PERANG ASRAMA (BAB 14 : KEMUNCULAN)

1 0 0
                                    

"MAKAN SERANGAN AKU. KETUA KAWASAN SINI !!!"

"Berhenti." Satu perkataan menyebabkan ketua Kawasan berasa gerun dan hanya mampu untuk berdiri tegak sahaja.

"kau jangan buat hal lagi. Disebabkan kau punca, organisasi kita akan dikuburkan sampai bila." Kemunculan tiga orang dari arah kanan menyebabkan Hafiz dan yang lain tidak sedar akan keberadaan mereka.

"lepaskan budak tu." Arahan ringkas diberikan kepada ketua Kawasan tersebut.

"alah, bos. Kau sayang sangat ke--."

"aku kata letak," orang tersebut meninggi suara kerana ketua Kawasan tersebut cuba untuk melawan.

Dia melepaskan Hafiz dan keadaannya lemah akibat tumbukan yang kuat. Dia hanya mampu terlentang diatas lantai dan orang yang memberi arahan tadi mendekatinya.

"dengar ni, aku tak nak apa-apa kan kau. Sebab aku tahu, kalau kau melawan pun. Kau takkan hidup dah lepas ni. sekarang ni, aku nak satu je, kau lari sejauh-jauhnya. Dan kau nampak kitaorag kat sekolah. Jangan report."

"ouhh, saje nak perkenalkan diri. Aku anaqi. Ketua buli kat sekolah ni. kenapa kau tak pernah nampak aku kan ? sebab aku tahu takde siapa pun yang mampu kalahkan aku."

"tapi bila kau menyibuk dalam sekolah ni. aku terpaksa turun padang sebab orang-orang yang setia dengan aku semua kalah dengan kau !!!"

"sekarang ni lari lah puas-puas, sampai ke bilik kau. Lain kali kalau kau nampak aku kat sekolah. Tegur je. Aku akan act macam biasa tak macam malam ni. jangan sombong dengan senior pulak," anaqi ketawa besar kepada Hafiz kerana Hafiz tewas kepadanya pada malam tersebut.

Hafiz tanpa membuang masa, dia berdiri perlahan-lahan sehingga dia mampu berdiri dengan betul.

Dia mendekati anaqi.

Semakin dekat dan dekat. Anaqi hanya melihat pergerakan Hafiz yang semakin dekat kepadanya.

"satu je saya nak pesan. Saya mungkin kalah dengan abang malam ni. tapi insya-allah pada malam yang seterusnya, abang akan menyesal dan tunduk kepada saya kerana perbuatan buruk yang abang tunjukkan kepada semua yang ada malam ni. bukan yang ada je, yang terlibat dengan abang." Kata Hafiz.

"fuh. Berani dia. Takpe, kita tengok nanti macam mana. Aku akan tunggu kau. Aku akan ingat nama kau, HAFIZ AMSYAR. Aku akan kalahkan aku pada masa yang akan datang...HAHAHAHAHA," jawab anaqi.

Anaqi berpaling. Dia tidak mahu melihat muka Hafiz yang keadaannya lebam di muka dan tangannya.

"ouhhh, sebelum aku lupa." Anaqi berlari menuju kearah Hafiz.

'bapak laju.' Hafiz tidak dapat mengesan pergerakan Anaqi yang terlalu laju bak kelajuan cahaya.

"terima amaran awal aku." Anaqi menumbuk perut Hafiz.

Erk !!! sakit yang dialami Hafiz semakin pedih akibat tumbukan anaqi menyebabkan keadaannya semakin teruk.

"huh, sakit ? itu baru sikit. Macam mana KALAHKAN AKU NANTI HAH?" suara anaqi semakin kuat kerana terlalu gembira dan geram.

Hafiz terbaring sekali lagi. kini, dia hampir pengsan. Penglihatannya semakin samar. Tidak dapat melihat anaqi dengan jelas.

"HUH, SEKALI TAK CUKUP LAGI KAN BAGI KAU. TAKPE, AKU BAGI UNTUK KALI TERKAHIR !!!" satu lagi tumbukan yang dilepaskan anaqi.

'kenapa.....kenapa aku kalah dengan manusia yang sombong ni. ya allah, andaikata ini pengakhiran aku, kuatkan lah diri aku untuk aku terus menolong manusia yang bermasalah agar tiada manusia seperti dia hidup yang didunia yang sementara ni...." Hafiz menutup mata dan menyerah kalah. Dia juga pasrah apa yang berlaku pada dirinya. Dia hanya mampu menutup mata dan cuba hadapi dengan perit.

"cukup." Suara yang muncul difikiran seolah-olah ada yang menyelamatkan Hafiz.

"RASAKAN NI....." anaqi melepaskan tumbukan kearah Hafiz.

"cukup lah," kelibat seorang lagi muncul dan berjaya menepis tumbukan anaqi.

"HUH, ADA YANG MENGHALANG LAH," kata anaqi.

"SIAPA KAU NAK MENYIBUK LAGI HAL AKU DENGAN BUDAK NI." anaqi melepaskan lagi tumbukan kepada Hafiz.

'huh.' Orang tersebut menepis lagi.

"OI, TAK YAH NAK MENYIBUK LAH." Anaqi berasa geram.

Berkali pun anaqi mahu menumbuk, orang tersebut berjaya menepis kesemua tumbukan anaqi. Akan tetapi, anaqi tidak tahu siapa yang menepis tumbukannya.

Siapakah yang datang selamatkan Hafiz? 

PERANG ASRAMAWhere stories live. Discover now