hati Hafiz.

Akademi ini sangat 'underrated' kerana Akademi ini sangatlah bagus tetapi ramai yang tidak mengetahuinya.

''Puan nak daftar anak ke?'' Kelihatan seoarang lelaki sedang menunggu di lobi Akademi merupakan Tuan Suhaimi kerana Hafiz mengecam suaranya.

"haah,ye saya."Mak fizah terkejut dengan kemunculan Tuan Suhaimi padahal beliau sudah lama menunggu di lobi tadi.

"Mari,saya bawa kamu ke pejabat."Tuan Suhaimi menjemput mereka berdua unruk ke pejabat.

Hafiz sempat menjenguk beberapa tempat seperti kelas belajar,Makmal Sains,bilik computer,dan perpustakaan.Setiap tempat disediakan satu kotak yang diisi dengan tablet dan dihadapan setiap tempat itu juga mempunyai papan putih digital yang boleh sentuh,tulis,cari maklumat dan lain-lain.Akan tetapi,Hafiz agak hairan kerana tiada pelajar di Akademi ini.

"Tuan, mana pelajar kat sini?" Tanya Hafiz.

"sekarang sudah masuk waktu petang.Mereka semua ada di asrama,tengah melakukan aktiviti kendiri."Jawab Tuan Suhaimi.

Mereka telah tiba di pejabat Akademi.Pejabatnya sangatlah luas dan cantik dihiasi dengan kata-kata hikmah ahli-ahli sains dan matematik di seluruh dunia pada zaman dahulu.Di sebelah kanan pejabat,terdapat 6 pintu yang dimana merupakan ruang kerja para pentadbir di Akademi seperti Tuan Suhaimi sendiri yang merupakan pengasas kepada Akademi ini.

Di sebelah kiri pula,terdapat beberapa kerani dan setiap pekerja tersebut mendapat ruang khas mereka masing-masing untuk memudahkan kerja mereka.

"tinggal ni,tandatangan...Ok selesai.Nanti Puan pergi asrama,nanti ada orang tunggu untuk tolong angkat barang."kata Tuan Suhaimi selepas menyemak boring maklumat diri Hafiz.

'Heh,heh,kat sekolah ni pun dah banyak kejutan.Macam mana pula kat asrama nanti.Tak sabarnya.'Hafiz makin teruja dengan akademi ini.

Seperti yang disangka,asrama merupakan hanya tanah yang kosong sahaja. 'Erk...betul ke ni...ke aku kena scam??' berambah hairan Hafiz dengan keadaan asramanya.

'Mana asramanya...ar-----.' Belum sempat mahu menjerit,Tiba-tiba terdapat satu ruang terbuka dan mempunyai tangga didalam.

"Kejutan 1 daripada tiga kejutan."kata orang yang menolong Hafiz mengankat barang.

Bagi Hafiz,hanyalah biasa kerana Hafiz tidak membuat sebarang reaksi.

'Kejutan kedua..' Bangunan asrama setinggi 3 tingkat dan ditengahnya terdapat gelanggang futsal.

'Heh,kejutan ketiga.' KRINGGGGG!!!!!, Jam loceng di asrama berbunyi dengan kuat mengikut waktu yang ditetapkan

Tiba-tiba gelanggang futsal terbuka dan mengeluarkan air pancur yang besar dan tinggi.

'WAHHHHH!!' Hafiz terkejut dengan kemunculan air pancur tadi.Selepas itu, dia masuk ke biliknya yang mengikut standard kondominium yang mempunyai 4 bilik tidur dan 2 bilik air serta setiap bilik asrama mempunyai 7 ahli.

"Hafiz,ibu balik dulu ye..Ingat pesan ibu...Jaga diri baik-baik Belajar rajin-rajin." Pesana yang ringkas tapi besar maknanya buat Mak fizah.

Hafiz hanya mampu mengangguk dengan pesanan Mak yang lain seperti menelefon dia,buat kerja dengan betul dan banyak lagi.Selepas itu,mak fizah mula meninggalkan Kawasan asrama..

'Hah,Bismillah..' Hafiz menarik nafas Panjang dan menghembus nafas dengan lembut.Hafiz akan buat yang terbaik di akademi.Maka mulalah hidup baru bagi Hafiz sebagai pelajar baru di Akademi...

BERSAMBUNG.....

PERANG ASRAMAWhere stories live. Discover now