"kau rupanya yang buat hal selama ni,"
"hah, kau siapa nak menyibuk ?!," anaqi geram kerana tumbukannya asyik dihalang daripada tadi.
"huh, saya junior abang kot. Beza setahun, dah empat tahun duduk asrama pun tak kenal lagi." dinie yang datang menyelamatkan Hafiz dari tumbukan anaqi.
"tulah bang, asyik buat kerja salah je. Sebab tu abang tak kenal saya. HAHAHAHAHA," ketawa dinie kepada anaqi.
"aihhh, kau memang tak faham konsep senior dan junior ke hah. Setiap junior yang masuk akademi ni wajib kenal setiap senior yang ada kat sini. Kalau tak kenal, kena tindakan." Kata anaqi.
"tapi saya tak kenal abang....." Hafiz menyampuk perbualan Dinie dan Anaqi.
Jelingan tajam diberikan kepada Hafiz oleh anaqi.
"kau.....kau tak kenal aku ?!"
"MARI SINI KAU !!!" sekali lagi anaqi mahu melepaskan geram kepada Hafiz.
Anaqi melompat dari satu jarak yang jauh. Sambil terbang di udara, dia mengankat kakinya, mahu memberi tendangan kepada Hafiz.
"WOOOO, KEJAP !!!"
"hah ?!" tendangan tersebut berjaya dihalang Dinie dengan mudahnya.
"sebelum kau nak tibai budak ni hidup-hidup, kalahkan aku dulu." Dinie menolak kaki anaqi lalu membuka kekuda sebagai tandanya dia bersedia untuk berlawan.
"huh, kau pula nak jadi mangsa. Bagus. Ini lagi seronok daripada aku kacau sorang. Lagi sorang ok dah ni." senyum sinis anaqi.
'gila budak ni.' bisik hati dinie.
Dia tahu senior yang beza setahun ini agak terlalu bertenaga dan tidak kenal erti penat serta lelah. bukan itu sahaja, kawan-kawan yang seumur dengan anaqi di akademi juga mempunyai sifat yang sama.
"tapi jangan risau. Disebabkan kita beza setahun, aku takkan berkasar dengan kau berbanding junior-junior lain. Kita dah empat tahun kenal kan?" lembut anaqi mempelawa Dinie.
"ceh, tadi kata tak kenal. Sekarang dah kenal dah? Kelakar." Balas Dinie dengan ketawa kepada anaqi.
"HAH, KAU MEMANG NAK BERLAWAN KE HAH ?," tanpa membuang masa anaqi memulakan Gerakan dan serangan kepada dinie.
'mungkin kau tak dapat kalahkan dia, tapi aku tahu, defense kau lagi hebat daripada yang lain. Aku yakin,' berbalik kepada masa lalu yang dimana Fikri memberi semangat kepada dinie sebelum memulakan operasi besar-besaran.
'walaupun apa-apa yang terjadi, JANGAN KALAH,'
Senyuman yang manis dinie teringat akan kata-kata Fikri pada masa itu.
'hah, kau kenal kan aku ni siapa. Ini dinie, akan berjuang sama-sama dengan budak-budak baru yang ada. Dan jangan risau, aku akan jadi main character dalam operasi ni,'
Fist bump dihulurkan Fikri dan dibalas semula oleh dinie.
"aku....,"
"takkan,"
"kalah....,"
Setiap perkataan yang dibisik hatinya menunjukkan setiap serangan yang diberikan berjaya dihalang dengan gayanya.
"AMBIL NI !!!," impak yang kuat diberikan anaqi menyebabkan dinie tertolak kebelakang.
"huh, itu je ke yang kau ada ? dari tadi kau bertahan je." Soal anaqi.
Dinie balas dengan senyuman.
"kau..." anaqi terkejut melihat senyuman dinie
"KAU NAK SANGAT KE ANAQI ?!" jerit dinie.
YOU ARE READING
PERANG ASRAMA
RandomDENGAN KELEBIHAN YANG TERDAPAT PADA HAFIZ DAN HANZALAH, MEREKA INGIN MENGHENTIKAN BUDAYA BULI DI AKADEMI YANG SETELAH SEKIAN LAMA BERLAKU. AKAN TETAPI,BANYAK HALANGAN YANG BERLAKU MENYEBABKAN MEREKA TIDAK DAPAT MENGHENTIKAN BUDAYA TERSEBUT. ADAKAH M...