PERANG ASRAMA (BAB 6 : PERBINCANGAN)

8 0 0
                                    

"SELAMAT DATANG KE GRUP RAHSIA AKADEMI, penolong dan penggerak utama sekolah," kata fazli dengan penuh semangat.

Ahli yang terlibat semua menepuk tangan dengan bangganya.

"ui,ui, sampai bila korang nak tepuk...hahaha...duduk-duduk," kata Fazli dengan tenang walaupun hakikatnya dia terlalu geram.

Semua mengambil tempat masing-masing termasuk Hafiz. Dia duduk disebelah Fikri kerana hafiz lebih kenal abang Fikri berbanding orang lain.

"Bismillah...kita buka meeting kita dengan Al-fatihah," kata Fazli sambil berdiri.

Fazli memberi salam serta memberi sedikit kata-kata aluan sebagai tanda penghormatan kepada semua ahli meeting.

"pertama sekali, aku nak ucap terima kasih sebab datang walaupun takde apa-apa sangat," kata fazli sebagai ketua meeting.

"yang kedua, Insyaallah hari ni kita ada ahli baru dari form 1. Aku pilih sebab dia ni ada potensi. So aku harap dapat kenal dia," kata Fazli sambil menunjukkan dua orang ahli baru iaitu Hafiz dan seorang lagi yang Hafiz tidak kenali.

' aik, sejak bila aku boleh go ni. Takpe ah, dia kata macam tu, follow je lah.....hahahaha. By the way, siapa budak tu. Tak kenal pun,' bisik hati Hafiz sambil tertanya-tanya.

" ok...aku cerita macam mana grup ni boleh terjadi sebab kita ada ahli baru," Fazli berjalan di sekitar Kawasan meeting sambil bercerita.

" cerita dia macam ni, masa aku form 3, Tuan suhaimi panggil suruh masuk perjabat dia. Aku ingat aku ada buat apa-apa salah, sekali dia nak something kat aku,"

"umm...Fazli. Saya risau fasal Akademi ni. Lagi-lagi masalah buli kat asrama. Boleh tak kamu tolong saya buat grup rahsia. Tapi saya saya ajar dulu fasal kerahsiaan dan ahli-ahli grup tu,"

" banyak benda aku dapat. Lagi-lagi kerahsiaan. Cikgu-cikgu kat sini semua tak ambil kisah sangat kecuali cikgu-cikgu tertentu. Tuan suhaimi suruh aku cari beberapa orang yang paling aku percaya. Yang boleh jaga rahsia,"

"masa tu lah aku carilah Fikri. Dialah orang aku paling percaya sekali,"

"kan? Fazli memang percaya aku. Biasalah member paling 'baik'....hahahaha," terkejut Fikri sambil senyum dengan terlalu bangganya.

"ok sambung...Mula-mula kitaorang buat berdua je...tapi tulah...tak larat lah buat berdua,"

"Dalam beberapa bulan lepas tu, kitaorang siasat beberapa orang dari segi pemikiran, peribadi, dan potensi. Kitaorang tanya dan ajar sama macam Tuan Suhaimi ajar aku awal-awal aku cerita tadi. Dan jadilah grup kita sekarang ni. Ha...macam tu lah ceritanya," cerita Fazli.

Semua di situ mengangguk kepala kerana faham apa yang disampaikan Fazli termasuk Hafiz.

' aku kena semangat. Semua kat sini semua hebat-hebat orangnya,' bisik hati Hafiz sambil tersenyum.

" ok, tu yang pertama. Yang kedua, pasal asrama. Rasanya takde apa-apa sangat. Kekalkan apa yang ada sekarang. Tingkatkan lagi displin dari segi waktu, pergerakan dan lain-lain.

"so settle, Ni yang paling kritikal sekarang ni adalah diaorang ni makin menjadi-jadi ek sekarang," kata Fazli.

' hmm...dah tahu dah nak cakap apa ni,' bisik Hafiz.

"BULI KAT AKADEMI NI !!!," kata Fazli dengan geram kepada semua yang berada dalam meeting tu.

'Dah agak dah, aku perhati je selama ni,' bisik lagi hati hafiz.

Semua disitu berasa bersalah kerana Fazli seakan-akan marah kepada mereka.

"Eh, aku tak marah pun. Cuma aku geram dengan diaorang je. Habis-habis nak buat kacau," kata Fazli.

PERANG ASRAMAWhere stories live. Discover now